Wanita sentiasa menitikberatkan soal penampilan, baik sebelum mahupun selepas berkahwin. Namun berbeza dengan kaum adam di luar sana yang jarang mengambil berat hal-hal sebegini. Lebih-lebih lagi berkenaan berat badan.
Tidak kurang ada yang dahulunya kurus melidi tetapi setelah mendirikan rumah tangga, bentuk badan mulai berubah dan mungkin sedikit berisi ataupun ‘gemuk’.
Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.
Isteri pandai memasak
Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.
Ads
Terlalu rasa selesa dan menjadi malas
Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.
Tidak lagi aktif dan malas bersenam
Ads
Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.
Bertukar jadual seharian
Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.
Ads
Hidup rumah tangga, suami haruslah peka terhadap kesihatan diri dan juga keluarga, jangan hanya mengharapkan si isteri menguruskan semua kerja di dalam rumah. Menolong isteri di rumah adalah salah satu aktiviti senaman ringan yang boleh mengeluarkan peluh dan sekaligus dapat menurunkan berat badan dan boleh mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri.
Menikmati jagung rebus pada waktu hujan-hujan begini tentunya memberi satu kepuasan buat kita seisi keluarga. Apatah lagi andai jagung yang dihidang kelihatan segar dan berwarna kuning keemasan. Tergambar bertapa manisnya jagung tersebut!
Pun begitu, dalam bab mendapatkan jagung rebus yang sempurna tidak ramai mengetahuinya. Sering terjadi jagung rebus terlihat kecut dan tidak cantik. Hal ini mungkin terjadi disebabkan cara atau kaedah memasak yang tidak tepat atau pun masa memasak yang terlalu lama.
Oleh itu, tahukah anda ada tip mudah seperti mana yang dikongsikan oleh Shahira Amira yang boleh anda cuba untuk memastikan jagung yang direbus sempurna dimasak.
Menariknya juga daripada perkongsian Shahira ini mendapat perkongsian hingga ribuan share.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ini perkongsiannya.
Cara saya masak jagung rebus untuk bagi tak kecut.
1.Masak bagi air betul-betulk mendidih terlebih dahulu.
2. Kemudian masukkan jagung dan garam. Masak dalam 8 ke 10 minit dan tutup api.
3. Nak makan bru ambil. Jagung akan lawa sebji-sebiji dan mengecut.
Ps: Jangan buang kulit jagung sampai habis. Biar ada sehelai-sehelai.
Selain perkongsian tip daripada Shahira Amira ini, rupanya ada banyak lagi cara lain yang juga boleh dipraktikkan. Antara tip tersebut adalah :-
Sedikit tips untuk memilih jagung yang segar adalah berdasarkan kelembapan dari daun dan batang jagung tersebut. Dikatakan daun jagung dengan kualiti yang baik biasanya memiliki daun yang berwarna kehijauan, segar dan tidak kering manakala warna batang bawahnya juga kelihatan segar dan tidak berwarna coklat tua.
Biasanya merebus jagung kita akan buang kulitnya bukan? Namun ada bagusnya jika tidak direbus dengan teknik tersebut ini sekali gus akan menjadikan jagung tidak mengecut.
Ini juga boleh dipraktikkan dan dikatakan jika letak garam terlalu awal akan menyebabkan isi jagung keras dan akan cepat kecut bila telah sejuk.
Semasa merebus jagung, tambahkan sedikit gula dalam air rebusan agar bukan sahaja jagung tidak kecut malah terasa lebih manis dan enak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Membaca perkongsian FB daripada Rhadiyah Raihana ini cukup tersentuh hati. Walau sekadar berkongsi kisah seorang kanak-kanak mendirikan solat sendirian tanpa ditemani ibunya, namun moral of the story yang ingin disampaikan cukup hebat.
Apa yang boleh dikatakan, sungguh beruntungnya ibu ayah kanak-kanak tersebut bila mampu mendidik sedari kecil memahami kewajiban mendirikan ibadah solat.
Ini perkongsiannya moga Kita juga mampu mendidik anak-anak sebaiknya.
I stopped at Petronas Maghrib tadi untnk dirikan solat Maghrib. Selesai ja solat tengah pakai tudung, ada sorang anak kecil sebaya my dawter Rara masok dalam surau..Dia cabut socks and tudung terus berwudhuk. Pastu dia pakai balik tudung and socks and ready nak solat. Sempat I had a conversation with her.
Aunty: Adik sorang je ke?
Anak: Ya aunty. Mama dalam kereta kat luar sebab mama tak boleh solat
Aunty: Berani ke ni solat sorang?
Anak: Insyllah berani aunty. Kenapa aunty?
Aunty: Kalau tak berani aunty teman.
Anak: Takpe aunty…
Aunty: Okay solat cepat sayang..
Anak: Baik aunty..
I decided to wait till she finished performing her maghrib prayer. Geraknya penuh tertib. Ada toma’ninah dan sempurna solatnya.
My tears flowed down my cheek when I flashed back myself at the age of seven. Ya Allah ampunilah aku.. kau rahmati anak ini dan jadikan dia ahli syurga firdaus mu.. Aameen.. After dia siap berdoa, i held her hand to send her back to her car. Her mom opened the window and aske me:
Mother: Kenapa puan?
Aunty: Ouh tkde ape kak saya saja nk hantar anak akak kt kereta sebab saya nak tengok wajah ibunya
Mother: ouhhh terima kasih puan..
Aunty: Tahniah kak.. berjaya mendidik anak akak agar menegakkan tiang agama..
Mother: MasyaAllah Alhamdulillah puan trima kasih bawak anak saya ke kereta.
Aunty: sama-sama. Semoga Allah rahmati akak di dunia dan akhirat kak…
Mother: Semoga Allah juga merahmati puan sekeluarga..
Moral of the story.. kalau anda yang baca status ni dan anda tak menjaga solat, jom la kita perbaiki diri dan menjaga solat kita. Mudahan Solat itu akan menjaga kita.
Tenang dan sesekali tersenyum namun di hati siapa yang tahu. Pemergian suami tersayang dalam satu kejadian lemas baru-baru ini pastinya meninggalkan impak bukan sahaja kepada dirinya bahkan keluarga. Malah kejadian tersebut menjentik emosi seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi kesedihan tersebut.
Adnan Othman, 33 merupakan salah seorang dari 6 anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas sewaktu mengikuti operasi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong 3 Oktober lalu.
Allahyarham yang bertugas di Balai Bomba Shah Alam merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Dia meninggalkan isteri, Norshamiza Salleh,32 bersama dua anak perempuan iaitu Aisyah Damia, 5, dan Alia Maisarah, 2.
Norshamiza atau lebih mesra dengan panggilan Miza berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi selepas dihubungi rakan setugas Allahyarham.
“Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi dan beritahu ada operasi di Cyberjaya. Waktu itu, saya macam biasa je tak ada sebarang perubahan.
“Cuma lepas jam 10 malam arwah belum pulang, saya mula rasa bedebar-debar. Kemudian, saya bawa anak-anak siap untuk tidur. Waktu itu, saya terdetik nak ambil telefon yang tengah charge. Kemudian, masuk panggilan dari kawan suami, Syazwan yang bertanyakan tentang arwah.
“Saya cakap dia belum pulang. Kemudian Syazwan beritahu ada masalah ketika operasi tersebut dan meminta saya bersabar banyak-banyak. Tetapi jangan fikir yang bukan-bukan lagi katanya. Sebagai isteri mula rasa tidak sedap hati, menggigil badan dan tak tahu kat mana nak cari info. Jadi saya google di Facebook tentang lemas di Cyberjaya dan nampak video yang orang muat naik.
“Disebabkan tak puas hati saya mula bersiap dan kebetulan jiran bernama Wak yang juga baik dengan arwah datang untuk bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu, saya hubungi Balai Bomba Shah Alam dan mereka beritahu ada kes lemas melibatkan dua anggota dan mereka sebut nama arwah. Kemudian minta Wak bawa saya ke balai bomba dan waktu itu saya hanya sempat bawa botol susu anak dan air sebotol.
“Kemudian, kakak ipar telefon dan waktu itu saya dah mula cuak. Ini beritanya ke?. Tetapi kakak ipar bertanyakan arwah kerja bila esok sebab ayah kena pergi hospital untuk pemeriksaan. Jadi, tak ada lagi berita buruk dan saya terus ke balai. Selepas itu, Syazwan telefon sekali minta saya ke hospital Serdang. Ketika itu saya tak fikir akan berlaku tragedi dan ingat kemalangan biasa.
“Nampak sahaja hospital tersebut, telefon berdering lagi dan Syazwan meminta saya terus ke bilik mayat. Waktu itu saya hairan, kenapa nak kena pergi bilik mayat, dalam masa yang sama saya dah mula rasa arwah dan tinggalkan kami. Waktu itu, abang arwah ada hubungi saya dan beritahu hal tersebut. Jadi saya maklumkan dia. Minta dia beritahu hal tersebut kepada mak ayah arwah.
“Kemudian, saya hubungi ibu saya dan beritahu arwah macam dah tak ada dan ibu pun terus datang ke hospital. Sampai di bilik mayat, saya diminta buat pengecaman dan saya dan ibu mentua pergi kerana hanya dua orang dibenarkan masuk waktu itu. Ketika nak masuk, anak sulung menangis sebab nak tengok ayahnya. Jadi mak saya pujuk lalu saya masuk dengan ibu mentua.
“Lepas buka kain penutup tu ibu mentua dah lemah dah dan saya terus cakap ini suami saya Adnan Othman,”cerita Miza lagi yang cukup tenang dan menerima pemergian arwah suami dengan reda.
Usai selesai bedah siasat, Miza mengejutkan anak sulungnya yang sedang tidur untuk membawanya melihat ayahnya buat kali terakhir.
“Waktu itu Mia tengok dan cium ayahnya lalu tanya kenapa dengan kepala ayah sebab ada kesan pembedahan. Saya cakap kan ayah sakit jadi doktor ubatkan kepala ayah lah tu. Mia cakap mesti rambut ayah cepat tumbuh lepas ni kan ibu. Itulah ayat Mia.
“Kemudian saya beritahu Mia lagi, ayahnya terus tidur dan takkan bangun lagi. Ayah dah pergi dekat Allah, dan waktu jumpa ayahnya memang saya dah terangkan pada Mia. Ayah kan orang yang baik, Allah jaga dan sayang dan ayat itulah yang saya ulang-ulang pada Mia.
“Tetapi waktu melihat wajah ayahnya kali terakhir sebelum dikapankan, Mia bergenang air mata. Selepas salam dan cium ayahnya dan imam nak tutup wajah arwah Mia mula meraung kenapa ayah macam tu dan dia nak ayahnya,” ujar Miza yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.
Mengakui rutin harian tetap berjalan seperti biasa, cuma selepas ini tiada lagi insan tersayang bernama suami dan ayah yang menemani mereka anak -beranak.
“Rutin seperti biasa cuma lepas ini adik lelaki akan menemani dan duduk bersama kami. Sebelum ‘pemergian’ arwah memang tiada sebarang petanda cuma dia selalu sebut penat kerja dan nak isi semula permohonan SPA.Kebetulan arwah baru sahaja dapat ijazah baru-baru in.
“Malah, kami berdua sempat keluar berdua tengok wayang bersama cerita PASKAL. Itulah yang arwah muat naik ayat dalam filem tersebut dalam facebooknya dengan gambar throwback 2013.
“Status arwah pun syahdu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan arwah bukan jenis yang romantik, tetapi ayatnya memang syahdu. Saya pun perasan statusnya dengan ayat “apapun pilihan kita .. mati. Dia ada memuat naik ayat sama di status WhatsApp. Jadi saya komen, cakap bukan main ayat sekarang. Namun arwah yang ketawa dan kongsikan video Mia yang dia ambil sebelum ini.
Siapa sangka, arwah pergi kerja macam biasa namun malamnya dia dah takde. Menurut Miza lagi, arwah sejak kebelakangan ini tak banyak cakap berbanding sebelum ini. Dia banyak memerhati dari bercakap. Dengan anak-anak pun sama.
“Pagi terakhir sebelum arwah ke tempat kerja biasanya kami akan keluar bersama cuma berpisah ikut ke tempat kerja masing-masing. Tetapi pagi tu, yang bongsu merengek dan arwah cakap sudah pukul 7 lebih.
“Jadi saya minta dia pergi kerja dulu. Lepas bersalaman dan cium tangan macam biasa, arwah pun keluar dan cakap pergi dulu manakala saya uruskan anak-anak. Memang tiada sebarang perubahan apa-apa waktu itu. Tak sangka pagi dia pergi kerja macam biasa tetapi malamnya dia dah takde.
“Setakat ini anak-anak macam biasa perasan sebab leka bermain. Cuma saya selalu ingatkan dia, “Mia ayah mana’. Dia cakap ayah dah tak de, meninggal. Adiknya masih kecil belum mengerti apa-apa. Cuma dia selalu tunjuk gambar dan sebut ‘yah yah’,” ujar Miza lagi sebelum menutup perbualan dengan penulis.
Semalam, Norshamiza dan keluarga mentuanya menerima kunjungan YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama Ketua Balai Pelabuhan Klang serta 3 Pegawai Unit PPDA Serta Wakil PERISMA hadir menziarahi keluarga arwah PB Adnan bin Osman.
Dalam majlis itu, YS Pengarah Negeri Selangor turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah serta salam takziah dari warga JBPM.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.