Tentu ramai yang mengemari kuih kaswi ni. Biasanya kita jamah kuih kaswi gula melaka, apa kata hari ni kita cuba resipi kaswi pandan yang sama sedap.

Nak buat kaswi ni nampak je mudah tapi jika salah sukatan, mau lembik dibuatnya. Bila buat asyik tak jadi je, lagilah buat yang baru-baru nak belajar masak ni.

Bila dah PKP ni semua kena buat sendiri jika teringin nak makan kuih. Nak keluar kerap bimbang pula.

Jadi bagi yang bercadang nak buat, nak tahu caranya ikuti perkongsian menerusi facebook Mas Cotek

Asyik Tak Jadi Je, Guna Resipi Kaswi Pandan Lemak Manis Ni, Mudah Buat Guna Sukatan Cawan Je!

Dia punya gedik tu tak boleh bwk bincang dah….. tak caye tgk hat opah kilaih tu..
pagi td punya cerita ni… udoh nak ptg baru nak bagitau kome…

IKLAN

KASWI PANDAN LEMAK MANIS

BAHAN
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand

CARANYA
Sediakan loyang 10×10 sapu sedikit minyak
Panaskan kukus
Satukan kesemua bahan
Tapis jika perlu (opah blend je)
Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
Buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**Tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair.

IKLAN

Bila dah masak, tutup api /keluarkan kuih
Biar betul² sejuk kemudian potong
Hidang bersama kelapa parut putih + garam
Siap!

Hasil yang lembut, rasa pun lemak manis!

Asyik Tak Jadi Je, Guna Resipi Kaswi Pandan Lemak Manis Ni, Mudah Buat Guna Sukatan Cawan Je! Asyik Tak Jadi Je, Guna Resipi Kaswi Pandan Lemak Manis Ni, Mudah Buat Guna Sukatan Cawan Je!

IKLAN

Selamat menjamu selera !

Promosi belian kuali yang murah di sini

Food Container Dry Food hanya RM5.72 

Asyik Tak Jadi Je, Guna Resipi Kaswi Pandan Lemak Manis Ni, Mudah Buat Guna Sukatan Cawan Je!

Sumber:Mas Cotek

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI