Melihat perempuan cantik siapa sahaja yang tidak terpesona. Apatah lagi jika berpenampilan  ringkas tanpa secalit makeup, namun tetap terserlah kecantikan semulajadinya. Pasti mencuri perhatian ramai!

Begitulah kisahnya apabila baru-baru ini, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menjadi perhatian netizen gara-gara kecantikan yang dimilikinya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Fizo Omar di laman TikToknya, dia bersama isteri sedang membeli belah di sebuah pasar raya sambil membincangkan sebuah jenama herba yang telah menjadi isu di laman sosial sebelum ini.

 

 

Dalam video tersebut, dapat dilihat Fazeera kelihatan terpinga-pinga dan mukanya jelas nampak begitu cuak sebaik sahaja dia membaca perkataan ‘pork’ yang terdapat pada bahagian maklumat pada produk tersebut.

“Tergamam Tengok Skin Dia..”-Kecantikan Wajah Isteri Fizo Omar Jadi Bualan Netizen!

Sedangkan, ‘pork’ yang dimaksudkan di bahagian maklumat tersebut adalah ia sesuai digunakan untuk digunakan pada daging lembu, ayam, kambing dan termasuklah babi.

“Tergamam Tengok Skin Dia..”-Kecantikan Wajah Isteri Fizo Omar Jadi Bualan Netizen!

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

IKLAN

 

Sebelum ini ramai yang salah sangka bahawa produk tersebut mengandungi babi walhal sebahagian netizen tidak membaca dengan baik apa yang ingin disampaikan oleh produk tersebut.

“Cantiknya… betul-betul natural beauty”

 

@iamfizoomarBertahun dah guna baru tahu. muka dah cuak dah tu haa lainkali baca dulu okay?♬ original sound – Fizo Omar

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lebih terpegun dengan kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Fazeera dan betapa mulus kulitnya meskipun tanpa dicalet makeup ke wajahnya.

“Tergamam Tengok Skin Dia..”-Kecantikan Wajah Isteri Fizo Omar Jadi Bualan Netizen!

IKLAN

“Ulang ulang tngok sebab bini dia cantik 😭”

“Muka cuak pun cantik”

“tak weh, aku pun terpana masa dia zoom muka bini dia. cantik gila”

“Bini cantik naturallll🥰”

“cantiknya… btl2 natural beauty”

“Tergamam aku tengok skin dia wehhhhhhh🥺”

“Cantiknya wife dia kita yang pmpuan ni pun suka tengok suara pun lembut je”, begitulah antara komen-komen yang diberikan oleh netizen.

IKLAN

Sumber : Tiktok iamfizoomar

ARTIKEL MENARIK

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Tergamam Tengok Skin Dia..”-Kecantikan Wajah Isteri Fizo Omar Jadi Bualan Netizen!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI