CARA MENGAWAL GULA DALAM DARAH
.
Bagi pesakit diabetes, pengambilan makanan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana pesakit kencing manis mengalami masalah dalam proses metabolisme, yang sepatutnya karbohidrat diproses dapat dijadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga.
Bagi pesakit kencing manis, metabolisme ini tidak berlaku. Gula yang dihasilkan tidak dapat digunakan menjadi tenaga kerana penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau masalah insulin yang ada tidak dapat digunakan akibat kerintangan insulin (insulin resistance).
Maka berlakunya pengumpulan gula sehingga terlalu tinggi (hyperglycaemia) dan akhirnya mendatangkan komplikasi seperti kegagalan ginjal, kebutaan dan sakit jantung.
Oleh sebab itu, pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat yang berproses kerana ia menghasilkan gula dengan segera. Ia dapat dikenalpasti kerana bacaan Glycemic Indexnya yang tinggi.
Ramai di kalangan pesakit kencing manis yang keliru dengan pemakanan (diet) yang terbaik untuk mereka. Pada hal ia penting bagi mengawal paras gula (glukosa) dalam darah.
Dengan pengambilan makanan yang betul, mereka mampu mendapat berat badan bersesuaian dan mengelakkan komplikasi kencing manis.
Saya selalu memberikan perkongsian tentang tiga perkara iaitu apa yang hendak dimakan, bila waktu makan dan jumlah komposisi makronutrien makanan yang perlu diambil oleh pesakit kencing manis.
Ads
Bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan, terdapat tiga kumpulan makanan untuk pesakit diabetes iaitu makanan perlu dielakkan, makanan perlu dihadkan serta makanan yang bebas dimakan.
.
1. Makanan yang perlu dielakkan :
Makanan yang mengandungi karbohidrat berproses yang akan menghasilkan gula ringkas dengan cepat seperti nasi putih, gula putih, biskut, cookies dan roti putih. Banyak makanan yang diproses dan dibungkus mengandungi “gula tersembunyi”. Ia dilabelkan sebagai maltosa, sukrosa dan fruktosa yang mungkin terdapat dalam sos, kicap, buah-buahan yang dikeringkan.
Makanan atau minuman yang manis selalunya mengandungi gula ringkas (dan akan meningkatkan tahap gula di dalam darah ¬dengan kadar cepat). Ini termasuk minuman yang menggunakan susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, jem dan semua makanan bersalut gula.
.
2. Makanan yang perlu dihadkan
Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana kerana ia akan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak.
Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak.
Ads
Antaranya nasi perang dan nasi dari beras rebus, bijirin, kekacang, susu segar, pasta dari sayur-sayuran, ubi-ubian, buah-buahan dan sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.
.
3. Makanan boleh dimakan
Ini termasuk air kosong, air mineral, kopi/teh (tanpa gula), air barli (tanpa gula), jus limau nipis (tanpa gula), sayur-sayuran, ulam-ulaman, sup daging dan tulang (yang kurang lemak).
Pengambilan banyak serat dalam makanan sangat baik kerana ia melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Serat pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).
Ads
Serat tidak larut digalakkan untuk diambil untuk mengurangkan berat badan kerana mencepatkan rasa kenyang dan melambatkan rasa lapar. Pengambilan serat larut pula membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.
Contoh makanan mengandungi serat termasuk sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, jagung dan pasta.
Selain menjaga pemakanan, pesakit kencing manis juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjalan kaki, turun naik tangga atau berkebun.
Bagi mendapatkan teknik pemakanan terbaik bagi mengawal diabetes, boleh hadir ke ceramah kesihatan saya untuk mengetahui teknik pemakanan yang lebih sempurna.
Saya juga mencadangkan pesakit diabetes mengambil minyak sihat (healthy fat) bagi mendapatkan tenaga yang mencukupi setelah mengelakkan pengambilan karbohidrat yang berproses. Lemak sihat akan memberikan tenaga dalam bentuk non-sugar yang tidak menaikkan tahap gula dalam darah.
#HealthDrZubaidi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, inilah yang dapat digambarkan akan usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini. Walau tinggal di rumah apartment kepunyaan orang tua mereka namun tetap diindahkan dengan citarasa peribadi bagi memberi keselesaan buat mereka seisi keluarga.
Sekali pandang mungkin tidak menyangka rumah yang indah ini, begitu nampak luas dan tersusun rapi rupanya adalah rumah jenis apartment. Walau dengan memiliki keluasan 600 sqft sahaja, penghuni kediaman ini mampu melakukan transformasi yang cukup luar biasa. Usaha yang dilakukan bukan sehari dua, namun bertahun-tahun.
Oleh itu, bolehlah jadikan kisah Leeya Marlia Ramli ini sebagai menyuntik inspirasi buat anda dalam merias kediaman. Tiada apa yang mustahil jika diusahakan.
RAYA ZAMAN COVID
Mood Raya dah hampir?
Sedih tak dapat beraya tak apalah. Jom kemas rumah. Konsep ni kami ambik sebagai modern contemporary asasnya tapi adalah tropical element skit sebab suka green so much.Dan sedikit sentuhan besi sikit tapi bukanlah industrial sepenuhnya. Quite complicated huh?
Deko raya sis takla meriah pun.Nak dapat hasil ni berangan kumpul 8 tahun sudah. Buat sikit sikitla kekdahnya. Sana sikit situ sikit. Kena kerja keras hasil yang baik baik insyaAllah adalah rezeki.Trust Allah.
Alhamdulillah dan syukur atas rahmat Allah izinkan atas usaha kami berdua dapat makeover total umah lama yang dah 30 tahun ni. Ni rumah kami jagakan dari keluarga. Memang niat nak per elokkan sikit. Ada rezeki berlipat nanti, mungkin boleh beli 1 rumah baru. Aim jangan tak aim.InsyaAllah!!
Banyak kami buat secara DIY rumah ni. Ada sentimental value yang amat.Ni lah rumah Adam dibesarkan dengan kasih sayang.Kenangan untuk Adam.
Terima kasih dengan Asuri Asri Yusof suami yang banyakkkk membantu jadi side wing, dalam susah senang kita bina apa kita ada harini. Semua ni kita bina dengan hanya 1 angan angan walaupun angan kita tu kalau nak kira besar lagi.
But,still syukur sampai sekarang.
Semuanya tak mudah. Bukan celik mata dah nampak Lamborghini.Kami celik mata nampak basikal lagi.Tahun depan celik baru nampak Kancil.So nak citer payah proses nak lalui tu tapi pengalaman tu berharga.Kami hargai.
Rezeki kan masing masing.Why botherkan.
Since haritu ramai tanya transformasi ni so sis sharelah apa yang ada. Banyak kami DIY dalam rumah ni so sangatla special.
sebelum diubah suai
Rumah ni 600 sqft je, 2 bilik sederhana besar & 1 bilik air. Yang penting bahagia dalam rumah dan bahagia dengan life yang dijalani.
Size does’nt matter.
Look does’nt matter
Asal dalam bagi motivasi kita sekeluarga.
SELAMAT HARI RAYA GANG!
Don’t judge a book by its cover. Next project luar rumah nak buat mini garden.
Orang kata kalau kentang yang mula naik hijau dan keluar tunasnya tak elok dimakan. Nak buang sayang pula kan.
Lepas ni jika ada ubi kentang dekat dapur ibu-ibu semua bercambah, sebaiknya jangan buang. Cuba tanam guna cara ni. Ada yang dah cuba dan menjadi tanamannya. Boleh tuai hasil. Dua bulan sudah nampak hasilnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie. Jom cuba sendiri untuk lihat hasilnya nanti.
Hai…saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam….sebaiknya tunggu lg 2 bulan tapi sy bukan penyabar…excited nak tengok isinya.
1. Ambil ubi kentang lalu dipotong separuh. Rendam bahagian dipotong suku tenggelam selama 4 hari supaya akarnya keluar cepat. elak terendam habis dan kentang busuk, cocok guna lidi.
2. Apabila kentang sudah keluar tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian masukkan kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Apabila pucuk semakin tinggi, tambah lagi tanah. Siram pokok sehari sekali
Tip tambahan:
Waktu terbaik tuai ubi kentang adalah bila daun bawahnya mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas dua bulan daun masih segar dan sebaiknya tunggu lagi dua bulan.
Apabila pokok mula meninggi, tambah lagi sedikit tanah kerana ubi kentang keluar melalui batang.
Daun kentang tak boleh dimakan. Ubi kentang juga harus tenggelam sepenuhnya dan tidak boleh terdedah kerana kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya, jika beli kentang yang hijau, ia tidak bagus dimakan.
Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, naik anak pokok barulah ditambah tanah lagi.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua inginkan punya tubuh badan yang sihat. Nyata kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam dir seseorang manusia. Jika tak menjaga kesihatan tentu badan mudah diserang pelbagai penyakit.
Nak elak semua itu, manusia kena amalkan gaya hidup yang sihat termasuk cara penyediaan makanan. Ia termasuk pengunaan minyak masak untuk memasak makanan. Sebagaimana dengan penegasan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menasihati kita supaya menggelak daripada mengunakan minyak masak secara berulang kali.
Ikuti perkongsiannya.
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
.
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
DAPATKAN MINYAK YANG ADA PENGESAHAN SIRIM
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.