Bila rasa teringin nak makan pasta seperti spaghetti ataulasagna, tentu kita akan membeli sos pasta dalam tin.
Namun bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos pasta di rumah.
Asyik pakai yang dalam tin saja, apa kata cuba buat sendiri sos rasanya tentu sedap sebab kita guna bahan segar.
Sebagaimana perkongsian puan Izani Shadila di facebooknya, berkata resipinya sos pasta ini dipelajari daripada seorang chef. Memang rasanya sedap!
Hari ni nak share resepi homemade pasta sauce .Berbaloi buat sendiri, bahan pun mudah dan murah. Boleh jadi sumber pendapatan juga tau. Jangan tak percaya Firstly nak say thanks banyak-banyak pada guru saya, Chef Adrian yang ajarkan resepi ni. Worth to cook sebab as you can see, hasilnya dapat penuh satu bekas aiskrim ni. Mother of pasta sauce ni boleh buat masak pelbagai jenis pasta, topping pizza, lasagna of course my favourite mamma mia, roti sausage, dipp utk any artisan bread & pastries pun boleh. Resepi seperti di bawah. Saya halalkan untuk share ya.
1. Bahagian bawah tomato dikelar 4. Untuk mudahkan tanggalkan kulit nanti. (dalam video kelar atas, silap kelar pulak. sepatutnya bawah tau) 2. Rebus fresh tomato sampai lembut. Keluarkan dan toskan. Buang kulit. Simpan stock rebusan tu. 3. Dalam pan yg lain, panaskan olive oil. Tumis garlic dan onion sampai layu sikit. Tak perlu caramel sangat. Masukkan bay leaf. 4. Masukkan tomato, stock tomato dan tomato paste. Boleh hancur-hancurkan tomato tu tadi ya. Stock tomato tak semestinya semua ya. Masuk sikit demi sikit ikut nak pekat dia macam mana.
5. Masukkan bahan2 lain. Perasakan dgn garam, gula dan blackpepper course. Masak sampai color dah cantik, dah siap dah. 6. Boleh simpan dalam freezer/chiller. Anytime nak guna just defrost jer. *Nak blend kasar-kasar sikit pun boleh.
Berkat kerja keras dan rezeki selepas kahwin, Ayda Jebat dan suami Nabil Mahir membeli sebuah rumah banglo tiga tingkat.
lebih manis lagi, rumah itu menjadi hadiah bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang pertama, pasangan ini.
Berkongsi rasa syukur dan sebak, menurut Ayda Itu juga merupakan rezeki anak sulung mereka Ana Nayla.
“Alhamdulillah, bersempena ulang tahun perkahwinan pertama kami yang disambut 1 Januari lalu, kami berdua menghadiahkan kediaman ini kepada diri sendiri.
“Rezeki datang mencurah semenjak sebelum berkahwin. Selepas bekerja keras siang dan malam, kami berjaya membeli rumah yang diidamkan. Kami juga melihat ini sebagai rezeki anak kesayangan kami, Ana Nayla.
“Berkat doa ibu bapa kami, rakan-rakan serta peminat yang sentiasa menyokong, semuanya dipermudahkan. Syukur kepada Allah yang memberikan rezeki tidak putus-putus,” ungkap Ayda lagi
Dia dalam pada itu enggan berkongsikan harga sebenar rumah tersebut.
“Bercakap soal harga, biarlah kami simpan sendiri. Apa yang penting, segalanya berbaloi apabila melihat rumah sendiri tersergam indah di hadapan mata kami.
“Sebelum kahwin kami dihujani rezeki, selepas bernikah pun kerjaya berjalan seperti biasa. Kami tak putus bekerja biarpun pandemik melanda, sangat bersyukur kerana rezeki selalu ada.
“Rezeki anak juga membuatkan perjalanan kami mahu memiliki rumah ini menjadi lebih lancar. Sewaktu saya hamil pada tahun lalu, saya aktif menjalankan pelbagai kempen,” tulis Ayda menerusi kapsyennya.
Bergelar nenek tentu sesiapa pun mempunyai kisah dan jalan cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada anak cucunya. Begitu juga buat Dr. Mahani Razali, Pakar Awal Kanak-kanak yang bergelar nenek di usia muda. Malah apa yang lebih menarik pengalamannya menyambut cucu kembar yang bersalin di rumah. Ikuti perkongsiannya.
Dipanggil nenek mahu pun opah pada usia muda bukanlah satu mimpi ngeri bagi saya. Ia sebenarnya adalah satu anugerah Allah yang sukar diceritakan tentang kebahagian yang dirasai.
Ia juga merupakan pengalaman indah yang perlu dikongsikan kepada orang lain agar merasa bahagia dan menganggap betapa bertuahnya di beri anugerah panggilan ini dalam keadaan diri masih sihat dan bertenaga untuk mendukung cucu kesayangan ke sana sini.
Segalanya bermula 3 tahun dulu bila anak sulung saya, Siti Athirah menyuarakan hasrat untuk berumahtangga pada usia 23 tahun. Pada masa tersebut beliau masih berada pada tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim Perak. Pasangannya juga adalah pelajar tahun akhir di universiti yang sama. Memandangkan saya hanya mempunyai dua orang sahaja anak, maka keputusan ini saya terima dengan penuh redha dan gembira kerana sememangnya saya mengharap kehadiran ahli keluarga yang baru bagi menambahkan lagi bilangan ahli keluarga kami yang kecil.
Sebagai ibu yang berkerjaya, saya sangat positif dengan perkahwinan di usia muda dan saya tidak menghalang atau menasihatkan Athirah supaya merancang dahulu kelahiran anak pertama. Bagi saya, setiap anak yang di lahirkan akan ada rezekinya sendiri yang telah ditentukan oleh Allah subhanahuwataala. Athirah di sahkan mengandung sebulan selepas majlis perkahwinannya dan ini bermakna saya akan menjadi nenek pada tahun yang sama kerana Athirah berkahwin pada awal tahun.
Saya agak bertuah kerana Athirah merupakan anak yang sangat obses dalam melengkapkan dirinya dengan ilmu kehamilan dan ilmu-ilmu persediaan menjadi seorang ibu. Jujur saya katakan, bahawa saya sangat kagum dengan keterujaan Athirah dan mendalami ilmu-ilmu tersebut melalui kelas-kelas berbayar dan juga melalui pembacaan buku-buku serta melalui media sosial.
Sebagai ibu, saya memberi sepenuh kepercayaan kepada beliau dalam usaha mencari ilmu ini memandangkan saya juga bertugas sebagai pensyarah dalam bidang awal kanak kanak. Saya tahu banyak hal-hal yang berkaitan dengan kanak-kanak yang perlu di ketahuinya.
Bersalin di rumah
Adakalanya Athirah sering menceritakan kepada saya hasil penemuaannya dari bahan- bahan bacaan dan saya juga sebenarnya banyak mempelajari pelbagai ilmu baru dari beliau. Cuma hati saya mula berkocak bimbang apabila Athirah menyuarakan hasratnya untuk bersalin anak pertama secara normal di rumah kami sendiri. Saya agak terkedu dan tidak segera memberi persetujuan pada cadangan tersebut.
Sejak dari itu, hati saya mula berdebar-debar dengan kemampuan untuk menghadapi situasi ini. Apa pun saya terus memberi sokongan pada Athirah dengan meminta dia membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan secara teratur bagi memastikan bayi tersebut tidak mempunyai apa apa komplikasi untuk bersalin secara normal di rumah. Sebagai ibu saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa henti moga Allah permudahkan urusan ini. Sebagai persiapan untuk bersalin secara normal ini juga, kedua-dua anak menantu saya telah hadir ke kelas melahirkan anak secara normal di rumah.
Alhamdulillah, tepat pada waktunya, Athirah melahirkan bayinya di rumah dengan di temani oleh suaminya dan seorang teman tanpa saya di sisi kerana waktu tersebut saya berada di Johor Baharu kerana bertugas. Saya masih ingat dalam pukul 7.00 pagi lebih kurang, saya menerima panggilan dari menantu saya mengatakan bahawa Athirah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Syukur.
Debaran saya tidak berakhir begitu sahaja, tidak sampai setahun kelahiran Maryam, saya di kejutkan dengan berita gembira iaitu Athirah hamil lagi dan kali ini disahkan kembar dua. Seperti biasa sekali lagi Athirah membuat keputusan untuk bersalin di rumah juga. Walapun telah ada pengalaman bersalin yang pertama, tapi memandangkan kali ni melahirkan anak kembar, saya sekali lagi diusik rasa bimbang dan ragu.Namum saya buang jauh jauh rasa tersebut dan terus memberi sokongan pada Athirah untuk meneruskan hasratnya bersalin di rumah.
Apa yang paling manis dan pengalaman paling berharga pada saya kali ini ialah, saya bersama sama dengan menantu Hakim sama-sama berganding bahu menjadi bidan bagi menyambut kelahiran kembar Soffiya dan Safiyya. Jarak kelahiran Antara Safiyya dan Soffiya hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Tidak berlaku sebarang komplikasi pendaharan pada Athirah dan segala galanya berjalan lancar.Bayi kembar juga sihat dan sempurna
Perlu ingat
Rasa bertuah
Saya rasa sangat bertuah dan bahagia melalui semua proses dan pengalaman ini. Walapun adakalanya berlaku juga pertentangan pendapat antara kami, tapi saya selalu mengambil jalan membuka minda menerima dan sebagai ibu saya akan tetap memberi teguran yang sewajarnya. Pada saya, banyak yang saya pelajari dari Athirah sebagai ibu muda yang berada dalam zaman IT yang serba moden. Adakalanya ilmu ilmu baru yang diperolehinya dan hasil dari perbincangan antara kami telah banyak mengubah persepsi saya tentang banyak perkara juga terutamanya tentang proses kelahiran.
Dalam proses mendidik juga, saya tidak banyak campur tangan urusan mendidik cucu cucu saya. Saya memberi sepenuh kepercayaan pada Athirah dan suami dalam mengurus dan mendidik anak anak mereka.
Bagi memastikan wujud keakraban antara saya dan cucu-cucu, saya memastikan saya mempunyai masa yang berkualiti bersama mereka. Alhamdulillah setakat ini, hubungan kami sangat rapat. Dan sebagai nenek yang berkerjaya dan sebagai persediaan menghadapi usia tua, saya membahagikan masa saya dengan terutur.
Misalnya saya peruntukkan waktu untuk ke surau atau masjid tanpa gangguan cucu-cucu.Di mana ada kesempatan saya akan membawa Maryam terutama mengikuti saya ke mana mana saya pergi terutamanya sewaktu membeli belah. Pada saya, inilah masanya juga untuk saya melayani kerenah cucu.
Nasihat saya pada nenek-nenek dan opah-opah di luar sana, kita boleh membantu dan memantau, tapi biarlah anak-anak yang menguruskan sendiri urusan keluarga mereka. Mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih banyak pengalaman yang di perolehi. Pengalaman yang dilalui ini akan mematangkan mereka dalam menerima ahli keluarga baru yang seterusnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas seminggu selamat melahirkan bayi perempuannya, Izara Aishah dan suami akhirnya mendedahkan wajah dan nama bayi sulung pasangan ini. Izara Aishah dan suami, Adib Khalid sepakat menamakan anak perempuan sulung mereka dengan nama Irisa Alaia Muhammad Adib.
Berita tersebut dikongsikan oleh Adib sendiri di laman Instagramnya malam tadi. Irisa Alaia dilahirkan petang 15 April lalu di sebuah pusat perubatan dengan berat 2.9 kilogram.
“Sekarang kita sudah bertiga. Alhamdulillah puteri kami diberi nama Irisa Alaia Muhammad Adib dilahirkan 15 April 2020. Kehadirannya satu momen yang cukup indah buat kami.
“Terima kasih untuk setiap iringan doa dan sokongan. Kami harap dapat setiap orang secepat mungkin,” tulis Adib.
Malah Adib turut menitipkan doa yang baik buat puterinya itu.
“Selamat datang ke dunia Alaia. Hati saya cair saat mendengar mengenai kamu. Dan kini kamu bersama kami. Ibu kamu dan saya sangat gembira dan menyayangi kamu. Semoga kamu menjadi anak yang diberkati anda mampu membahagiakan orang lain.
“Semoga menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat. Amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu Adib memberitahu anaknya dilahirkan awal pada tarikh jangkaan dan dilahirkan secara normal.
“Sepatutnya jangkaan tarikh lahir anak sulung kami pada hujung bulan ini. Tapi Alhamdulillah kami menerima kebahagiaan ini lebih awal. Proses kelahiran juga lancar.
“Isteri saya dalam keadaan stabil. Malah kami bersyukur dan berterima kasih di atas doa dan ucapan tahniah yang dipanjangkan semua.
“Anak kami sihat. Alhamdulilah,”kata Adib kepada BH Online.
Adib berkata, fasa bergelar bapa sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata kata.
“Semua perasaan bercampur aduk.
Saya harap dapat menjadi bapa yang baik untuk anak kami. InsyaAllah,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Zawiyah, ibu kepada Adib turut sama memuat naik gambar cucunya menerusi instagram.