Ketika zaman bersekolah rendah dulu boleh dikatakan adalah waktu yang  paling bahagia dan menyeronokkan.

Apa tidaknya, sebelum pergi sekolah  hari-hari tadah tangan minta duit belanja daripada ayah. Apa yang kita tahu, duit itu nanti boleh beli nasi lemak, aiskrim, jajan dan sebagainya. Senang cakap, tadah tangan je kalau nak duit. Tak fikir pun cara jimat berbelanja untuk ringankan beban orang tua kita, maklumlah kanak-kanak lagi ketika itu.

Namun bila kini sudah menjadi ibu dan ayah, barulah kita dapat rasakan apa yang dilalui oleh ibu ayah Kita dahulu. Bukan senang rupanya mencari sesuap nasi untuk pastikan anak-anak cukup makan pakai.

Ini sebagaimana catatan seorang anak yang rindu akan ayahnya dan membacanya boleh  membuatkan terkesan dihati.

Dulu nak pergi sekolah pagi, ayah beri 60 sen untuk setiap anak-anaknya. Petang pula kadang-kadang 20sen kadang-kadang 30 sen. Tapi, kita selalu rasa tak cukup. Siap buli lagi adik untuk 10sen ataupun 20sen tambahan .

Dulu 60 sen untuk beli:
10sen : Air
40sen : Nasi sepinggan
10sen : kacang
10sen : Beli apa-apa di koperasi
20 sen yang di’pau : Beli aiskrim waktu balik

Sekarang nilai 60 sen HANYA untuk parking kereta satu jam pertama. Air pun paling murah RM1.00. Masuk tandas untuk mandi pun 50 sen.

Tapi itu bukan isunya…

Dulu waktu ayah beri duit kita rasa “ala sikitnya… berilah lebih!!!”

IKLAN

Kita tak tahu waktu tu kerja ayah sehari dibayar sekitar RM10-20 sehari. Jadi kalau campur-campur,

4 orang anak : (Lebih kurang RM1x4) = RM4
Beli lauk-lauk untuk mak masak = RM5
Isi minyak motor………
Beli makanan untuk kita adik beradik….
Beli pakaian………
Beli alat kelengkapan rumah…………..

Kita pun tidak tahu berapa baki yang ayah miliki sebelum sampai ke hujung bulan. Tapi yang kita tahu..

Anak-anak ayah tak pernah lapar…
Anak-anak ayah tak pernah tak berganti baju…
Anak-anak ayah tak pernah tak pakai kasut…

IKLAN

Sekarang bila sudah bekerja, baru kita tahu peritnya nak cari duit….Hari-hari kena fikir berapa banyak nak kena jimat… Berapa banyak nak belanja..

Kadang-kadang kita berharap kita dapat kembali ke masa lalu. Jadi anak ayah yang boleh berlari-lari tak perlu nak fikir ini semua… 

Tuhan, terima kasih kerana membesarkan kami dengan seorang ayah yang cukup mengasihi kami adik beradik!! Sungguh kami berbahagia punya ayah dan emak seperti kalian…Tuhan, pimpinlah mereka ke gerbang syurga-mu! Aamiin!!

(Ini adalah catatan anak ayah yang sedang merindu padanya)

Sumber : Fakta belaka