Banyak sebenarnya kegunaan nasi putih. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau keropok jajan, ibu-ibu boleh buat resipi apam nasi ni. Resipi ini dikongsikan oleh puan
Fazilah Md Yussop yang di ambil dari page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Lebih sedap dan menarik apabila ditambah dengan perasa pandan di dalamnya. Cicah pula dengan kelapa parut yang ditabur sedikit garam. Perghhh memang sedap. Jom cuba!
Selamat pagi semua..pagi ni kita sarapan apam beras pndan..terima kasih sahabat empunya share resepi dlm group ni.. Alhamdulilah..sdap sangat 2..
Apam nasi pandan Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk
11/2 cawan gula
Ads
2 cawan pati daun pndan
Bahan b
11/2cwan tpung gandum
Ads
2 cawan tepung beras
1 peket mauripan
Cara membuat:
Ads
Blend nasi bersama gula n air pandan.. bagi sebati n halus.satukan tepung 2n mauripan
Nasi yang dah blend tadi masukkan kdlm tepung.
kacau sebati..masukan pewarna cikit aje nk bagi cntik..
Perap selma satu jam setengah.
Kukus dalam 15 hingga 20 minit jer, acuan kecik- kecik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak Wabak Covid-19 menyerang, pelbagai pihak berjaga-jaga. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara kaedah yang dilaksanakan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak ini.
Dalam masa yang sama, rakyat diminta menjaga kesihatan termasuklah kebersihan diri. Penggunaan topeng muka, Hand sanitizer amat digalakkan.
Bimbang virus itu melekat pada buah-buahan, sayur-sayuran, ada yang merendamnya dalam air sabun bagi membunuh virus tersebut.
Tapi tak semua benda boleh dicuci dengan air sabun terutama bahan makanan kerana penggunaan sabun biasa dilarang kerana ia boleh mengundang masalah kesihatan.
Saudara Che Azawimie Che Zahari berkongsi tip cara mencuci sayuran dengan menggunakan sabun khas untuk sayur.
Basuh2… Baru segar.
Tetiba ada org pm. Bakpe basuh sayur pakai sabun tu……
Abam pakai sabun mmg khas utk sayur la… Bukan sabun basuh pinggang hok biasa tu..
ni mmg boleh buat basuh sayur… Utk buang2 racun2.. lagi segar sayur tu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi peminat drama tanah air awal 1980-an, pasti kenal dengan kelibat anak seni bernama Margaret Gan ini.
Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, siapa sangka memasuki usia 79 tahun, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
Tarikh 15 Februari lalu, pasti menjadi momen cukup bermakna buat dirinya. Dia yang sejak zaman persekolahan lagi sudah terbiasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.
Sebelum itu, Mohd Taufik terlebih dahulu memeluk Islam ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.
Tatkala membuka cerita mengenai pengislamannya, Margaret yang manis berhijab mengakui anaknya itu tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk Islam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.
“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.
“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.
“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.
Ceritanya lagi, Taufik mengajarnya melafazkan syahadah dan merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.
“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.
“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.
Margaret dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.
Bahkan ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk Islam dia tidak menghalang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.Dia tidak mahu anaknya itu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.
“Saya tidak halang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.
“Walaupun anak sudah memeluk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.
“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.
“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersolat dan mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tidak sukar untuk saya melafazkan syahadah,” katanya
Jelasnya lagi, anaknya turut memintanya memakai tudung apabila berlakon.
“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tidak, dia tidak galakkan saya berlakon tanpa memakai hijab. Saya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berhijab.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, terlalu ramai yang terkesan dengan keadaan banjir di Lembah Klang yang disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air secara tiba-tiba.
Dapat kita lihat juga betapa sukarnya mereka semua menempuh banjir apabila ramai yang turut berkongsi situasi semasa di media sosial. Kita dapat lihat bukan sahaja jalan dan penempatan di Selangor ditenggelami air malah ada juga dikongsikan suara-suara meminta bantuan dalan keadaan bergelap daripada individu yang terperangkap akibat banjir. Hal ini cukup menyentuh hati!
Menghadapi keadaan banjir yang cukup sukar dan bagi meringankan beban yang ditanggung, menyebabkan kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir. Ini sepertimana memetik berita yang dikongsikan BERNAMA.
“Esok Isnin bermula hari kerja, jadi mereka perlu bekerja walaupun terpaksa berpindah (ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kita faham kesusahan mereka, maka kerajaan setuju memberi cuti kecemasan akibat bencana ini.
“Kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir, bila masuk kerja semula, bolehlah berbincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukan (cuti), saya harap bila dah balik rumah, selesaikan cuci rumah dan sebagainya, bolehlah bekerja semula. Untuk setakat ini, kita bagi cuti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan banjir di sini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menyeru majikan-majikan swasta supaya mengambil inisiatif sama sebagaimana dilakukan oleh kerajaan dengan memberikan cuti kecemasan kepada pekerja mereka yang terkesan akibat banjir.
“Kalau mereka setuju beri (cuti), dua perkara kita syaratkan iaitu tidak boleh ditolak daripada cuti tahunan dan tidak boleh dipotong gaji…kalau cutinya lima hari, tak boleh potong gaji, (ia) cuti berbayar,” kata beliau.
Selain itu, kerajaan turut bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.
Beliau turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir.
“Seperti sedia maklum, kerajaan pada September 2021 telah meningkatkan kadar bantuan wang ihsan iaitu RM1,000 bagi setiap isi rumah, dan kita akan mempercepatkan bayaran kepada kawasan terlibat banjir seperti Selangor dan enam negeri yang lain,” kata beliau.
Dalam masa sama, Ismail Sabri berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan dan syarikat berkaitan kerajaan(GLC) telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan secara geran padanan bersama-sama dengan pihak kerajaan.
Pada peringkat awal ini, masing-masing bersetuju untuk menyediakan peruntukan RM20 juta, kata perdana menteri.
“Maknanya kalau RM20 juta (masing-masing dari kerajaan dan GLIC/GLC, (keseluruhannya) RM40 juta, kita ada ‘back to back’ geran padanan dari kerajaan dan GLC. Ini adalah antara bantuan yang diberikan secara segera bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa-mangsa banjir,” kata beliau.
Ismail Sabri berkata sehingga hari ini, sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan di lapan daerah di seluruh Selangor, yang meningkat daripada 48 PPS semalam.
“Di dalam PPS, semua isu berbangkit seperti ketiadaan makanan akan diselesaikan hari ini…makan malam dan sarapan esok akan disediakan oleh kerajaan negeri Selangor dan bermula esok makan tengah hari disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” kata beliau.
Selain itu, Kementerian Kesihatan akan menyediakan jururawat, doktor serta peralatan perubatan seperti pelitup separuh muka, pensanitasi tangan dan bekalan ubat-ubatan di semua PPS.
“Saringan Covid-19 melalui RTK Antigen juga akan dilakukan di setiap PPS untuk memastikan semua mangsa banjir selamat daripada jangkitan Covid-19,” kata perdana menteri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.