Berkat menjaga abang orang kelainan upaya (OKU), si adik peroleh keputusan cemerlang dalam pemeriksaan. Bukan Itu sahaja, dia turut meraih Anugerah dekan setiap semester.

Begitupun si adik tidak pernah menganggap menjaga abangnya Itu sebagai satu bebanan.“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!Sebaliknya, Muhammad Hakimi Abdullah, 19, anak ketujuh daripada lapan beradik itu menyifatkan ia tanggungjawab sebagai adik selepas abangnya tidak mempunyai upaya untuk bergerak seperti insan normal lain.

Pelajar semester tiga, Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Bharu (PKB) tekad menjadikan tugas itu sebagai ‘lubuk’ mengumpul pahala selain membantu meringankan beban kedua orang tuanya iaitu Abdullah Zakaria, 61, dan Nur Hela Che Daud, 55, yang sudah uzur.

Muhammad Hakimi mengangkat abangnya ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk dimandikan sebanyak dua kali setiap hari.“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!“Tugas jaga abang (Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 21) tidak pernah mengganggu tugas saya sebagai seorang pelajar walaupun terpaksa mengikuti kelas secara dalam talian.

“Alhamdulillah, saya memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih anugerah dekan setiap semester. Apa yang saya peroleh itu mungkin rezeki dari ALLAH atas pengorbanan menjaga abang,” katanya.

Setiap hari dia akan mengangkat abangnya untuk ke bilik air yang terletak di luar rumah untuk memandikannya dua kali sehari.“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!Katanya lagi, segala kepenatan itu hilang apabila melihat abangnya gembira selepas dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu.

“Saya dan abang umpama isi dengan kuku. Kerja-kerja menjaga abang ini telah saya lakukan sejak kecil lagi. Jadi agak sukar untuk saya ‘meninggalkannya’ kerana sudah ‘masak’ dengan kerenahnya,” katanya.

Walaupun menguruskan abangnya, Muhammad Hakimi tetap fokus mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah.“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!Muhammad Hakimi ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Hussin di rumahnya di Kampung Tok Pelanduk.

Pada kunjungan itu, Raja Shamri turut membuat kejutan dengan menyampaikan sumbangan motosikal untuk kegunaan Muhammad Hakimi.

IKLAN

Dia yang merupakan anak kepada pasangan penoreh getah itu berkata, pemberian motosikal oleh Yayasan Raja Shamri amat menggembirakan dan dia akan menggunakannya untuk berulang-alik ke rumah dari politeknik apabila pembelajaran bersemuka kembali dibenarkan selepas ini.

“Jika sebelum ini saya pulang pada hari minggu sahaja, namun dengan adanya motosikal itu bolehlah berulang-alik.

“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!Selain itu, Yayasan Raja Shamri akan menyediakan sebuah tandas yang lebih selesa untuk kegunaan Muhammad Khairul Anuar dan membina sebuah bilik untuk keluarga berkenaan.

Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Khairul Anuar boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Muhammad Hakimi di 0302-7029-6339-14.

Sumber: Sinar Harian

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!

Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

IKLAN

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Kami Umpama Isi & Kuku. Abang ‘Lubuk’ Kumpul Pahala.” Berkat Jaga Abang OKU, Adik Cemerlang & Raih Anugerah Dekan. Inspirasi!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI