Menjengah FB Jabatan Pertanian Malaysia ada dikongsikan hasiat cekur yang boleh dikatakan antara ulam pilihan popular dikalangan orang Jawa.
Jom kita ketahui apa istimewa ulam atau herba nan satu ini.
CEKUR – amalan memakannya boleh menghilangkan jerawat dan awet muda
(idris bald)
Cekur , Cekuh atau galanga kecil merupakan sejenis tumbuhan herba ubatan bersaiz kecil yang boleh mencapai saiz 10 cm. Dikenali juga dengan nama-mana Kencur, Kentioer (Indonesia) Ingurupivali, Hingurupivali (Sri Lanka), Proh hon, Hon proh, Waan teendin, Waan hon (Thailand), Sand ginger, Finger root (Inggeris) atau nama saintifiknya Kaempferia galanga dari keluarga Zingiberacea.
Cekur, yang dipercayai berasal dari China dan India kini ditanam secara meluas di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Cekur tumbuh merumpun dan mempunyai akar rizom yang isinya berwarna putih dan berkulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar berbentuk panjang membujur dan meruncing dihujungnya serta tidak bertangkai dan berbau wangi. Cekur juga berbunga yang keluar dicelah ketiak daun berwarna putih keunguan. Dibiak menggunakan keratan rizom yang matang sesuai ditanam di kawasan sederhana lembab, subur terutama di tanah yang berorganik.
Pucuk muda cekur enak jika dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu, cencalok atau bahan pencicah lain. Selain dari itu, pucuk cekur yang dihiris halus boleh juga digunakan bagi melengkapkan nasi kerabu, nasi ulam atau kerabu yang popular di pantai timur. Rasanya sedikit pedas dan ranggup serta wangi.
Ads
Rizom cekur yang mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, kamphene dan gam juga boleh dimakan dengan mengupas kulit dan ditumbuk bersama cili untuk dimakan bersama nasi.
Buang angin
Cekur sangat popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin yang dikatakan boleh membuang angin, menguncupkan rahim dan penjarang anak.
Redakan penyakit
Dikatakan juga cekur mampu mengubati batuk, sakit tekak, meredakan demam panas dan pelawas kencing.
Awet muda
Ads
Cekur mempunyai bahan yang bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Bagi masyarakat melayu, pengamalan memakan cekur boleh mencegah sakit sengal tulang dan awet muda.
Sejak zaman kuno, cekur telah dikenal sebagai tumbuhan ubat yang banyak digunakan untuk membantu merawat berbagai penyakit. Antara manfaat lain adalah untuk membantu melegakan sakit kepala, selsema dan beberapa penyakit lain.
Hilangkan jerawat
Selain dari itu cekur diketahui dapat membantu menyelaraskan badan, melegakan serangan migrain, mengubati asma, merawat penyakit reumatik, batuk dan dapat menghilangkan jerawat.
Mengikut kajian makmal, keberkesanan cekur adalah karena terdapat lebih dari 23 senyawa dan tujuh di antara senyawa ini mengandung senyawa monoterpena, senyawa aromatik dan sesquiterpene. Cekur juga digunakan secara meluas untuk pembuatan ubat-ubatan moden dan bahan-bahan kosmetik.
Ads
Manakala ini pula perkongsian daripada Nur Adibah berkenaan cekur yang dikongsikan hasil temubualnya bersama jirannya.
Jom semak.
Asalnya ke rumah jiran nak mintak daun pegaga je,sekali terpandang kat herba cekur tu.Biasa digunakan dalam masakan orang jawa kan.
Sempat la juga bertanya pada makcik tu apa khasiat daun cekur tu selain dari dibuat masak.
Makcik tu pun cerita yang dia dulu zaman anak dara suka makan daun cekur buat ulam katanya sedap petua orang dulu-dulu nak wangi kan badan kata nya.
Menarik kan bunyi nya saya pun tak lepas kan peluang untuk mencuba rasa dan manfaat kan herba yang ada.
Tip ‘awet’ kayu, tak mudah reput dan rosak, terdedah hujan, panas pun masih kukuh. Selalunya masalah yang sering dialami ialah kayu yang digunakan untuk kerja-kerja DIY menjadi reput dan rosak.
Tahukah anda bahawa ada cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini, tiada lagi masalah kayu reput dan rosak. Jadi tidak perlulah kita kerap beli kayu baru bagi menggantikan kayu-kayu yang reput dan rosak.
PETUA MENGAWET KAYU
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.
Saya gunakan sebungkus ubat gegat. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayusudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih empat tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.
Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini sudah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Kulit pisang banyak manfaatnya, kalau dulu asyik cakap untuk kecantikan kulit. Rupa-rupanya boleh juga dijadikan baja semula jadi untuk pokok hidup dalam rumah.
Macam mana caranya? Mudah jer, jom baca tip yang dikongsikan oleh Huda Zainal ni.
Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah.
Cara dia semudah ABC.
1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira.
Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).
Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
Huda Zainal
#zerowastetips
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika anda pernah bercuti di Pulau Bali, Indonesia, hidangan Sate Lilit ini merupakan menu tempatan yang cukup popular di sana. Sesekali apa kata, cuba ubah selera dengan menyediakan hidangan nusantara ini.
Rasanya yang enak dengan aroma rempah ratus yang diperap sempurna, pasti mampu memikat selera tetamu yang berkunjung ke rumah nanti.
BAHAN-BAHAN
250 gms udang
250 gms daging ayam/ikan tenggiri
50 gm kelapa parut
3 helai daun limau purut (diracik halus)
2 sudu besar gula perang/ gula melaka
4 batang cili padi (dihiris nipis)
10 batang Serai sebagai skewer
garam dan bahan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
4 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 sudu teh jintan Manis
1 sudu teh ketumbar
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar sehingga keperangan dan naik bau.
Tutup api, masukkan udang dan daging ayam tadi serta gaul sebati.
Selepas tu masukkan pula kelapa parut dan sedikit santan pekat. Gaul rata.
Kemudian masukkan daun limau purut,gula perang, cili padi dan perasakan dengan garam.
Bentukkan adunan tadi dan lekatkan pada batang serai.
Bakar / panggang sehingga masak.
Tip Ekstra!
1.Jika mahu menjimatkan masa, boleh juga kukus sebentar adunan tersebut, baru dilekatkan pada batang serai dan bakar.
2.Selain bakar/panggang, boleh juga digoreng didalam kuali leper dengan sedikit minyak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di