Salah satu tanda yang anak kita amat menyayangi kita (terutama golongan bapa kerana bapa jarang berada di rumah) adalah anak kita merindui kita.
Tanda anak merindui kita ialah:
1. Anak akan termenung (rasa kehilangan) 2. Anak akan bertanya di mana kita 3. Anak akan sentiasa memegang barang kepunyaan kita 4. Anak sentiasa merenung gambar kita 5. Anak akan segera berkejar ke pintu bila mendengar loceng pintu atau bunyikereta/motorsikal di halaman rumah kerana menyangka kita sudah balik ke rumah.
Ads
Cuba tanyakan keadaan anak ketika ketiadaan kita pada isteri atau pembantu rumah.
Apakah signifikasi kerinduan ini? Ini sebenarnya bermakna kita berjaya menunjukkan kasih dan sayang pada mereka, bukan rasa takut anak-anak pada kita.
Rindu seorang anak
Ads
Ramai yang cuba mengujudkan rasa takut anak-anak untuk mendapat rasa hormat, tanpa cuba memberikan kasih sayang.
Ads
Rasa takut juga perlu diwujudkan tetapi sepatutnya nisbahnya hanya sedikit dibandingkan dengan rasa kasih dan sayang.
Anak-anak yang sayang akan merindui kita. Anak-anak yang merindui kita akan mendoakan untuk kita bila kita sudah tiada.
Pastinya ingin memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Biarpun telah mempunyai anak yang ramai, semarak kasih sayang harus sentiasa menjadi perkara utama dalam hidup.
Justeru itu, jom kita semak 8 panduan mengekalkan cinta agar kasih sayang kekal bersemarak hingga ke akhir hayat
1. Buang syak wasangka
Perkara paling utama untuk mengukuhkan cinta yang sedia ada ialah menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan. Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan jadi hambar dan tak semestinya berpunca daripada orang ketiga. Kesilapan anda terlalu mudah menaruh syak kepada pasangan boleh menyebabkan kasih sayang menjadi hambar dan boleh menjadi pudar.
2. Betulkan mana yang silap
Sebagai suami atau isteri, anda juga perlu sentiasa betulkan diri. Tak cukup dengan menyelidik diri sendiri tetapi anda perlu berbincang dan berterus terang dengan pasangan. Cari masa dan ketika yang sesuai kemudian berundinglah. Jangan terkejut jika pasangan tak nak berbincang. Cuba dan cuba tapi jangan pula setiap hari! Berikan pasangan anda masa!
3. Luah apa yang dirasa
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri. Jika terasa salah sendiri, berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut. Jangan berbangga diri mengatakan diri tidak bersalah. Sebagai manusia, kita semua tak sempurna. Kita miliki kelebihan dan dalam masa yang sama, kita juga mempunyai kelemahan.
4. Pukau pasangan dengan kasih sayang
Kasih sayang bak benih tanaman. Jika benih tersebut sentiasa disiram dan dibaja, ia akan tumbuh subur. Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja, akan layu dan mati. Anda perlu gunakan luahan sayang dan belaian mesra.
Luahkanlah rasa kasih anda dalam nada yang amat romantis dan menggoda, ciumlah pasangan anda dengan penuh rasa cinta. Bimbang dikatakan buang tabiat? Ketepikan kebimbangan tersebut! Lakukan saja dan jika benar perkataan tersebut keluar dari mulut pasangan anda, jawablah dengan penuh kasih sayang dan suara menggoda. Anda lakukan semua itu sebab rasa cinta dan rindu yang amat sangat kepada pasangan.
5. Buat kejutan
Sebagai contoh, jika selama ini hari jadi suami atau isteri atau majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa, sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan tersebut kepada satu majlis hari jadi agak luar biasa, tak perlu besar, cukup disambut dengan bersama pasangan dan anak-anak tetapi dalam suasana yang berbeza daripada sebelum ini.
6. Imbangi antara kerjaya dan rumah tangga
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada rumah tangga dan kerjaya. Tumpuan 100% kepada kedua-duanya dapat dilakukan bila anda mampu membahagikan masa sebaiknya.
Elakkan bekerja lebih masa tanpa perancangan sebelumnya. Kalau tak boleh dielakkan juga, bawalah kerja balik ke rumah tetapi pastikan pasangan dan anak-anak diberikan perhatian lebih dulu. Maklumkan kesibukan tiba-tiba anda kepada pasangan agar pasangan tidak ternanti-nanti hingga boleh timbul kekeliruan dan salah faham.
7. Kualiti masa bersama
Pastikan anda mempunyai masa untuk pasangan. Biasakan anak-anak tidur cepat, anggaran jam 9 malam atau paling lewat 10 malam adalah masa sebaiknya untuk kanak-kanak tidur.
Jadi, anda mempunyai antara satu hingga dua jam untuk diluangkan bersama suami isteri. Misalnya, menonton televisyen bersama, bergurau senda, berbual dan paling penting untuk berbincang tentang segala perkara berkaitan hubungan dan perkahwinan.
Wujudkan satu sesi perbincangan keluarga melibatkan suami isteri dan anak-anak. Peruntukkan juga satu hari penuh daripada masa seminggu anda untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama suami isteri dan anak-anak.
8. Doa
Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali ketika qada hajat (buang air kecil atau besar).
Insya Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepada-Nya, kasih sayang suami isteri akan kembali bersemarak dan kekal hingga akhirnya.
Sejak penutupan sekolah akibat penuluran kes positif Covid-19, pelbagai gelagat anak-anak kala berada di rumah.
Salah satu gelagat anak-anak yang biasa menjadi perbualan ibu-ibu apabila anak kerap ke dapur mencari makanan.
Bukan itu sahaja, ada juga anak-anak yang suka ke dapur membuka peti sejuk berulang kali hingga melahirkan kebimbangan ibu bapa. Bukan sahaja faktor keselamatan tetap bimbang boleh boleh berlaku kerosakan peti ais.
Begitu yang dilalui oleh seorang ibu ini. Beliau berkongsi kisah anaknya kerap membuka peti sejuk sehingga beliau mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada anaknya.
Mendapat idea meletakkan kepala patung dalam peti sejuk sebagai pengajaran. Idea yang mungkin boleh digunapakai kepada ibu-ibu yang rungsing jika mempunyai anak sebegini.
Gelagat anaknya ini terkejut sehingga menangis mencuit hati warganet. Maklumlah ada anak-anak berperangai sebegini sejak PKP lagi.
Solusi mudah untuk ibu-ibu yang menghadapi situasi yang sama. Boleh lah cuba!
Anak jarang sekali bersepah mainan..cuma hobi anak sulung suka buka tutup peti sejuk,
10kali buka tutup pintu sejuk tu.sampai nak tercabut pintu dibuat nye.
Lagi Mommy dia larang.lagi dia buat.menguji sungguh kesabaran..tarik nafas panjang2.
Mommy xde pilihan lain.terpaksa letak kepala patung di dalam peti sejuk
Sekali dia buka peti, muncul satu kepala..ahh sudah ,berlari xcukup tanah.takut punya pasal.menangis teresak2.sampai takut nak masuk dapo dan buka peti sejuk lagi
Membawa anak berkunjung ke rumah saudara pada musim perayaan ini pastinya menjadi kewajipan. Boleh dikatakan seharian kita akan berada di jalanan untuk proses berkunjung ini.
Sesuatu yang perlu kita fikirkan adalah soal anak-anak kita yang masih kecil. Menjaga mood mereka antara yang kita wajib ambil tahu bagi memastikan kunjungan raya kita lebih lancar. Malah lebih gembira sepanjang kunjungan.
Tapi bukan hanya mood, ada 6 perkara lagi yang ibu ayah wajib tahu. Baca perkongsian ahli terapi kanak-kanak, Liyana Raya yang cukup bermanfaat untuk kita semua.
Beritahu anak unttk ‘expect the expected’ ketika aktiviti menziarahi saudara mara dan rakan taulan di hari lebaran.
Sebelum memulakan langkah untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan di hari lebaran, seeloknya kita bercerita tentang apakah tingkah laku yang ‘expect’ anak-anak untuk buat apabila di rumah orang.
Tingkah laku yang kita ‘expect’ ini sepatutnya diceritakan dalam bentuk yang positif dan kalau boleh elakkan menggunakan perkataan ‘jangan’ terlalu banyak.
2. Dah salam,duduk dengan mak ayah jika mak ayah duduk. Jika anak masih kecil dan didapati anak hendak bergerak,mulakan langkah segera dengan membawa anak keluar seketika dan ibu ayah bergilirlah menjaga anak. Kita risau ada kemungkinan anak akan mengganggu peralatan di dalam rumah orang yg akhirnya boleh merencatkan suasana perayaan itu sendiri.
3. Pesan kepada anak, kalau nak apa-apa….. beritahu. Hatta nak pinjam mainan anak tuan rumah sekalipun. Di sini ibu ayah memainkan peranan yang sangat besar. Mulakan langkah dengan meminta izin kepada anak si tuan rumah.
Jika anak tuan rumah tak nak bagi, beritahu anak kita supaya tengok dulu mcm mana anak tuan rumah main mainan tersebut. Puji anak tuan rumah tentang cara dia main. Puji dan terus puji. Anak tuan rumah ni pun… makin dipuji makin suka dia nak berkongsi. Minta untuk dikongsikan bersama sambil ajar anak kita main sama mcm anak tuan rumah main.
4. Memang perlu ya kita layankan anak kita ketika di rumah orang walaupun pada hari lebaran kerana nanti anak akan kempunan nak minta perhatian ibu dan ayahnya.. maka ada saja tingkah laku ‘unexpected’ yang akan dijalankan oleh mereka sendiri. Paling risau, tingkah laku ‘unexpected’ ini adalah merosakkan barang2 tuan rumah.
5. Jika anak masih kecil,sediakanlah permainan sendiri yang boleh ‘occupied’ kan anak. Bagi anak yg sudah besar,boleh berikan mereka tugasan ringkas seperti mengangkat dulang dari dapur atau ke dapur,menolong mengemas sedikit bagi membantu mereka mengisi masa mereka juga.
6. Beritahu anak supaya tidak meminta duit raya atau pertikaikan duit raya yang diberi oleh tuan rumah di hadapan tuannya sendiri. Sentiasa ingatkan yang duit raya hanyalah satu pemberian. Ada orang bagi banyak,ada orang bagi sikit.
Ucap terima kasih dan salam lalu simpankan saja sampulnya dalam beg. Nanti dah sampai rumah baru buka. Ibu ayah berperanan penting utk beritahu nanti balik rumah kita tengok ‘surprise’ duit raya ya….. dan balik rumah,buatlah intonasi ‘surprise’ duit raya mcm cerita ‘surprise egg’ dalam youtube tu…….
Semoga lebaran kali ini menjadi contoh terbaik untuk anda berikan kepada anak-anak untuk membentuk tingkah laku positif ketika di rumah orang.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...