Lebih dua tahun menahan rasa rindu terhadap kampung halaman di Palembang, Indonesia, Tya Ariffin akhirnya dapat pulang menemui ahli keluarga.
Akui isteri kesayangan Ashraf Khalid, kekangan akibat wabak pandemik COVID-19 membuatkan bukan hanya dia bahkan anak-anak juga tidak berpeluang menemui datuk dan neneknya di kampung.
Aktres dan usahawan dari Tanah Seberang berkongsi momen balik kampung bersama dua cahaya matanya, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa di laman Instagramnya.
Bagaimanapun kepulangan kali ini tidak disertai suami tercinta, Asyraf Khalid.
“Keputusan balik kampung ini pada minit akhir, jadi suami tak dapat turut serta kerana urusan kembara ke sini memerlukan visa pelancong untuk masuk ke Palembang.
“Kebiasaannya urusan itu memakan masa. Jadi saya dan suami memutuskan untuk ‘berpisah’ buat seketika. Dia boleh juga urus dan tengokkan empayar perniagaan jus kesihatan, Mutyara kami,” kata Tya.
Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin berkata sebelum dapat memeluk erat ibu bapa dan adik beradiknya, dia dan anak anak perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel di Jakarta.
Ads
“Saya dan anak anak perlu kuarantin tujuh hari. Kemudian baru meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang ke Palembang.
“Insya-Allah tiada aral, saya akan bercuti dan menghabiskan masa sekitar sembilan hari di kampung. Banyak benda yang bermain dan terlintas di hati nak buat dengan keluarga sebab selama ini akur ketentuan terpaksa berjauhan.
“Anak anak pun teruja sebab sudah lama tak balik kampung. Keluarga saya pun teruja nak tengok anak kedua, Ara (Azzahra) yang sudah membesar dan boleh berjalan. Kali terakhir dapat bertemu keluarga masa Ara masih kecil,” katanya.
Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu dalam masa sama tetap berhati hati menjaga keselamatan diri dan anak kerana sedar wabak COVID-19 masih bebas berkeliaran termasuk kehadiran varian baru.
“Saya biasakan anak memakai pelitup muka, kekalkan penjarakan fizikal dan elak berkumpul di tempat ramai orang.
“Alhamdulillah masa naik kapal terbang menuju ke Indonesia, kedua anak saya sangat menjaga perangai. Selesai makan, kedua duanya terus tidur hingga sampai waktu mendarat ke destinasi,” katanya.
Ads
Kata Tya lagi, sekalipun bercuti, dia sempat melakukan kerja dalam talian termasuk berinteraksi dengan staf dan ejen perniagaannya.
“Tapi sambil sambil itu kenalah layan karenah anak. Jeritan suara mereka pun sesekali mengganggu konsentrasi kerja saya. Inilah cabaran emak emak, kenalah hadap,” katanya.
Terdahulu, sejak pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, Tya mengakui sudah kering air mata kerana menahan kerinduan terhadap keluarga di kampung.
Perjuangan Elyana tanpa mengenal erti jemu dan penat selama 11 tahun akhirnya berhasil apabila Elyana disahkan bebas daripada penyakit Kanser Limfoma.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram miliknya. Menurut ibu kepada seorang anak perempuan ini, penyakit yang dihidapi itu kini hilang.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah berkongsi menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.
“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Dia dalam pada itu turut meluahkan sebak dan syukur atas kurniaan tersebut.
“Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. I love u Ya Allah…,” tulisnya.
Perkongsian cara penyimpanan santan yang dilakukan oleh Nelisa Sofea di facebooknya ini memang wajar kita contohi.
Paling penting dapat elakkan pembaziran. Asingkan awal-awal dan guna hanya yang perlu sahaja. Jom kita ikut langkahnya.
Ini cara saya simpan santan kotak untuk jangka masa lama sebab biasanya saya beli kotak kecil. Sebab kadang-kadang pakai sikit je tapi akhirnya baki tu tak sempat pakai dalam masa 3 hari. Dah busuk kenalah buang.
Ni saya beli santan pek besar 500ml repack masuk dalam plastik aiskrim. Bajet untuk sekali pakai repack lepas tu simpan dalam freezer.
Kalau nak pakai keluarkan, defrost dan masak macam biasa.
Kena ada tiga bahan ni. Plastik aiskrim paling penting.
Asingkan dalam plastik aiskrim kecil. Guna setiap satu plastik setiap kali nak guna.
Simpan Santan Lebih Lama
Antara cara lain yang anda boleh lakukan untuk memastikan santan tahan lama disimpan dalam peti ais adalah dengan membungkus santan dengan kertas surat khabar.
Caranya:
1. Basahkan kertas surat khabar.
2. Kemudian bungkus santan segar dengan kertas yang basah.
3. Bungkus kemas dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan santan masih sentiasa segar dan tidak terpisah air dan santannya.
Kredit: Nelisa Sofea
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lihatlah papan pemotong yang ada di rumah anda dan di kedai kedai makan. Adakah ia telah calar balar, berdaki dan telah berkulat?
Sebenarnya, inilah antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit birit dan sakit perut.
Kajian menunjukkan 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria.
Ini adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman ditempat duduk tandas!
Walaupun keadaan papan pemotong telah daif dan tampak menjijikkan, jangan tak tahu, RAMAI yang masih menggunakannya!
Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah “lubuk” bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.
Selain itu, perkongsian penggunaan papan pemotong bagi bahan mentah (ayam,ikan, daging) dan sayuran/ buah buahan juga perlu dielakkan.
Contohnya selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong, kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah buahan.
Pastikan papan pemotong bersih
Saranan:
1. Gantikan papan pemotong jika telah ada kesan calar dan berdaki
2. Gunakan papan pemotong berbeza untuk bahan mentah dan sayuran/ buah.
Semoga kita menjaga kebersihan persekitaran memasak semasa menyediakan hidangan buat seisi keluarga.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.