Sering kali kita mendengar tentang keberkatan dari bersedekah. Pemberian tanda ikhlasnya hati mengundang berkat buat si pemberi dan juga membantu mereka yang menerima.
Saudara Taufiq Razif menerusi laman facebooknya memuat naik satu kisah tentang sedekah yang dikongsikan oleh ayahnya.
Ads
Ads
“Kalau ada duit lebih sikit, bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan” Masa tengah makan tengahari tadi, ayah buka cerita sedekah dia pada saya dan adik beradik supaya kami boleh ikut sedekah sekali. ” Tadi masa ayah nak beli ikan selayang. Ada sorang pakcik ni nak beli ikan selayang juga. Harga ikan selayang tu rm6.50 je sekilo tapi dia mintak pada penjual ikan tu boleh tak nak beli setengah kilo je “ ” Ayah cakap kat penjual ikan tu. Bagi je lebih kurang sekilo kat pakcik tu. Biar saya bayar. Suka betul pakcik tu bila ayah saya bayarkan ikannya. Bukan mahal sangat pun tapi kita tak tahu betapa orang sekarang tengah ‘struggle’ terutamanya yang duduk di ceruk kampung dan yang jenis kais pagi makan pagi.
Ads
Ada lagi satu cerita sedekah yang ayah saya buka cerita tadi semata mata nak kami adik beradik ikuti dia. Katanya baru ni ada motor beroda tiga lalu depan rumah. Motor tu bawa ikan kecil kecil. Tak banyak mana pun. ” Ayah beli lah ikan kat pakcik bawa motor tu. Eh total semua sekali rm26. Ingat nak sedekah lah sikit kat pakcik ni tapi ayah lupa bawa dompet. Ayah mintak pinjam kat mak duit sikit untuk bayar ikan rm26 ni. Mak kata nah ambillah rm50 ni. Jangan mintak baki. Baki tu kita sedekah je pada dia “ ” Laaa. Rupanya mak korang lagi laju sedekah daripada ayah ” kata ayah sambil ketawa berdekah. ” Kalau Pik nak tahu, ayah dan mak memang selalu berlawan sedekah. Kadang ayah menang. Kadang mak menang “ ” Nanti ada duit lebih sikit. Bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan. Nanti boleh tengok bisnes tu makin lama makin untung. Makin lama makin maju “
Walaupun lauk tengahari tadi sedap sungguh dengan budu, tempoyak dan juga ikan singgang tapi nasihat dan cerita ayah saya tadi lah benda yang paling sedap yang pernah saya santap selama ini. Terima kasih atas nasihat ini ayah. Walaupun beratus ribu ringgit pun saya sedekah, semua bahagian sedekah saya ada tercatat namamu ayah! Kerana sehebat mana pun anakmu tetap sahaja semuanya berpunca daripada didikanmu wahai ayah. Taufiq Razif Selamanya anak ayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua ibu bapa inginkan anak yang pandai. Tetapi adakah kita meluangkan masa untuk mengajar anak-anak di rumah sebagai pelengkap setelah guru di sekolah.
Perkongsian guru matematik ini, Mohd Fadli Salleh menjelaskan ibu bapa supaya luangkan masa untuk anak.
Ikuti perkongsianya.
Teringat beberapa tahun sudah aku masuk kelas tahun 1. Aku bimbit soalan peperiksaan baru-baru ini masuk kelas. Masih ada beberapa kertas yang belum siap ditanda.
Setiap kertas yang aku tanda, aku panggil pemilik kertas itu untuk berada disebelah. Aku tunjuk satu persatu soalan yang mereka buat salah. Kebanyakannya sebab mereka cuai dan nak siap cepat.
Sampai giliran seorang murid perempuan ni, aku perasan dia buat banyak sangat kesalahan yang senang-senang. Sampai nak eja nombor 5 dalam perkataan pun dia tulis mengarut.
“Awak tak pandai membaca ke?” Soalku lembut.
“Tak pandai, cikgu.”
“Awak ada berapa adik beradik? Belajar la dengan kakak atau abang. Tak pun suruh mak ajarkan.”
“Saya seorang je cikgu. Tiada abang dan kakak. Adik pun tak ada. Mak asyik tengok henpon je. Tak ajar pun,” jujur balas murid tahun 1 ini.
Aku terkedu mendengar jawapan itu. Kelu.
Aku pandang wajah murid ini dalam-dalam. Cantik budaknya. Budak ini senang diajar. Cepat dapat. Bukannya murid bermasalah pelajaran.
Budak-budak sebesar ini, senang diajar sebenarnya. Tambah-tambah jika diajar ‘one-to-one’. Macam tuisyen individu. Kat kelas, murid ramai, mana sempat cikgu nak bagi tumpuan satu demi satu.
IBU BAPA LUANGKAN 10-15 MINIT
Jadi aku menyeru kepada semua ibubapa, luangkan sekejap masa bersama anak. Beli buku latihan. Setiap malam ajar mereka.
Tak perlu lama. Tak perlu banyak. Cukup ajar satu atau dua muka surat sahaja. Ajar dan ulang sampai mereka faham.
Satu dua muka surat ini tuan puan, hanya makan masa 10-15 minit. Bukan lama pun.
Apa mahal sangat masa kalian hingga tak mampu luang 10-15 minit untuk anak-anak sendiri?
Sedang mampu membalas diskusi merepek kat group wasap berjam-jam tanpa henti. Sedang ralit membelek insta artis dari petang sampai ke malam.
Tapi kenapa mahal benar masa 10-15 minit untuk anak kita sendiri? Untuk zuriat yang bakal mendoakan kita saat kita pergi nanti.
Ingatlah, ibubapa itu merupakan GURU PERTAMA setiap kanak-kanak.
– Teringat di suatu ketika –
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kejayaan takkan datang bergolek tanpa diiringi usaha gigih dan doa. Itu yang dilakukan oleh anak muda bernama Luqman Suhaimi ini.
Lahir dalam keluarga susah menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib mereka. Anak ke 8 dari 11 beradik ini tidak bersandarkan omongan kosong semata-mata. Sebaliknya, dia mahu membuktikan kejayaan akan dikecapi jika disusuli dengan kesungguhan.
Tidak hairanlah dia bukan hanya cemerlang dalam pelajaran, tetapi berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkenal di London dalam bidang kejuruteraan dengan mendapat tajaan penuh.
Menerusi catatannya di laman instagram, Luqman berkongsi kehidupan mereka adik-beradik.
Mengakui kesusahan ibu ayah antara penguat semangatnya untuk berjaya, Luqman memberitahu ibunya seorang penjual kuih manakala ayahnya bekerja sendiri mengambil upah membuat papan tanda. Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Justeru, dia mahu buktikan anak golongan susah boleh berjaya jika mengutamakan pelajaran kerana itu yang akan mengubah nasib keluarga.
“Bukan mudah berada dalam keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik beradik. Ketika rakan-rakan lain pergi bercuti, saya pula hanya mampu berharap dapat mengunjungi pasaraya terdekat semasa cuti hujung minggu.
“Tetapi saya sangat teruja bila ayah belanja kami adik-beradik makan KFC, itupun sekali dalam tempoh beberapa bulan,”ujar Luqman menerusi kapsyennya.
Malah menurut Luqman lagi, keluarganya juga sering berpindah-randah dari satu rumah ke satu rumah disebabkan ibu ayah yang terpaksa bekerja keras untuk menyara kami sekeluarga.
“Jadi masa kanak-kanak saya banyak dihabiskan dalam kejiranan yang berbeza. Saya selalu sahaja terlambat pergi ke sekolah kerana ayah terpaksa menghantar kami adik-beradik ke 3-4 sekolah yang berlainan.
“Sebagai seorang kanak-kanak, saya mempunyai keinginan dan selalu merasa cemburu apabila orang lain mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan. ”Best haritu mak aku bagi aku phone baru sbb dpt 6A untuk PMR. Hg dapat 8A PMR mesti hadiah lagi best kan?” Saya hanya tersenyum tanpa menjawab soalan tersebut.
“Saya terpaksa bekerja keras dalam subjek biologi sewaktu di sekolah menengah dan selalu berharap untuk bertanya pada ayah jika saya boleh mengikuti kelas tambahan. Tetapi, saya tidak sampai hati untuk bertanya padanya kerana saya tahu duit yang ada perlu digunakan untuk menyara adik-adik yang masih kecil,”jelasnya lagi.
Maish segar diingatannya bila mana suatu pagi semasa dalam kelas bahasa Inggeris, cikgu bertanya soalan yang sememangnya dia sudah dapat menjangkanya. “Luqman, cuma tinggal kamu sorang je belum bayar yuran sekolah. Bila boleh bayar eh?”
Ketika itu, Luqman tahu dia tidak boleh minta dari ibu ayah kerana adik-adik yang lain juga memerlukannya untuk perbelanjaan yuran sekolah mereka.
“Jadi saya perlu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan wang. mula-mula saya menjual t-shirt sewaktu di sekolah. Dari situlah, saya mula mengumpul wang bagi menampung perbelanjaan semasa di sekolah.
“Sehingga usia saya menginjak ke 16 tahun, kehidupan saya mula berubah. Saya mula benci untuk bangun pagi ke sekolah tetapi saya tersedar bahawa masih ramai lagi di luar sana yang tak bernasib baik dan tidak berpeluang untuk belajar.
“Pernah saya menangis kerana terlalu ingin memakan KFC, tetapi tetapi apabila melihat nasi + telur + kicap pada pinggan, saya rasa beryukur kerana masih mendapat makanan. Saya selalu merungut kerana tidak pernah mempunyai bilik sendiri tetapi apabila melihat bumbung di atas kepala, saya rasa bersyukur mempunyai tempat berteduh.
Hasil daripada rasa bersyukur walau hidup serba kekurangan, sekarang saya dalam perjalanan ke London, mengejar impian segulung ijazah di bawah biasiswa Petronas. Sekarang bukan sahaja saya mempunyai duit yang lebih dari cukup untuk diri sendiri, tetapi juga saya dapat menghulurkan sedikit bagi membantu keluarga.
Alhamdulillah. Terima kasih Petronas kerana memberikan saya peluang menyambung pelajaran. Paling penting, terima kasih kedua-dua ibu ayah yang telah banyak berjasa. Jika mereka memberikan apa yang saya mahukan dulu, mungkin saya tidak dapat mempunyai apa yang saya ada sekarang.
Ketagihan gajet selalu diperkatakan di kalangan ibubapa. Malah ada ibu bapa ada yang terpaksa menyorokkan gadjet dari anak-anak.
Ramai yang tahu kesan buruk penggunaan telefon pintar terlalu lama. Bagaimana pun ada yang menganggap ia remeh.
Namun menerusi perkongsian oleh puan Nurul Pyeza moga menjadi iktibar.
Anaknya yang terlalu lama bermain gajet telah mengalami masalah mata juling sehingga memerlukan pembedahan.
Ikuti lanjut pendedahan ibu ini yang berharap perkongsiannya menjadi iktibar kepada ibu bapa lain.
Suka Main Game
Ramai pm tanya kenapa dengan mata Luth Harraz kenapa kene oprete . Sebenar nya mata dia juling.
Ceritanya macam ini . Sejak PKP Luth start belajar online. Pagi pagi bangun tidur dah start class online pastu mama busy niaga Luth memang banyak masa terluang main handphone.
Dia bukan tengok youtube tapi dia suke main game. Dia terlampau fokus sangat sampai jadi macam ni.
Masalah Mata Juling
Ramai tak perasan sebenar nya mata die juling tapi bukan setiap masa die juling dia hanya juling kalau die fokus sesuatu je.
Mata dia tak rabun ye. Mata dia sihat sihat je. Doktor cakap mata luth terlalu aktif dari lahir ( ade setengah budak lazy eyes ) so doc decide untuk betul kan balik mata dia ke kedudukan asal .
Dan mama mengaku semua ni jadi memang salah mama sampai adik jadi macam ni. Mama harap ibu kat luar sana ambil la pengajaran