Akhirnya berakhir penantian rakyat Malaysia setelah 4 hari menanti siapakah yang akan menyandang jawatan sebagai Perdana Mentari Malaysia yang ke 10 selepas PRU dijalankan pada hari Sabtu lalu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan hari ini di Istana Negara sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong merungkai kemelut pembentukan kerajaan.
Ads
Perbincangan khas itu bertujuan membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10.
Kebiasaannya, kerja menukar lampin anak ini pasti akan dilakukan oleh ibu kerana kemudahan yang disediakan lebih terarah kepada kaum ini. Jadi secara automatik, tugas ini harus digalas oleh kaum ibu.
Tanpa disedara, perkara ini adakalanya menjadi beban buat kaum lelaki yang dilihat seakan cuba mengelak dari melakukan tugas ini. Namun hakikatnya kerana tiada kemudahan untuk kaum lelaki bagi memudahkan mereka menukar lampin anak lebih-lebih lagi apabila berada di mall.
Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar baru-baru ini telah memuatnaik gambar beserta kapsyen yang menunjukkan beliau sangat teruja apabila terdapat nappy room dalam tandas lelaki sewaktu beliau berkunjung ke mall tersebut.
“Paling happy bila nappy room kat mall..senang untuk bapak-bapak. Kalau tak, most places letak tempat nappy change in the ladies WC. Good job IPC”
Menerusi posting ini, ramai yang memuji sikap Alif Satar kerana tidak ramai lelaki yang akan berbuat begitu kerana selalunya ianya akan dilakukan oleh si isteri lebih-lebih lagi dia merupakan selebriti terkenal.
Dalam kalangan warganet pula, ramai yang berkongsi kelegaan yang sama seperti Alif Satar apabila pasaraya besar menyediakan kemudahan ‘nappy room’ di tandas lelaki juga. Ini amatlah penting supaya menyedarkan tanggapan orang ramai bahawa tugas menukar lampin bukan hanya kerja si ibu sahaja.
Belum sempat habis merungkai misteri kehilangan Acap yang hilang di gua Tempurung selepas menyertai araca larian 4 tahun yang lalu, kini satu lagi misteri kehilangan pendaki dilaporkan.
Kali ini berlaku di Pulau Mawar, Mersing. Pemuda yang bernama Akmal Hakimi ini dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar mendaki bukit secara bersendirian pada 1 Februari yang lalu.
Menurut abang kepada pemuda ini, MuhamadMirza Qusyairi Ishak, laporan polis sudah dibuat namun operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu.
Adiknya yang juga penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Lumut, Perak sudah terbiasa mendaki bukit sendirian sebelum ini. Ini bukan kali pertama adiknya mendaki seorang diri.
“Kami dua beradik je. Dia anak bongsu. Dia dah pernah hiking Pulau Mawar sendirian sebanyak tiga kali. Sebelum ini pun dia hiking Gunung Lambak dan Gunung Rembau seorang diri.
“Kami cuba hubungi dan WhatsApp dia tapi tak dapat. Kadang-kadang mak tengah masak pun sedih. Dia tanya adik kat mana, hidup lagi atau tak?”
Biarpun ada pihak yang mengaitkan kehilangan itu dengan alam mistik, Qusyairi berkata keluarga tidak putus harapan dan berharap adiknya akan pulang secepat mungkin.
“Saya dan keluarga turut pergi ke Pulau Mawar sejak 1 hingga 3 Februari. Selepas SAR dihentikan pada 7 Februari, pencarian diteruskan dengan agensi bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, orang kampung, ustaz dan iman Masjid Besar Sultan Iskandar Johor Bahru.
Menjawab soalan yang ianya ada kaitan dengan alam ghaib, kata pemuda ini,
“Alam ghaib ni wujud. Cuma saya dengan keluarga tak taksub. Orang lain nak cakap apa-apa, cakaplah. Allah saja yang tahu. Saya percaya ada hikmah. Selagi belum jumpa petunjuk, saya terus ikhtiar,” ujarnya lagi.
Qusyairi turut membuat hebahan mengenai kehilangan itu menerusi aplikasi TikTok dan menawarkan ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang berjaya menemui adiknya.
Menerusi posting di TikTok, Qusyairi berkata adiknya memakai jaket kuning, kasut kelabu dan beg sandang hitam berjenama Jeep pada hari kehilangannya.N
Netizen di TikTok turut menzahirkan rasa simpati di ruangan komen dan mendoakan agar adik Qusyairi dapat ditemui semula.
Beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen;
“Kadang-kadang dia nampak kita. Kita je tak nampak dia. Moga urusan pencarian adik dipermudahkan.
“Ya Allah, dalam apa keadaan sekali pun, pertemukanlah adik ni dengan keluarganya.
“Kenapa saya tengok tempat hiking meremang bulu roma?” tulis beberapa netizen.
Nur Farah Kartini, anak bongsu dari 7 beradik, “Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya.” Misteri kehilangan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan akhirnya terjawab.
Mayat gadis berusia 25 tahun itu ditemukan tidak bernyawa dan hampir di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Susulan penemuan mayat berkenaan, Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari.
“Ketika mayat mangsa ditemukan, keadaannya sudah hampir reput kerana telah meninggal dunia beberapa hari. Jadi, belum dapat dipastikan kecederaan yang ada,” katanya.
Dalam pada itu, Hussein memaklumkan, masih terlalu awal pihaknya untuk membuat sebarang kesimpulan motif kejadian selain tiada sebarang rampasan senjata di lokasi penemuan mayat termasuklah dakwaan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.
“Proses bedah siasat masih lagi berjalan (hari ini) bagi mengetahui punca kematiannya,” ujarnya.
Sebelum itu, suspek berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Kontinjen Perak telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Siasatan awal polis mendapati tempat penemuan mayat merupakan lokasi kejadian utama.
Allahyarhamah, Nur Farah Kartini, adalah anak bongsu dan seorang yang amat bertanggungjawab, kata kakak ipar Allahyarhamah, Nor Amidah Mohd Ali, 36, yang jelas terkejut dengan kejadian tragis yang menimpa mangsa.
“Dia seorang sahaja anak perempuan dalam keluarganya dan dia seorang yang sangat bertanggungjawab.
Selepas tamat pengajian tahun lalu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung,” katanya ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, hari ini.
Menurutnya, kerana Allahyarhamah merupakan satu-satunya adik perempuan dan merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik justeru hubungan mereka kekal rapat walaupun dia sudah berpisah dengan abang mangsa.
Nor Amidah berkata, kali terakhir mereka berhubung adalah pada 5 Jun lalu di mana ketika itu Allahyarhamah memaklumkan bahawa dompetnya tercicir.
“Saya tidak tahu (apa-apa mengenai) hubungan antara arwah adik dan suspek yang ditahan,” kata abang kepada Nur Farah Kartini Abdullah, Mohd Farriza Azmi, 28.
Mohd Farriza Azmi berkata, adik bongsunya itu sangat rapat dengan keluarga, terutama ibu mereka namun jarang berkongsi hal peribadi.
Menurutnya, kali terakhir Nur Farah Kartini, 25, pulang ke kampung di Miri, Sarawak adalah pada sambutan hari raya, baru-baru ini.
“Dia seorang yang ceria, tak pernah nampak seperti dia ada masalah mungkin kerana dia tidak cerita pada saya.
“Dia memang rapat dengan mak dan abang-abang dia tetapi pasal lelaki itu (suspek), saya tidak tahu apa-apa,” katanya ketika bercakap kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu kakak ipar mangsa, Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, meminta semua pihak terutama media supaya tidak menyiarkan berita yang boleh mengganggu perasaan keluarga mereka.
Katanya, keluarga menyerahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas bagi mendapatkan keadilan buat Nur Farah Kartini.
“Saya mohon pihak media memberi ruang kepada kami untuk fokus urusan bedah siasat dan pengurusan jenazah. Kami sendiri tidak pasti bila bedah siasat akan selesai.
“Kami belum ada apa-apa maklumat, buat masa ini itu sahaja yang kami dapat kongsikan,” katanya.
Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid berkongsi pandangan mengenai peranan sebenar seorang nenek serta menegaskan hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu dihormati.