![ept1 (3)](https://cdn.keluarga.my/2021/11/ept1-3-696x365.jpg)
Sejak anak-anak telah memulakan persekolahan secara giliran, ramai ibu-ibu mula menghadapi masalah untuk membersihkan baju putih sekolah.
Biasalah anak-anak aktif, baju putih pasti akan meninggalkan kotoran apabila pulang ke rumah.
Sebenarnya ada caranya untuk memastikan baju putih yang kusam dan kotoran degil dapat dihilangkan melalui pengunaan sabun legend ini. Paling menarik, dah tak perlu asyik nak sental baju, letak je dalam mesin basuh, pasti baju kembali putih macam baru!
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Bahan:
-Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
-Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
-Air
-Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ini rupa sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja.
CARA-CARA
Ini pula langkah mencucinya.
1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil ‘kembang hidung’ melihatkan kebersihannya.
Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!
Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton.
Sumber: Zakiah Hassan
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ratu Tu Macam Kim Yoo Jung..”- Que Haidar Kongsi Gambar Bercuti Di Korea, Wajah Anak Gadisnya Pula Curi Tumpuan!
![“Ratu Tu Macam Kim Yoo Jung..”- Que Haidar Kongsi Gambar Bercuti Di Korea, Wajah Anak Gadisnya Pula Curi Tumpuan!](https://cdn.keluarga.my/2022/12/Untitled-design-91.jpg)
Menjadi kelaziman, asal hujung tahun sahaja ramai antara kita akan manfaat cuti yang ada untuk membawa keluarga melancong. Tidak kiralah sama ada bercuti di dalam negara mahupun ke luar negara.
Begitu juga buat keluarga artis ini, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau lebih dikenali dengan nama Que Haidar antara pelakon yang berbakat besar bersama isterinya Linda Jasmine telah membawa anak mereka iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra bercuti ke Korea.
Perkongsian gambar percutian musim sejuk mereka sekeluarga di Korea mencuri tumpuan peminat dan warganet. Dapat dilihat Linda kekal cantik dan terlihat awet muda, malah hingga ada menyamakan seperti adik dan kakak bila bergambar bersama anak gadisnya itu.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Bahkan wajah Ratu yang nampak begitu jelita berjaya mencuri tumpuan warganet. Sekilas pandang wajah ratu seakan gadis Rusia manakala Cleo pula sangat comel saling tak tumpah seperti wajah ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh warganet dan antaranya yang menarik perhatian adalah seperti berikut :
“Okay first gambar saya confius mana satu ratu, rupanya yang tengah tu maknya..Allah cantik-cantik semuanya”
“Macam orang Korea lah korang”
“Cantiknya anak dara Que”
“So pretty anak-anak dia. Terpegun melihat Ratu, macam orang Rusia sekali pandang. Cantik sangat”
“Comel betul anak dara berdua ni. Si Ratu tu macam Kim Yoo Jung…”
Sumber : Instagram @the_haidars
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
6 Aneka Sirap Bandung Untuk Berbuka Sepanjang Ramadan. Patutlah Viral, Memang Sedap!
![6 Aneka Sirap Bandung Untuk Berbuka Sepanjang Ramadan. Patutlah Viral, Memang Sedap!](https://cdn.keluarga.my/2019/05/kel-11_18_761458.jpg)
Sejak bulan Ramadan ni, carian paling tinggi adalah berkaitan dengan resepi. Bagi yang ketandusan idea, sudah tentu akan mencari resepi yang sihat dan sedap untuk berbuka puasa kan. Sudah pasti semua orang pun macam ni.
Hujung minggu ni, apa kata cuba resepi minuman berasaskan sirap biandung. Sebut aje resepi minum sirap bandung aje pun dah buat kecur air liur. Jika ada tambahan bahan-bahan dalam minuman ni, tentu lagi superb!
Resepi pelbagai aneka sirap bandung ini mendapat share yang tinggi, sudah tentu anda kena cuba salah satunya. Buat lebih jimat kos kan. Menarik! Tapi macam mana membuatnya?
Ikuti resepi ini.
✔️ Sirap Bandung Tembikai
✔️ Sirap Bandung 3 Layer
✔️ Sirap Bandung Soda Float
✔️ Sirap Bandung Strawberry
✔️ Sirap Bandung Ais Laici
✔️ Sirap Bandung Soda Ais Cincau
Sirap Bandung Tembikai
Bahan:
1/2 buah tembikai tanpa biji, potong dadu
susu cair
sirap
ais secukupnya
Cara membuat:
Campur semua bahan jadikan satu.
Kredit: Khoriff by Bonda
Sirap Bandung 3 Layer
Masak gula melaka dengan sedikit air. Tunggu sejuk.
Dalam gelas, masukkan ais,
Air gula melaka,
Masukkan susu lazz asli/ kurma bancuh pekat.
Masukkan cincau
Masukkan air sira warna merah.
Siap!
Resepi Sirap Bandung Soda Float
Bahan-bahan:
– 1/4 cawan ibu sirap
– gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
– 3/4 tin susu cair
– 3/4 jug kuib ais
– 1/2 tin ice cream soda
.
Cara membuatnya:
1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais.
2. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.
Sirap Bandung Soda Ais Cincau
Bahan-bahan :
Cincau
Aiskrim soda (air gas)
Susu cair
Sirap
Ais
? Potong cincau ikut suka
? Masukkan aiskrim soda
? Masukkan susu cair sambil kacau xnak bg dia berketul berbintil2.
? Masukkan ais, masukkan sirap (agak2 lah ye) kacau2 sebati
? Minum le, takkan tgk je kan ?
Sumber : Dani Shoppe’s
Sirap Bandung Laici Ais
Bahan2nya :-
Sirap ros
Susu cair
Susu pekat
Buah laici
Air masak
Air batu
Cara2nya :-
Satukan kesemuanya mengikut kemanisan anak tekak masing2 yer…sedia utk di minum…..
Sirap Bandung Strawberry
Air bulan puasa…bila smp bulan puasa je mst akn wat air sedap ni..mst ramai yg suka sgt kn air ni…3 bahan je..mudah cpt n lazat…
Bahan-bahan:
Air strawberry tak kisah brand apa tapi rekomen f&N
Susu pekat
Air batu
Cara membuat: Campurkan semua bahan-bahan tadi. Tahap kemanisan, ikut sukatan masing-masing.
kredit: eyla adeilla
Sumber: Makan Sedap Johor dan Khoriff by Bonda
Perlindungan Insurans Am Rakyat Selangor Sehingga RM10,000 Secara Percuma Mesti Direbut
![Perlindungan Insurans Am Rakyat Selangor Sehingga RM10,000 Secara Percuma Mesti Direbut](https://cdn.keluarga.my/2022/10/HOMGRBLR-GAMBAR-HIASAN-1.jpg)
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan segala perbelanjaan meningkat termasuk kos perubatan sudah tentu memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Justeru menyedari betapa sukarnya perjuangan rakyat, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meringankan bebanan rakyat dengan memperkenalkan perlindungan insurans am.
Perlindungan insurans am sehingga RM10,000 secara percuma meliputi kecederaan dan kehilangan upaya akibat kemalangan,khusus untuk rakyat negeri Selangor.
Kematian yang disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000 turut diberikan menerusi skim yang dikenali sebagai INSAN.
Bayi Sebulan Boleh Daftar
Apa yang menariknya perlindungan insurans ini juga terbuka kepada bayi berumur 30 hari sehingga warga emas berusia 80 tahun dan dianggarkan akan memanfaatkan seramai 6 juta rakyat negeri ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim INSAN merupakan perlindungan hayat yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan di samping memberi perlindungan menyeluruh kepada rakyat.
“Selepas melaksanakan pelbagai program, kita mahu rakyat dilindungi, ambil iktibar daripada wabak Covid-19 dan insiden banjir, rakyat perlu disedarkan tentang perlindungan dan kerajaan negeri memulakan inisiatif ini supaya perlindungan seumpama ini menjadi satu pemahaman dan sebahagian daripada pilihan.
![Perlindungan Insurans Am Rakyat Selangor Sehingga RM10,000 Secara Percuma Mesti Direbut](https://cdn.majalahpama.my/2022/10/qzRuen92-Untitled-design-7.jpg)
“Tidak ada ruginya perlindungan ini. Bukan untuk mempromosikan syarikat insurans tetapi dalam masyarakat maju di masa hadapan, perlindungan kesihatan sebagai contoh menjadi salah satu daripada keperluan dan prioriti masyarakat,” tegas beliau.
Malah beliau berkata, untuk berganjak ke sebuah negeri maju, masyarakat perlu terbiasa dan memahami kepentingan perlindungan terhadap diri sendiri.
Tambah beliau, ia dibuktikan juga dengan kos yang tidak begitu besar berbanding kos lain yang dilepaskan ketika menerima elaun atau gaji masing-masing.
“Sebahagiannya adalah untuk membudayakan skim perlindungan dan niat sudah pasti untuk melindungi serta sebagai tanda kita (kerajaan negeri) bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” jelas beliau.
![Perlindungan Insurans Am Rakyat Selangor Sehingga RM10,000 Secara Percuma Mesti Direbut](https://cdn.keluarga.my/2023/02/gambar-hiasan-2023-02-02T135530.052-768x403.jpg)
Mengulas lanjut, ujar Amirudin, sejak diperkenalkan pada 1 Oktober lalu, pihaknya telah menerima lebih 40,000 pendaftaran.
Bagaimanapun, beliau menyasarkan lebih sejuta rakyat Selangor akan berdaftar pada akhir tahun ini manakala keseluruhan 6 juta sepanjang tempoh satu tahun pelaksanaan INSAN.
“Program ini akan disambung dari semasa ke semasa dan akan diperbaiki untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Langkahnya juga mudah yang mana hanya perlu muat turun aplikasi wavpay atau hadir ke pusat khidmat supaya bantuan pendaftaran dapat dilakukan.
“Ia akan ambil masa sedikit tetapi tidak lebih 48 jam, biasanya jika tidak lulus pasti ada kekurangan tertentu seperti maklumat tak lengkap.
“Bagaimanapun jangan khuatir, anda boleh datang ke pusat khidmat MBI supaya pendaftaran dapat dilakukan,” jelas beliau sambil berkata ia bukanlah paksaan sebaliknya inisiatif untuk rakyat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fintech Wavpay, Brahma Shakthi ketika ditemui mengulas tentang kerjasama dengan skim INSAN.
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah untuk menyediakan platform khusus bagi inisiatif yang ditawarkan kerajaan negeri selepas pihaknya melihat potensi dunia digital yang sangat meluas di samping infrastruktur serta pola pengguna yang sangat memberangsangkan.
“Covid-19 telah mengubah landskap pengguna yang lebih cenderung untuk menggunakan platform digital. Jadi dengan kerjasama bersama MBI ini, seberapa banyak inisiatif kerajaan negeri dapat dipusatkan dalam satu platform.
“Pengguna khususnya rakyat negeri Selangor lebih mudah untuk membuat rujukan dan pendaftaran melalui aplikasi Wavpay (consolidate).
“Kami turut berminat untuk menawarkan khidmat kepada kepada kerajaan negeri yang lain, pada masa sama kajian dan penambahbaikan turut dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengguna menikmati perkhidmatan yang kondusif serta cepat,” katanya.
INSAN dilancarkan Amirudin semasa siri ketujuh Jelajah Selangor Penyayang yang bertempat di Stadium Sultan Suleiman, Klang, pada 23 Oktober lalu.
Setiap individu perlu mendaftar sendiri manakala ketua keluarga boleh mendaftarkan untuk anak-anak mereka.
![Perlindungan Insurans Am Rakyat Selangor Sehingga RM10,000 Secara Percuma Mesti Direbut](https://cdn.majalahpama.my/2022/10/jWUp63tg-Untitled-design-10.jpg)
Aplikasi mobil e-Wallet Wavpay boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGalery.
Jadi apa tunggu lagi? Anak jati Selangor jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan skim perlindungan percuma ini ya!
Sumber: mStar
Jangan lepaskan peluang mendaftar sebagai peserta webinar Ya, Aku Mampu Susukan Anak! yang akan berlangsung Sabtu ini (29 Oktober 2022). Klik di sini untuk mendaftar https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI https://t.me/keluargagaderclub