“Anggap Rezeki Dapat Jaga & Besarkan Anak sendiri.” Bimbang Kes Dera, Anzalna Enggan Ambil Pengasuh

Share

Sarat hamil anak kedua, pelakon Anzalna Nasir memilih untuk menjaga anaknya, Mohamad Eidrees.sendiri dan tidak akan mengambil pengasuh.

Melihatkan kes penderaan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi membuatkan dia bimbang dan lebih selesa menjaga anaknya sendiri.

“Ini adalah pilihan saya sendiri. Suami ada mencadangkan untuk mengambil pengasuh untuk membantu menjaga Eidrees kerana keadaan saya yang berbadan dua.

Namun susah nak percaya orang dan saya tidak akan sesekali tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain selain keluarga sendiri. Biarlah saya berkorban. Saya anggap ini rezeki kerana dapat menjaga dan membesarkan anak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Anzalna mengakui bukan mudah untuk menjaga anak ketika sedang sarat hamil. Malah, anaknya itu juga semakin inginkan perhatian apabila bakal mendapat adik.

“Memang mencabar. Bila nak dapat adik ini, perangai dia lain sedikit. Semakin inginkan perhatian. Oleh sebab itu, antara saya dan suami, dua-dua kena ada untuk dia. Sebab itu saya lebih senang jaga sendiri. Seronok dapat tengok dia membesar depan mata,” katanya.

Anzalna sebelum ini memaklumkan dirinya hamil anak kedua. Dalam perkongsian di Instagram itu, pelakon tersebut mengesahkan, kandungannya sudah berusia lapan bulan.

Sumber: IG Anzalna


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

 

IKLAN