Anda pasti biasa dengar kan nada gurauan “I love cholesterol…” tatkala rakan atau anda sendiri mengambil makanan yang berpotensi sarat kolesterol.
Sebut pasal kolesterol, memang ramai mengetahui mengenainya. Ada yang prihatin, tidak kurang juga yang tidak ambil pusing tentang natijah pengabaiannya.
Acap kali juga golongan obes dikaitkan dengan kolesterol. Jangan pandang remeh, ‘si kedengkik’ (bertubuh kurus) pun berisiko kolesterol tinggi. Dengan kata lain, memiliki tubuh tidak gemuk bukanlah jaminan untuk terlepas daripada bahana kolesterol.
Pendapat kebanyakan pakar perubatan/kesihatan, kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat tubuh secara fizikal. Kegemukan lebih melibatkan penyimpanan kolesterol pada bawah kulit. Manakala masalah berlebihan kolesterol lazimnya berkait rapat dengan pengumpulannya di dinding saluran.
Kadang-kadang pemeriksaan terhadap pesakit yang gemuk didapati tahap kolesterolnya adalah normal. Justeru, seseorang yang berasa dirinya kurus dan sihat tidak semestinya mempunyai kolesterol yang rendah.
Fenomena ini berkait rapat dengan pelbagai faktor. Meskipun begitu, tidak disangkal bahawa kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol berlebihan. Ini dikenali sebagai sindrom metabolik. Peningkatan usia dan faktor risiko penyakit kardiovaskular utama yang lain seperti diabetes dan darah tinggi turut berkait rapat dengan masalah ini.
Kandungan kolesterol yang tinggi juga ada kalanya bersangkut-paut dengan genetik individu. Namun ia bukan penyebab utama dan jarang berlaku.
Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman dan pengambilan banyak makanan berkolesterol tinggi turut menjadi penyumbang.
Ads
Mati mengejut
Kolesterol merupakan suatu istilah saintifik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang boleh dikategorikan di bawah kelompok lemak. Kandungannya yang melampau tahap normal berupaya mengakibatkan seseorang dilanda masalah kardiovaskular.
Namun kekurangannya juga meninggalkan impak pada tubuh. Acap kali dipandang negatif, kolesterol sebenarnya merupakan komponen penting dalam penghasilan hormon dan pertumbuhan sel saraf badan.
Kolesterol boleh diperoleh daripada pelbagai sumber makanan. Antaranya kulit ayam, kuning telur, daging berlemak, santan dan makanan laut selain ikan.
Walau bagaimanapun, kolesterol dalam badan kebanyakannya dihasilkan sendiri oleh tubuh melalui proses sintesis di hati. Lantaran itu, pengambilan sumber kolesterol dari luar perlu dikawal melalui pengamalan diet yang seimbang agar arasnya tidak berlebihan.
Dalam badan manusia, kolesterol yang disintesiskan di hati akan dibawa ke dalam darah oleh lipoprotein. Kemudian lipoprotein akan membawanya ke sel-sel badan. Jika berlebihan, kolesterol ini akan mendap pada dinding arteri (salur darah). Ini akan menyebabkan berlaku penyempitan padanya dan akhirnya ia akan tersumbat.
Ads
Pemendapan kolesterol ini dikenali sebagai atheroma. Penyumbatan ini boleh berlaku pada salur darah di jantung, otak, buah pinggang, usus dan bahagian lain di seluruh tubuh. Proses penyempitan dan penyumbatan lazimnya memakan masa yang lama dan bukan cuma sehari dua. Komplikasi utama ialah penyakit jantung koronari dan strok. Keadaan ini boleh mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.
Kolesterol berlebihan dalam darah tidak banyak mempamerkan simptom. Namun, bagi segelintir individu, antara simptomnya adalah seperti kelihatan ada kumpulan lemak pada bahagian bawah kulit di sekitar kelopak mata dikenali sebagai xanthelasma.
Selain itu, ada juga yang memiliki bonjol lemak pada tempat lain di bawah kulit. Antaranya ialah di sendi tangan, siku dan pergelangan kaki. Namun, simptom ini lazimnya dialami oleh individu yang memiliki masalah kolesterol bertitik-tolak daripada faktor genetik.
Ujian paras kolesterol
Aras kolesterol boleh dikesan menerusi ujian darah sama ada disuntik pada pembuluh darah ataupun penghujung jari. Cara ini dianggap paling praktikal serta merupakan satu-satunya kaedah mengesan tahap kolesterol. Ia juga boleh dilaksanakan di mana-mana hospital mahupun klinik.
Melalui ujian darah, paras total kolesterol boleh diketahui. Pemeriksaan lebih teliti biasanya pada paras low density lipoprotein (LDL), high density lipoprotein (HDL) dan trglycerides (TG). Umumnya LDL dan TG merupakan kolesterol tidak baik. HDL pula adalah sebaliknya.
Ads
Menyentuh kaitan kolesterol dengan gaya hidup yang kurang sihat, setiap individu khususnya yang berhadapan dengan masalah ini perlu mengamalkan diet seimbang.
Senaman secara berkala juga perlu iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Kadar metabolisme badan akan menjadi tinggi apabila seseorang aktif dan membuat senaman. Ini membantu merendahkan kadar kolesterol khususnya dalam darah.
Selain itu, peringatan kepada si perokok, nikotin pada rokok pula bertindak sebagai pemangkin pembentukan atheroma di samping meningkatkan tekanan darah sehingga memudaratkan individu.
Kawal pemakanan
Untuk mengawal peningkatan kolesterol, . Nampak mudah, namun susah untuk diamalkan. Sesetengahnya malas untuk bersenam dan diet, sebaliknya lebih bergantung pada ubat sahaja, tetapi, perlu diketahui, ubat cuma untuk sementara waktu dan harganya pun agak mahal.
Menerusi penyelidikan, ubat memang terbukti bagus dan berkesan, namun apabila berhenti mengambilnya, potensi untuk kolesterol naik semula tidak mustahil. Justeru, beringat sebelum kena, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sumber: Majalah Keluarga Feb 2016
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut seluruh umat Islam pada minggu depan buat ‘ mak ayah’ si bulus mula berfikir perihal kucing kesayangan mereka.
Pastikan kucing kesayangan ditempatkan di boarding yang cukup selesa buat mereka. Pastikan anda buat research lebih dahulu sebelum menghantar kucing boarding.
Pun begitu selepas balik dari boarding, anda kenalah berikan lebih perhatian pada kucing kesayangan anda. Ini check list anda kena tahu, perkongsian daripada Dr. Mazrul Fahmi Mahadzir dari Nadia Veterinar Clinic.
PERLU BUAT LEPAS CHECK OUT ANAK BULUS DARI BOARDING RAYA?
1. Check kucing betul tak kucing sendiri yang dibawa balik . Jangan pi salah amek kucing orang pulak hehew.
2. Monitor keadaan kucing. Check selera makan ada ke tak. Masih merajuk tamo makan ke sebab kene tinggal. Kalau dia taknak kibbles, upah dengan wetfood atau mana-mana makanan faveret die. Tapi kalau da sampai 3 hari tak makan, sila bawa ke vet untuk check up tau.
3. Selak setiap bulu di badan si comel dan check juga telinga.Ini untuk pastikan tiada kutu atau kutu telinga datang membiak di badan si bulus tu.
4. Periksa sama ada anak bulus boleh kencing & berak dengan normal atau tidak. Jika cirit sila bawa ke vet.
5. Spend time lebih sikit dengan anak bulus. Ini bukan saja untuk sesi pujuk memujuk, tapi acik ankel boleh monitor kalau tetibe ada perubahan pada anak bulus tu.
6. Kalau anak bulus berbau busuk, boleh bawa pergi grooming untuk mandikan sebab sesetengah kucing ni suka berguling dalam pasir waktu dalam boarding hehee.
So far ini antara perkara yang acik ankel perlu buat tau. Kasih sayang yang mencukupi untuk anak bulus buat kucing happy, kita pon happy.
Kredit: Mazrul Fahmi Mahadzir via Nadia Veterinar Clinic.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak-anak ada caranya, tidak boleh menggunakan kekerasan. lebih-lebih lagi zaman sekarang, usah disamakan zaman kita dahulu.
Pendekatan terbaik harus di ambil supaya tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang pada emosi anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam perhubungan ibu bapa dan anak.
Saudara Mohd Fhais baru-baru ini berkongsi satu insiden anaknya ditampar oleh seorang budak berumur 2 tahun ketika bermain di sebuah playground.
Apa yang ingin diceritakan olehnya adalah berkenaan tindakan si ayah budak berkenaan yang mengambil tindakan salah dalam menjatuhkan hukuman. Baca perkongsian ini. Moga bermanfaat buat ibu bapa lain!
Budak ni baru berhenti menangis lepas kena tampar.
Kesian aish rizqi baru 8 bulan dah kena tampar dengan budak 2 tahun masa main kat mcd playground semalam.
Tapi sebenarnya saya lebih kasihan kat budak yang tampar aish rizqi tu.
Sebab budak tu di zalimi oleh ayahnya sendiri!
Kesan tampar di pipi aish tu tak adalah teruk sangat, tak ada kesan pun tapi lebam di mental & emosi budak tersebut tersangatlah teruk.
Ayahnya zalim sebab tak ajar dengan betul.
1. Lepas dah tampar anak orang ayahnya tak ajar untuk minta maaf. Terus berlalu pergi tanpa cakap sepatah pun. Sepatutnya di ajar anak tu minta maaf, atau sekurangnya pujuk la aish rizqi yang dah menangis tanda kesal atas perbuatan dia. Satu kesilapan besar tak ajar anak jadi bertanggungjawab sejak kecil. Lebih-lebih lagi anak lelaki.. silap besar!
2. Anak dah buat salah kena marah pula dengan ayahnya. Padahal anak tu tak sengaja pun, mungkin terlalu excited bermain sampai tertampar. Baru 2 tahun kot! Marah tak buat anak rasa kesal dengan kesilapan yang dia dah buat malah ia buat anak semakin degil dan kebarangkalian diulangi kesilapan sama sangat tinggi.
3. Paling teruk ialah ayahnya hukum anak dengan memukul tangan yang menampar tadi. Patutlah anak tu laju je tangan tampar aish sebab ayahnya sendiri tangan laju memukul. Anak tak akan pandai memukul kalau tak ada orang yang ajar dia memukul di rumah. Ingat tu!
Kesan tampar kat pipi aish rizqi tu merah sekejap je lepas tu hilang tapi kesan tamparan emosi kat budak 2 tahun tu mungkin berkekalan sampai dewasa. Kesian budak tu.
Memang, bila nak meminta maaf tu kadang-kadang rasa malu tapi sebenarnya perkara yang memalukan pada awalnya tu la yang akan membantu anak kita membesar jadi seorang yang bertanggungjawab dan jadi seorang pemimpin di masa akan datang.
Mohd Fhais Ajar anak minta maaf tu lebih mulia dari ajar anak guna kekerasan untuk selesai masalah.
p/s : Tolong kongsikan pada semua ayah di luar sana perkara ni, sebab masih ramai yang tak tahu tentang besarnya kesan tak ajar anak meminta maaf sejak kecil.
p/s : Sebab itu saya selalu kongsi ilmu parenting dalam telegram supaya kita semua dapat jadi ayah yang baik untuk anak-anak. Klik link ni untuk join telegram saya, 👉t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peluk pinggang pasangan dari belakang ketika dia tengah memasak ataupun membasuh pinggan di dapur juga adalah salah satu cara anda menunjukkan romantik pada pasangan.
Sambil memeluk ungkapkan kata-kata cinta di telinganya. Lihat betapa lebarnya senyuman pasangan anda. Berkasih sayang antara suami dan isteri bukan hanya sekadar di dalam bilik tidur semata-mata.
Tidak kira masa atau tempat asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Jangan tak tahu, membantu pasangan di dapur juga satu aksi romantik.
Gambar sekadar hiasan
Bertambah semangat untuk memasak. Pastinya aksi romantik ini jika dilakukan akan mewujudkan rasa kasih dan cinta berpanjangan daripada pasangan. Seterusnya boleh mengukuhkan hubungan suami isteri.
Beberapa perkara di bawah ini juga dianggap sebagai romantik spontan dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang mahu terus hidup bahagia bersama pasangan. Baca dan cuba praktikkan untuk keharmonian rumah tangga.
Gambar sekadar hiasan
1. Aksi cuit mencuit
Bagi membangkitkan keghairahan dalam hubungan intim, baik suami atau isteri tidak boleh terlalu serius, sebaliknya perlulah ada aksi cuit mencuit yang boleh mewujudkan rasa lucu dalam hubungan. Tidak salah sesekali cuit pinggang, punggung ataupun pipi pasangan. Misalnya ketika menonton televisyen ataupun pasangan sedang memasak. Namun biarlah ia dilakukan dalam tempat yang sewajarnya kerana bimbang pasangan tidak selesa diperlakukan begitu.
2. Kenyit mata
Boleh juga melakukan aksi spontan seperti mengenyit mata padanya. Misalnya ketika menghantar pasangan ke pejabat, sebelum berlalu apa kata anda mengenyit mata padanya sambil melemparkan senyuman manis. Sudah pasti dia akan tersenyum kegembiraan dan akan terkenang kenyitan mata yang mengandungi maksud tersendiri.
3. Memegang tangan pasangan sekali skala
Tunjukkan aksi romantik spontan dengan memegang tangannya setiap kali keluar bersama. Pegangan dan sentuhan ini menunjukkan rasa kasih sayang anda kepadanya. Ataupun ketika melintas jalan, anda dengan spontan memegang tangannya. Boleh juga dilakukan ketika sedang menonton, ataupun minum petang bersama. Kalau boleh sentuhan berserta dengan ciuman ini juga boleh mempamerkan rasa sayang berpanjangan daripadanya.
4. Sesekali berbisik di telinga
Perkara yang jarang dilakukan namun sekiranya dilakukan secara spontan boleh menimbulkan kesan mendalam. Apa kata sesekali anda seperti berbisik di telinganya dengan hembusan nafas yang lembut. Ungkapkan kata-kata manis dan manja di telinga dan pasti pasangan akan terasa geli dengan bisikan yang dilakukan. Kalau boleh lakukan secara spontan dan ini pasti akan membuatkan pasangan ketagih dan sentiasa mengharapkan agar anda melakukannya lagi.
5. Suap makanan di mulut
Apa kata ketika sedang menikmati hidangan, anda secara spontan menyuap hidangan ke mulutnya. Walaupun nampak seperti kebudak-budakan tetapi jika dilakukan pasti membuatkan pasangan anda terharu. Jangan suap keterlaluan cukuplah sekadar satu dua suapan sahaja. Lebih seronok jika dilakukan di tempat terbuka dan boleh tunjukkan kepada orang lain bahawa andalah pasangan paling bahagia dalam dunia.
6. Ciuman di dahi
Apa kata anda amalkan aksi romantik spontan dengan mengucup dahinya. Lakukan sebelum masuk tidur, ketika mahu pergi kerja ataupun sebaik pulang daripada bekerja. Ciuman penuh kasih sayang ini mampu memberi seribu makna kepada pasangan.
Boleh juga diamalkan selalu bagi menghangatkan lagi hubungan sedia ada. Anda juga boleh membalasnya dan ternyata kebahagiaan menjadi milik anda berdua selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di