Sebak apabila melihat adik kecil usianya baru tiga tahun tetapi bacaan solatnya jelas dan yakin. Mana mungkin anak seawal usia begini yang boleh berbuat demikian penuh displin jika tanpa didikan asuhan yang baik daripada ibu bapanya. Sebagai ibu bapa tentunya kita inginkan mengetahui apakah tip pasangan suami isteri ini sehingga mampu mendidik anak yang masih kecil ini dengan amalan solat. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah yang diadapdatasikan oleh keluarga ini. Ikuti perkongsian ini . Moga kita muhasabah diri dan masih belum terlambat untuk kita memberikan yang terbaik buat anak-anak kita. Aminn
Berikut adalah video viral oleh puan Nurzuhaili Shamsudinyang terkini mendapat lebih 5 ribu share serta mendapat pujian daripada netizen antaranya ada yang mendoakan anak ini bakal menjadi iman masjid dan didikan ibu bapa yang baik.
Apabila diajak berjemaah, Adam asyik nak jadi imam. Katanya, Papa baca laju. Adam tak sempat nak catch up ?Jadi, apa yang kami buat, kami akan solat dahulu. Kemudian, Papa akan berpura-pura solat sekali lagi dengan Adam. Kali ni, Adam akan jadi imam.Adam, Mama doakan Adam membesar menjadi pemimpin yang berilmu dan beriman..
Apabila diajak berjemaah, Adam asyik nak jadi imam. Katanya, Papa baca laju. Adam tak sempat nak catch up ?
Jadi, apa yang kami buat, kami akan solat dahulu. Kemudian, Papa akan berpura-pura solat sekali lagi dengan Adam. Kali ni, Adam akan jadi imam.
Ads
Adam, Mama doakan Adam membesar menjadi pemimpin yang berilmu dan beriman.
Dalam pada itu, puan Nurzuhaili Shamsudin melahirkan rasa terkejut dengan tidak menyangka rakaman videonya itu mendapat perhatian ramai. Beberapa hari selepas itu, beliau memuat naik status perkongsian bagaimana beliau mendidik anaknya.
Ads
Saya sangat terkejut apabila video Adam solat ni mendapat 1K share dan lebih daripada 30000 views. Komen daripada orang ramai menyatakan rasa syukur juga sangat banyak. Alhamdulillah. Ramai juga berharap untuk mendidik anak mereka agar menjadi seperti Adam suatu hari nanti.
Izinkan saya berkongsi sedikit cara saya mendidik anak-anak. Untuk makluman, saya hanya mempunyai 2 orang anak, seorang 7 tahun (Safiyya) dan seorang 3 tahun (Adam).
Sebagai ibu muda, saya banyak melakukan eksperimen semasa mendidik anak. Cuba sesuatu teknik, jika tak sesuai, saya akan ubah.
Untuk tanamkan minat membaca, setiap malam sebelum tidur, saya akan bacakan cerita kepada mereka. Kami juga selalu bermain kuiz, teka teki, membuat aktiviti ‘art’, mengemas rumah dan solat bersama-sama. Gadjet? Mereka dibenarkan bermain gadjet, tetapi bersyarat.
Ads
Sebagai ibu bekerja, masa bersama anak sangat terhad. Jadi, saya carikan guru yang bagus untuk mengajar mereka. Seawal 3 tahun, mereka telah ke tadika. Saya pilih tadika yang merangsang perkembangan anak-anak. Mereka belajar melalui bermain. Mereka belajar solat dan hafalan surah beramai-ramai. Mereka belajar adab dan bagaimana mengurus diri. Tadika SMG Bandar Utama, Sg. Petani 013-8656734/019-5144056 ialah tadika yang banyak membantu saya mendidik anak-anak.
Moga perkongsian ini menjadi pencetus untuk kita muhasabah diri mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Aminn
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didapati lemah dan mengalami simptom muntah-muntah dipercayai akibat kekurangan air di kawasan banjir Sri Muda, di sini, malam ini.
Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal Rahim berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui berada bersama keluarganya di dalam rumah di kawasan yang dinaiki air.
“Kanak-kanak ini telah terkandas di kawasan banjir selama dua hingga tiga hari dan telah muntah banyak kali.
“Air dalam badan sangat kurang jadi ia beri kesan kepada tekanan darah,” katanya yang bertugas di kawasan itu ketika ditemui Astro Awani pada Rabu malam.
Terdahulu, pasukan perubatan terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis bagi membawa keluar kanak-kanak itu yang masih berada di rumah.
Sewaktu ditemui di rumahnya, mangsa dikatakan dalam keadaan kurang bertindak balas ketika pemeriksaan dilakukan.
Ujar Dr Mohd Akmal, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.
Meninjau di rungan komen, ramai memberikan respon sedih melihat anak kecil ini yang terlihat begitu lemah.
Justeru wargamaya turut mendoakan agar anak ini segera sembuh dan memohon agar dipercepatkan lagi bantuan kepada mangsa banjir oleh pihak berkuasa.
Rupanya bahan hidangan untuk keluarga dan tanaman keliling rumah menjadi bahan untuk ibu-ibu kekal cantik tanpa memerlukan perbelanjaan yang mahal.
Antara bahan untuk ibu kekal cantik dengan menjaga kesegaran rambut untuk mengelak keguguran rambut adalah menggunakan buah tembikai, daun lidah buaya, limau nipis dan bunga raya.
Cara / Petua Merawat keguguran rambut
.
Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
.
Petua 4: Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat
.
Insyaallah.. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.
“Bagi yang telah membuat permohonan sebelum ini dan mempunyai resit permohonan MyKid namun cetakannya ditangguhkan, pemohon diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN (www.jpn.gov.my) sebelum hadir membuat kutipan di Pejabat JPN yang dipilih,” menurut kenyataan itu.
Gambar hiasan.
Menurut JPN, tempoh semakan adalah tiga bulan bermula 29 Julai hingga 31 Oktober tahun ini.
“Selepas tempoh ini, status permohonan MyKid akan terbatal dan permohonan baharu perlu dibuat semula.
“Kerjasama pemohon diperlukan bagi memastikan MyKid dicetak akan dituntut oleh pemohon dan sekali gus mengelakkan lambakan MyKid yang akan merugikan kerajaan,” menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-88807077 atau emel ke pro@jpn.gov.my.
Media sebelum ini melaporkan pengeluaran MyKid bagi bayi baru lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di