Kesihatan tubuh badan adalah perkara utama dalam kehidupan kita. Salah satunya dengan cara pemakanan. Jika salah makan ia akan memudaratkan tubuh badan.
Jadi badan juga perlu ‘dibersihkan’ terutama bahagian usus. Salah satu caranya dengan melakukan detoks iaitu mengeluarkan racun-racun dalam badan yang boleh merosakan organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh.
Selain menggunakan suplemen ‘detoks’, ada cara alami untuk membuang detoks. Caranya mudah hanya menggunakan 4 bahan saja. Ikuti panduan ini.
Kalau korang nak tau, detox ni sebenarnya adalah satu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding us butus tu dicuci keluar melalui pembuangan air besar.
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan dapat menyerap segala nutrien pada tahap optimum. Kalau selama ni kita ambil vitamin atau supplemen tapi tak berkesan, mungkin puncanya kerana usus kita kotor. Jadi, untuk atasi masalah ini, jom kita amalkan minuman detox yang AmiEra Farhann Johan kongsikan.
Kita hari-hari pun makan macam-macam. Jangan lupa untuk detox badan kita. Saya percaya bila kita detox badan akan lebih sihat dan bertenaga.
Ni cara mudah saya detox badan. Hampir seminggu dah amalkan rasa ringan badan, perut pun dah kempis sikit sebab saya beranak operate 2 kali, perut susah nak kempis sebelum ni. Angin-angin habis keluar. Bila sendawa dan kentut-kentut rasa lega sangat. Tak ada la nak berangin je tak tentu pasal.
Bahan:
Ads
*Green tea cap boh 1 uncang *1sb Halba *Halia (Ikut suka nak letak banyak mana, lagi banyak lagi bagus) *2 cawan air masak
Cara penyediaan:
*Rebus semua bahan sampai mendidih.
*Tunggu agak-agak dah suam kuku. Minum.
*Nak tambah madu sikit pun ok.
*Bagus amalkan masa perut kosong, sebelum makan.
Ads
*Detox ni laki perempuan boleh je amalkan. Selain boleh detox badan, bawa keluar angin jahat, juga boleh turunkan berat badan.
Yang penting konsisten. Tengah nasihatkan diri sendiri sebenarnya ni. Doakan saya pun mampu konsisten ye.
NOTA TAMBAHAN Untuk kaum hawa kalau nak tambah manjakani atau kunyit pun boleh. Tapi kunyit tu tak boleh minum hari-hari. 1-2 kali seminggu tu dah memadai. Suka wangi letak serai sebatang dua.
Masalah kucing yang kencing merata-rata masih lagi menjadi satu masalah besar buat kita di rumah. Boleh jadi rimas kalau rumah berbau kurang enak.
Lebih-lebih lagi kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Rasa tak selesa dan bimbang tidak disenangi tetamu. Membersihkan hari-hari pastinya amat meletihkan jika kucing kita kencing saban hari.
Bermacam-macam petua yang kita telah cuba namun masih belum menampakkan hasilnya. Si bulus kesayangan kita ini masih lagi kencing di merata-rata tempat. Perkongsian petua oleh Munie Muniroh di Facebook miliknya ini, boleh juga kita cuba.
Nampaknya petua akak menjadi. Ni untuk elak kucing kencing di tempat yang sama. Sebelum ni kencing kat luar je, sekarang ni selalu sangat kencing kat dapur.
Begitu rungutannya di facebook. Setelah buat petua guna bahan ‘panas’ ini nyata menjadi dan kucing tak lagi kencing pada tempat yang sama.
Pandai pula dorang lari pergi keluar. Sebelum ni dah cuba tuang clorox sebab kucing tak suka bau-bau gitu, tapi tak juga menjadi. Kali ni baru lah dorang tak hampir langsung dah ditempat ni!
Bahan:
Cili kering
1. Potong cili kering kecil.
2. Taburkan pada tempat yang kencing.
3. Biarkan ditabur berselerak, di seluruh kawasan.
4. Biarkan selama seminggu dan jangan di sapu. Biarkan sahaja seperti dalam gambar.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang nampak yang indah-indah dan memuji dek kehebatan mereka menerajui bisnes hingga berjaya seperti sekarang. Namun, di sebaliknya hanya Dyana Roslan, 32 dan suami Shah Hafiz Borhanuddin, 32 yang tahu pahit maung dan keperitan untuk mencipta nama sekali gus memperkenal label DYXY di mata pengguna. Yang penting hati kena cekal, jiwa kental dan usaha gigih tanpa ada istilah putus asa.
“Sebelum ini sudah banyak bisnes yang saya ceburi namun tidak berhasil. Jatuh bangun itu ibarat perkara biasa. Merata tempat termasuklah pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang saya pergi semata-mata untuk menjual barang.
“Daripada barang biasa hinggalah kepada bisnes import eksport, namun masih tidak ada rezeki. Sehinggalah suatu hari saya mengikut isteri (Dyana) turun padang berniaga di tapak perniagaan. Saya cuba-cuba menjual produk kepada orang yang singgah di booth memandangkan isteri sibuk mengadakan demo mekap.
“Tidak sangka ramai yang tertarik dan faham penerangan yang saya berikan. Jadi, daripada situ saya terfikir apa salahnya kalau keluarkan produk jenama sendiri. Waktu keluarkan produk DYXY, kami baru dikurniakan dua orang cahaya mata. Walaupun terpaksa mengusung mereka ke sana ke mari, namun demi kehidupan yang lebih baik dan masa depan anak-anak kami nekad.
“Alhamdulillah, Tuhan membantu dan sedikit demi sedikit orang mula kenal dan jatuh hati dengan jenama DYXY. Waktu itu, kami hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja, tetapi kini kami sudah punya beberapa produk termasuklah DYXY Green Tea Mineral Face Mist, DYXY Face Brush, Curve Fibre Mascara dan DYXY Matte Lipstick,”ujar Shah Hafiz mengakui pernah jatuh terduduk dalam bisnes dan diistiharkan muflis hingga segala kebebasannya tersekat untuk bergerak ke mana-mana.
Kahwin dalam usia muda
Syukur, dia punya isteri yang cukup setia, prihatin dan tidak putus asa. Biarpun berkahwin dalam usia yang masih muda, 21 tahun dan masih mentah, namun pasangan ini sangat cekal dan tabah mengharungi segala dugaan.
“Kami kenal di usia 18 tahun dan keputusan untuk berkahwin mendapat restu daripada keluarga. Cuma, rezeki untuk dikurniakan anak sedikit lambat. Selepas 4 tahun baru kami bergelar ibu dan ayah. Mungkin Dia mahu melihat kami mencipta kejayaan dalam dunia bisnes terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, selepas kelahiran anak pertama dan kedua, rezeki mencurah-curah. Walaupun anak masih kecil namun kami gigih berniaga dan jenama DYXY muncul tatkala bidang kosmetik berkembang maju.
“Tidak dinafikan, kami perlu berhadapan dengan pesaing yang hebat-hebat namun saya dan Shah percaya, rezeki masing-masing. Alhamdullilah sejak ditubuhkan pada penghujung 2016, penerimaan masyarakat pada setiap produk keluaran DYXY cukup menggalakkan.
Usahawan zero kepada hero
Jujur mengakui kejayaan yang mereka kecapi bukan semata-mata usaha berdua sahaja, sebaliknya ada team yang turut membantu dan menyokong kuat dari belakang.
“Sokongan dan doa famili juga Antara pencetus kejayaan. Disebabkan itulah sudah pernah melalui jatuh bangun dalam dunia bisnes, kami terfikir apa salahnya jika membantu usahawan lain yang berminat dalam bidang ini tetapi tiada pengalaman dan modal. Setakat ini, hampir 50 hingga 60 orang usahawan yang berjaya telah dilahirkan dalam masa kurang dari setahun.
“Kami juga sentiasa membuka peluang dan memberi hak kepada setiap orang yang begitu obses dengan bidang ini untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Oleh itu, saya dan suami memilih untuk membuka Akademi DYXY sebagai salah satu strategi untuk membina jaringan agar produk lebih pantas dikenali di seluruh negara seterusnya ke luar negara. Akademi ini juga bertanggungjawab melahirkan usahawan yang zero kepada hero,” ujar Dyana sambil memberitahu, produk Dyxy mengaplikasikan teknologi hebat daripada Korea.
Sukakan kecantikan
Berganding bahu berdua dalam menaikkan nama produk Dyxy, akui Dyana baik dia mahupun suami mempunyai tanggung jawab masing-masing. Suaminya merancang dan menguruskan tentang strategi pemasaran dan sebagainya, manakala Dyana pula lebih kepada hal-hal berkaitan produk.
“Kelebihan memiliki kemahiran dalam bidang kecantikan satu bonus buat saya. Sementelah saya sendiri memang sangat sukakan kecantikan. Jadi, ini membolehkan saya memahami selok belok dalam bidang ini.
“Pada saya bekerja dengan ahli keluarga sendiri lebih mudah. Mungkin ada yang beranggapan suami isteri tidak boleh bekerjasama nanti akan bermasam nmuka. Tetapi kami sebaliknya. Bukan sahaja saling bertukar pendapat, malah kami akan mengingatkan satu sama lain andai ada hal yang terlepas pandang.
“Selain itu, memudahkan kami untuk berurusan dengan orang luar. Tidaklah perlu tinggalkan anak atau suami di rumah. Sebaliknya ke mana saja kaki melangkah, kami bersama-sama satu keluarga. Ini juga membolehkan hubungan kekeluargaan lebih erat dan rapat,”ungkap Dyana sambil memberitahu Shah yang memilih DYXY, simbolik nama Dyana sendiri iaitu DY, manakala XY adalah jenama kegemaran Dyana sejak zaman remaja lagi.
Sehingga kini, produk DYXY bukan sekadar ‘meletup’ di pasaran Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei. Terbaru, produk DYXY mula memasuki pasaran di Indonesia. Justeru, pasangan sama cantik sama padan ini gigih merencanakan pelbagai strategi selain turut menggunakan pendekatan yang sama untuk memastikan produk ini diterima baik masyarakat di sana.
Angkut anak
Kesibukan ke sana ke mari atas urusan kerja bagaimana pun tidak menyebabkan mereka mengabaikan anak-anak. Sementelah ketiga-tiganya masih kecil. Shah Farrel Islam, enam tahun, Shah Dazrin Islam, empat tahun dan Shah Andrez Islam, empat bulan juga tidak banyak karenah dan seolah-olah faham akan situasi kerja ibu bapa mereka.
“Rutin harian kami sebelum keluar adalah menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Jika ada masa terluang kami akan bawa mereka bercui dan jalan-jalan. Malah, ada ketikanya jika perlu kami angkut sekali anak-anak untuk turut serta.
“Walaupun masih kecil, mereka tak banyak songeh dan faham, Tapi biasalah budak-budak ada masanya buat perangai juga, meragam dan merajuk jika ditinggalkan. Tetapi apabila cakap baik-baik, mereka boleh terima,” ulas Dyana yang turut membela kucing dan mereka satu keluarga sangat memanjakan kucing sehingga sanggup menyediakan bilik khas untuk kucing-kucing ini tinggal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bau dalam kereta adalah perkara biasa, lagi-lagi kalau anda punyai anak kecil. Bukan hanya sisa makanan, macam-macam lagi yang wujud dalam kereta.
Bagi yang nak hilangkan bau kurang enak dalam kereta boleh cuba tip yang dikongsikan oleh saudara Naufal Antezem menerusi twitternya. Produk yang digunakan murah. Tak salah mencuba bukan?
Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah :
Aku jumpa pewangi kereta ni kat MR. DIY (RM 11.50). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan. Caranya cuma tekan klip & biarkan pewangi ni buat kerja dia while aircond full blast. Aku tunjuk demo kat bawah : pic.twitter.com/EVQCoaWP0Z
Kalau ikut label, katanya utk remove bau dosa-dosa korang dalam kenderaan including asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, kelengkang, najis anak dan macam-macam lagi lah.
Kesimpulannya, puas hati. Harapnya tahan lama sampai sebulan. Harapnya lah. Tak salah kan berharap. Berharap itu percuma. Namun menjadi amat mahal harganya saat harapan jatuh berderai….laahhhhh tiberrr.