Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Baunya mungkin agak hamis jika cara memasaknya tidak kena. Tapi kalau dimasak dengan kaedah yang betul dan resipi bersesuaian hidangan daging kambing ini sememangnya lazat.
Seperti yang kita ketahui daging kambing ini juga antara makanan sunnah yang digalakkan malah ia memiliki banyak khasiat yang tidak terdapat pada daging lembu yang selalu kita makan. Rasanya yang unik dan tersendiri juga membuatkan ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan sama ada masakan timur mahupun barat.
Meskipun pelbagai menu boleh dihasilkan dengan daging ini tapi resipi kambing bakar bersama sos lada hitam tetap menjadi pujaan ramai. Bagi yang teringin menikmatinya ini resipinya.
Kambing Bakar Bersama Sos Black Pepper
Bahan- bahan :
4 keping daging kambing yang telah dipotong
½ kiub pati ayam
1 camca besar sos tiram
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
Lada hitam dan lada sulah bersama rempah western – rosmerry, tyme dan oregano
Sedikit minyak zaitun
Cara membuat:
1 Basuh daging kambing dan tos.
2. Ketuk daging kambing tadi supaya menjadi lembut dan tidak liat.
3. Lumurkan semua bahan pada daging kambing agar menjadi rata dan mesra.
4. Perap sekurang-kurangnya 1 jam.
5. Sebelum dibakar sapu sedikit minyak zaitun supaya nampak berminyak.
6. Bakar sehingga masak.
Sos Lada Hitam
Cara membuat:
1. Cencang bawang putih.
2. Panaskan kuali dengan mentega dan kemudian tumis bawang putih cencang sehingga kekuningan.
3. Masukkan daun bay, lada hitam yang dikisar dan masukkan Brown Stok. Kacau rata dan masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Setelah pekat bolehlah dihidangkan bersama sayur dan daging kambing panggang tadi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peti ais yang dah lama sangat tak dicuci memang meninggalkan bau yang kurang enak. Lebih-lebih lagi bila ada makanan atau sisa makanan yang tertumpah dan melekat pada peti sejuk.
Bau hanyir ikan dan bahan basah lain yang melekat pada bahagian pembeku juga akan meninggalkan bau yang kurang enak pada keseluruhan bau peti ais.
Sesekali rajinkanlah diri untuk bersihkan peti ais anda. Alang-alang dah bersihkan tu, cubalah cara untuk kekalkan keharuman dengan cara ini. Senang sahaja, cuma gunakan bahan yang sentiasa ada di rumah. Paling penting tidak menggunakan kos yang mahal, peti ais juga kekal harum dan wangi. Bagaimana? Cuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Esen vanila
Nak mencucinya pun kena ada caranya. Bagaimana nak gunakan dua bahan ini untuk mencucinya? Ikuti langkah ini.
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais. Kosongkan kesemuanya.
2. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais.
3. Ambil sepotong lemon dan perahkan pada seluruh kawasan peti ais. Gunakan tuala tadi untuk mencuci lemon hingga rata. Biarkan kering.
4. Apabila kering, letakkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
5. Tutup peti ais selama 30 minit dan biarkanlah seketika.
6. Selepas 30 minit barulah dimasukkan semula kesemua barang dan makanan ke dalam peti ais. Susun kemas.
7. Hasilnya peti ais akan berbau lebih harum dan segar.
Selamat mencuba!
Foto: Ceritera cinderella.blogspot
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hubungan suami isteri perlu ada tolak ansur barulah bahagia kehidupan pasangan itu. Biarpun ada masalah yang mendatang, tetap diatasi dengan tenang. Sebagaimana perkongsian oleh pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew di laman facebooknya, menjelaskan bahawa setiap suami perlu menghargai pengorbanan isteri dan menjadi contoh yang baik sebagai ketua keluarga, bukan bertindak mengikut perasaan. Ikuti perkongsian beliau mengenai pentingnya menjaga hati seorang isteri.
Baru ni masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik. Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu. Eh takper. Takper…kata wanita itu. Ish tak per sikit jer kak..
Tak lama suami dia datang nampak saya. Eh ebit lew kan..yer saya abang..
Kenapa abang akak ok. Ok ustaz. Isterinya jawab suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah..
Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama.Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia..Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat. Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah. Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya..itulah akhlak Nabi saw..
Suaminya kata saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz. Boleh abang. Saya peluk agak lama dan doakannya. Saya bisik padanya. Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya. Dia menangis dan minta maaf pada isterinya..
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..
Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..hargailah ibu. Hargailah isteri..
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah waktu seorang diri menangis..Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.
Begitulah selalunya..
Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit…kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.
Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain…
Laaa itu tinggal…ini tinggal…apa awak ingat.
Bagi setengah lelaki siap tu siap..bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah…
Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..
Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang-ebit lew #streetDakwah #dakwahDimanaSahaja
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.