Sebuah kehilangan pastinya sangat memeritkan. Apatah lagi jika kita terpaksa menghadapinya sewaktu masih belum bersedia.
Apatah lagi jika kehilangan itu dirasai oleh kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa. Yang masih perlukan belaian manja. Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak bernama Mohamad Adiffiras berusia 11 tahun ini.
Dia yang kehilangan ayahnya pada tahun lepas berusaha untuk membina kepuk kubur untuk arwah ayahnya sebagaimana kubur-kubur yang lain.
Namun keadaan keluarganya yang serba kekurangan menyebabkan dia terpaksa membina kepuk kubur itu sendiri kerana tidak mahu kubur arwah ayahnya itu hilang dibawa arus banjir atau hujan lebat.
Menurut ibunya Siti Nurul Aini yang mempunyai 3 orang anak ini, namun anak sulungnya meninggal selepas 3 hari dilahirkan pada tahun 2010. Jenazahnya di kebumikan di kampung ibunya di Johor, manakala dia sekeluarga menetap di Felda Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.
Kubur arwah anaknya itu tiada kepuk dan nisan kerana banyak kali hilang selepas dihanyutkan air. Oleh kerana kekurangan wang dan tinggal jauh, mereka tidak membuatkan kepuk baru.
“Jadi selepas suami meninggal, Firas berkeras nak buat kepuk untuk kubur bapanya.”
Ads
“Dia tak mahu kubur arwah bapanya hilang macam kubur arwah kakak. Firas minta dengan bapa saudaranya untuk beli kepuk dan batu nisan, tapi pakcik dia mampu beli nisan je. Kepuk tak mampu.”
“Hari tu, tanah kubur arwah suami saya mendap sebab hujan lebat. Firas menangis, dia takut kubur tu hilang. Sebab itulah dia bersungguh nak buat kepuk sendiri.”
Pada awal bulan yang lalu, Firas telah memunggah batu-bata dari rumah mereka dan mengangkutnya menggunakan basikal untuk membina sendiri kepuk di kubur bapanya yang meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus.
Apa yang menyedihkan adalah, waktu itu Firas menggunakan tanah merah di sekitar kubur untuk menggantikan simen dalam pembinaan kepuk berkenaan.
“Dia minta izin dengan saya nak buat kepuk. Dia bawa batu-bata dari rumah dengan menggunakan basikal. Bila hujan turun, batu-bata tu tergolek. Dia menangis kutip batu tu balik. Dalam hujan lebat dia menagis.”
“Jadi saya pun beli simen dalam 3 kilogram (kg) secara atas talian untuk membina kepuk tersebut.”
Ads
“Bila dah siap, Firas peluk batu nisan ayahnya.”
“Dia kata, ini je dia mampu bagi untuk arwah. Saya ingat dia main-main je masa dia lukis kat rumah, rupanya dia buat betul-betul.”
Untuk makluman, Siti adalah seorang suri rumah. dia tidak bekerja danmengharapkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak zakat untuk perbelanjaan dia dan anak-anak.
Ads
“Saya hanya suri rumah. Semua anak dilahirkan secara pembedahan sebab itu arwah tak bagi saya kerja. Anak bongsu pula mengalami semput, sering keluar masuk hospital.”
Kisah firas ini tular selepas seorang pemuda bernama Akhmar Salehudin berkongsi video Firas yang ketika itu berada di sisi pusara ayahnya.
Dalam video tersebut turut menemubual Firas yang telah membina kepuk kubur ayahnya itu.
Rata-rata komen yang diterima, kagum dengan kesungguhan Firas dan ramai yang mendoakannya.
Kucing adalah haiwan kegemaran hampir setiap orang di muka bumi ini. Tetapi ada satu benda yang memang ramai sangat alah dengan haiwan ini adalah najisnya! Kalau kucing sendiri boleh ajarkan nak membuang dekat mana, tapi kalau kucing orang atau kucing liar dekat luar rumah itu, pening juga nak fikirkan.
Haiwan ini pula, bila dah berak di satu tempat itu, gerenti akan datang lagi. Jadi, macam mana nak elak kucing berak di tempat yang sama atau nak halau kucing itu supaya tak datang terus dah rumah anda? Ini petua yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa.
PETUA UNTUK ELAK KUCING BERAK MERATA
Siapa tak marah, bangun sahaja pagi terbau aroma taik kucing. Lagi bertambah marah apabila kucing itu milik jiran tapi nak buat macam mana kucing kan. Nak marah pun tak boleh, nak bergaduh dengan jiran lagi lah tak boleh.
Bahan-bahan:
1. 2 labu bawang putih
2. 3 atau 4 batang serai
3. Botal spray
Bawang putih itu perlu dikupas kulit manakala serai pula perlu dipotong secara kecil-kecil.
Masukan kesemua bawang putih dan serai tadi ke dalam blender.
Apabila telah hancur, masukan air ke dalam blender dan blender sekali lagi.
Setelah itu, tuangkan ke dalam botol spray tetapi perlu ditapis tau. Sebab nak air sahaja.
Dah boleh guna, spray kat tempat yang selalu kucing bermain atau pernah berak. Dah siap!
Penyanyi terkenal, Nabila Razali berdebar nak raya di Kelantan apabila kali ini akan balik ke kampung suami, Nik Iruwan Nik Izani.
Namun menerusi perkongsian di Instagram miliknya, kelihatan Nabila dalam nada gurauan masih ‘gigih’ untuk memujuk suaminya.
Dalam pada itu, memetik sumber Kosmo, Nabila berkongsi rasa debaran dalam memilih pakaian yang sesuai dipadankan di kampung suaminya.
“Hari raya juga adalah peluang untuk saya berkenalan dengan sanak saudara belah suami sebab ada yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinan kami sebelum ini.”
Rata-rata netizen ketawa berdekah apabila melihat gelagat Nabila memujuk suaminya sambil makan. Antaranya termasuk memberi kata-kata semangat dalam nada gurauan.
Tip Beraya Dirumah Mertua
Bagi yang pertama kali beraya di rumah mertua ini tip kena tahu.
1.Bantu mertua di dapur.
Yang mana tak begitu pandai masak, jangan jadikan tu sebagai alasan. Bantu ‘sibukan’ diri didapur. Jangan berkurung dalam bilik. Inilah masa untuk tambat hati mertua.
2. Mengemas.
Perkara paling utama ialah mengemas tempat tidur selepas bangkit dari tidur. Di kampung, selalunya akan ramai tidur di ruang tamu. Jadi, selepas bangun tidur tu, kemaslah tempat tidur sekeluarga.
3.Tolong bawa keperluan asas sendiri.
Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencukur dan lain-lain tu tolong bawa sendiri punya. Takkan la nak habiskan semua yang tuan rumah punya. Betul tak?
4.Bermesralah dengan mertua dan ipar.
Masa inilah masa yang patut kita manfaatkan untuk merapatkan silaturrahim. Bukan selalu jumpa pun. Tanyalah khabar, berboraklah, cerita la pasal apa pun.
Sumber: IG Nabila Razali & Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aidid Marcello bersama isteri, Norzie Pak Wan Chek serta anak perempuan mereka, Nailina Marcello kini sedang mengerjakan umrah.
Di dalam perkongsiannya sebelum ini, Aidid ada menyatakan akan berkongsi info dan tip sepanjang berada di Tanah Suci itu buat tatapan pengikutnya di laman Instagram.
Namun, satu video dimuat naik Aidid yang berkongsi luahan hatinya tentang cara yang betul dalam mendidik anak-anak untuk solat.
Video tersebut memaparkan seorang bapa meletakkan anaknya di atas lantai yang sejuk sementara mahu menunaikan solat Subuh.
Cara si ayah saya selamba meletakkan anaknya di lantai sejuk, seolah-olah memberi tamparan hebat buat Aidid sekali gus membuka matanya tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak.
“Ramai orang sayangkan anak termasuk saya. Takut nak buat itu ini, tetapi diorang ini sejuk gila lantai ini , relaks ja letak nak solat.
“Sedikit tamparan hebat untuk saya sendiri membuka mata dan kena levelkan balik tahap sayangkan anak itu macam mana?
“Adakah kita sayangkan anak kita… boleh lengahkan depa solat? Banyaknya dosa dan jahilnya kita kan? (Saya dalam kategori ini)
Rata-rata netizen memuji dan cukup kagum melihat video yang dikongsikan oleh Aidid itu. Tak kurang yang bersetuju kerana mereka pernah mengalaminya sendiri.