Kalau kita hendak senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan sebiji kek, tentu bermacam-macam ramuannya.
Tidak kurang juga ada sebahagian ramuannya, kedengaran janggal disebut dan sekali gus mematahkan semangat ada antara kita untuk menyediakan hidangan kek dek kerana terasa leceh untuk mengadakan bahan-bahan tersebut.
Tapi tidak jika menyediakan resipi nan satu ini. Apam Milo hanya menggunakan 4 bahan sahaja, dan cukup mudah untuk disediakan.
APAM MILO 4 BAHAN JERR.
Nak buat kek pelangi tapi tak cukup bahan so terjadi la apam milo yang senang yakmat nie yang penting suami dan adik-adik kata sedap..
First time buat tapi menjadi tu yang suka sangat tu nak share hihihi
Ekzema adalah masalah kulit yang biasa berlaku kepada anak kecil yang baru lahir. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Bahan kimia seperti sabun, pembersih atau minyak wangi boleh menyebabkan alahan , jadi ibu bapa kena alert pemilihan produk yang sesuai untuk anak yang ada masalah ini.
Puan Yatie Eimra berkongsi tip menggunakan cuka dan baking soda bagi menggantikan pelembut fabrik yang tidak sesuai untuk digunakan disebabkan anak ada masalah ekzema.
PART 1: ECZEMA & PELEMBUT FABRIK👚
===================================
Alhamdulillah, hari ni Allah beri kesempatan untuk saya share sikit info yang mungkin mak² boleh manfaatkan..
Fydh ni memang ada mild eczema & keadaan eczema dia agak teruk sejak bayi hingga 2 tahun. Keadaan kulit dia beransur kurang pun lepas amalkan mandian daun herba & guna minyak garlic (disamping jaga pemakanan). Masa umur 3 tahun++, masalah eczema dia tiba² flare balik walaupun masih jaga pemakanan.. Kerap gak terpaksa ulang-alik ke klinik masa tu..
Since dah bagitau bukan faktor pemakanan.. doktor terus tanye, ada ke gunakan racun penyembur serangga dalam masa terdekat/tukar sabun mandian/sabun pakaian. Sabun cuci pakaian Fydh ni memang saya tak tukar & tetap gunakan sabun pencuci pakaian khas untuk bayi jer sebab kulit dia sensitif TAPI saya mula gunakan pelembut fabrik khas untuk bayi/kulit sensitif bila cuci pakaian.. Doc cakap pelembut fabrik organik sekalipun, walaupun takde bahan kimia bahaya, ia tetap ada bahan pengawet & bahan yang berfungsi melembutkan kain.
Lapisan lilin/lelemak dalam pelembut fabrik ni menghalang pakaian meresap air. So anak yang kulit EXTRA SENSITIF, kalau ada lak masalah eczema, tetap lah akan terkesan gak. Kandungan bahan pengawet mungkin salah 1 alergen & pakaian dia tak meresap peluh lagi terukkan eczema. Macam Fydh ni lak memang kuat sangat berpeluh, memang ler lagi haru.. Dahla banyak peluh, baju tak meresap² peluh lak.. huhu
Dulu ingatkan pelembut fabrik organik selamat untuk bayi/kulit sensitif.. Rupanya organik pun tak bermakna serasi untuk semua orang gak.. 😅 Sejak dah stop gunakan pelembut fabrik, alhamdulillah eczema pun makin kurang walaupun amek masa gak & tak lagi jadik flare macam dulu (melainkan tak jaga makan jela😅). Sampai sekarang ni memang saya tak gunakan pelembut fabrik bila cuci pakaian dak Fydh & masa basuh pun masih asingkan dengan pakaian orang dewasa.
Mak² yang ada masalah anak resdung/asthma/eczema.. kenalah lebih peka bab² kandungan bahan pencuci tak kiralah sabun mandi, sabun cuci pakaian mahupun pelembut fabrik ni. Kekadang tu terlebih guna sabun pencuci pakaian pun boleh trigger alahan gak. Kekadang alergi tu tak terus jadi teruk on-the-spot, tapi amek masa.. 1 tahap bila histamin dah tinggi dalam badan, baru lah jadi macam² reaksi alergi. Macam kes Fydh, lepas 2-3 bulan gak guna pelembut fabrik, baru eczema dia jadik flare..
TAMBAHKAN SODA/CUKA DALAM CUCIAN PAKAIAN
===============================
Since saya dah tak guna pelembut fabrik untuk pakaian Fydh, saya tambahkan soda/cuka masa cucian mesin terutamanya bila basuh towel/teddy Fydh (untuk pastikan tak tertinggal saki baki sabun bahagian dalam teddy). Cara ni jugak sesuai untuk cuci bantal tau (jenis washable).
Penggunaan soda ATAU cuka ketika cuci pakaian bukan setakat boleh melembutkan pakaian, menghilangkan bau peluh pada pakaian serta bau²an yang tak menyenangkan tapi jugak boleh membersihkan sisa² sabun. Bagi yang terlebih guna sabun pencuci tu, korang hanya perlu tambah sikit soda/cuka pada bilasan terakhir.
Soda
====
Tambah ½ cawan baking soda bersama sabun pencuci di AWAL cycle & cuci macam biasa.
*Gunakan hingga 1 cawan soda jika mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak
*Boleh gunakan soda khas untuk mencuci (washing soda) yang mana fungsinya lebih kuat
*Optional– Tambahkan minyak pati (titiskan dalam bekas berisi air sikit supaya baunya sekata) & tambahkan ketika rinse cycle yang terakhir untuk bau yang segar (elakkan penggunaan eo jika basuh pakaian bayi).
Cuka
=====
Tambah ¼–½ cawan cuka ketika BILASAN TERAKHIR.
*Optional– Tambahkan minyak pati (titiskan dalam bekas berisi air sikit supaya baunya sekata) & tambahkan ketika rinse cycle yang terakhir untuk bau yang segar (elakkan penggunaan eo jika basuh pakaian bayi).
⭐Jujurnya saya lebih gemar gunakan cuka sebab cuka lebih murah😆. Biasanya saya terus titiskan eo & tambahkan cuka pada cycle yg ke-2 terakhir supaya dapat kurangkan sikit bau cuka tu. Kalau tambah masa rinse cycle terakhir pun xde masalah sebab bau cuka ni akan hilang bila kering. TAPI andai kata pakaian tu masih lembap sesekali bau cuka tu masih boleh detect walaupun dah bercampur eo🤭. Maklum ler jemur pakaian pun kat beranda jer. Kalau ade laman rumah tu, xde masalah pun😅.
⚠️P/S: Jangan memandai² lak korang gi campurkan soda & cuka yer.. kang bila asid & alkali bertindakbalas, dah tak berkesan pun melembutkan fabrik.
InsyaAllah, bila berkesempatan nanti saya akan sambung sikit lagi info part 2 lak tentang pakaian/fabrik yang tak sepatutnya korang gunakan pelembut fabrik ni😬
Sos cili pencicah thai memang menjadi kegemaran ramai. Rasanya cukup enak dan sesuai sekali dimakan dengan cucur udang ataupun keropok lekor. Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas, pastinya akan digemari oleh anak-anak anda.
Mungkin ramai yang ingin mencuba buat sendiri sos ini tetapi tidak ada resipi. Jangan bimbang, Majalah Keluarga akan berkongsi resepi Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin yang berjaya buat sos pencicah thai ni ala homemade!
Selain air tangan sendiri untuk ahli keluarga anda, mana tahu jika menjadi boleh dibuat bisnes kerana caranya cukup mudah dan rasanya sedap! Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan
Bahan-bahan:
3 Ulas bawang putih dikopek kulit
2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/4 cawan cuka
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.
Cara-cara:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
3. Apabila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Annyeonghaseyo! Siapa pernah makan ayam korea? Rasa ayam dengan sos korea yang pekat ditaburi dengan bijan, memang teringat-ingat rasanya!
Disebabkan nak keluar susah sekarang takut terjangkit dek covid, jom buat sendiri ayam korea resipi dari Super Daddy Khairul Abdullah. Jom cuba!
Inilah maksud sebenar sedap hingga menjilat jari. Memang confirm kau akan jilat jari waktu makan Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea ni. Awat lah sedap sangat sos dia tu, haishhh. Jomlah, aku tulis resipi terus, tulis cerita panjang pun korang bukan nak baca.Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea
Ayam Goreng Rangup Bersos Homemade Ala Korea
Bahan-bahan diperlukan:
Untuk ayam goreng rangup:
7-10 ketul kepak ayam atau drummet atau keduanya sekali. Bersih dan toskan.
3 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 sudu lada hitam.
6 sudu tepung gandum.
2 sudu tepung jagung.
Sedikit garam.
Untuk Sos Homemade Ala Korea
2 ulas bawang putih diketuk.
4 sudu sos tomato.
1 sudu serbuk cili atau paprika.
1 sudu kicap manis.
1 sudu madu.
1 sudu gula perang/gula melaka.
1 sudu bijan.
Cara nak buat dia:
Ayam goreng.
1. Sagat bawang putih dan halia ke dalam ayam dan taburkan sedikit garam dan lada hitam. Gaul sebati dan perap dalam 30 minit.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul sebati. Ambil ayam satu demi satu dan salutkan dalam tepung tersebut.
3. Goreng ayam sampai kuning keemasan dan angkat. Biarkan sejuk seketika dan goreng semula kali kedua biar sampai perang. Kena goreng 2 kali untuk dapatkan kerangupan yang best.
Senang buat 2 batch, goreng batch pertama, angkat dan sejukkan dan goreng batch kedua. Dah siap batch kedua masukkan balik batch pertama tadi dan goreng sampai keperangan.
Siap.
Untuk sos pula.
Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sampai naik bau dan masukkan sos tomato, kicap, serbuk cili/paprika, 3 sudu air dan gula perang/melaka. Kacau sampai didih dan masukkan madu. Kacau sampai pekat.
Siappppp.
Tuang sos atas ayam dan gaul sebati biar bersalut semuanya. Kemudian taburkan bijan.
Taraaaaa.
Aku tak masukkan paprika dan serbuk cili, sebab tu kurang merah. Maklumlah nak makan dengan anak-anak, maka taknak lah pedas kan.
Nanti jenuh depa makan bersulam air.
Biar aku sahaja,
Cintai kamu bersulam rindu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.