Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah kita kepada orang tua. Jangan sampai suatu masa nanti menyesal dikemudian hari. Bimbang ketika itu walau menangis air mata darah sekali pun tidak berguna lagi.
Diharapkan perkongsian daripada jururawat ini dapat dijadikan pengajaran dan peringatan bersama.
Something bad to share today.. Datang kerja shift pagi hari ni dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient dah boleh discharge 2hari yg lalu sebab covid swab negative.
Ads
Call relative(anak lelaki) – ckp x boleh dtg ambil ayah, tgh kerja. Call anak lelaki yg lain, wife jawab husband tgh tarawikh, xboleh dtg ambil juga, call lagi sekali engaged.
Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tp still tak ada feedback..So terpaksa tunggu plan doctor.
Ads
Sekali petang, ajal patient tiba.. So, bila kita call relative bgtaw ayah diorang dah takde, tiba2 3 orang anak boleh je datang serentak cepat2.. Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang takde yg datang?
Ads
Arwah hari2 tanya anak diorang ada call ke tak.. Come on Malaysian…
Berita ini pastinya mengejutkan ramai pihak apabila didapati negara Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron XE melibatkan seorang wanita yang tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo pada 26 Mac, menurut Agensi Berita Kyodo.
Apa yang membimbangkan, wanita berusia 30-an itu tinggal di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang gejala ketika tiba di lapangan terbang, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Isnin.
Difahamkan, wanita berkenaan telah menerima dua suntikan vaksin Pfizer Inc.,. Bagaimana pun, wanita itu didapati positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang. Selanjutnya wanita itu menerima rawatan di pusat kesihatan sebelum dibenarkan keluar setelah tempoh kuarantin tamat.
Apa itu Omicron XE
Omicron XE merupakan strain XE gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 Omicron.
Menurut laporan, kadar kebolehjangkitannya 12.6 peratus lebih cepat berbanding BA.2, meskipun butiran lanjut mengenai varian baharu itu belum diketahui.
Penyelidik mengesan satu mutasi baharu Covid-19 varian Omicron dinamakan XE yang menunjukkan tanda-tanda awal ia lebih mudah ditularkan daripada varian induk Omicron.
Kira-kira 1,100 kes varian XE direkodkan di Britain setakat 5 April, menyumbang kurang satu peratus jangkitan di negara itu.
South China Morning Post melaporkan, pada 22 Mac lalu, pihak Agensi Keselamatan Kesihatan (HSA) United Kingdom, sudah mengenal pasti 637 kes membabitkan varian Omicron XE di Britain.
Malaysia tiada kes jangkitan
Dalam pada itu ramai yang meluahkan rasa kebimbangan dengan virus baru ini. Tambahan pula negara dalam tempoh peralihan ke fasa endemik.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Malaysia tidak mencatatkan jangkitan kes mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Covid-19 setakat ini.
“Varian Omicron contohnya lagi tinggi (kesnya) daripada Delta sebab itu kes meningkat tetapi keseriusannya lebih sederhana daripada Delta maka unit rawatan rapi juga tidak penuh seperti dulu.
“Jadi varian baharu ini kita kena tengok daripada negara lain sama ada kebolehjangkitan tinggi atau keseriusan yang tinggi barulah kita ambil langkah-langkah sepatutnya,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) baru-baru ini.
Meninjau di media sosial, carian mengenai ‘omicron xe malaysia’ menjadi popular. Nyata, ia membuatkan ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan penularan variant ini. Malah difahamkan ia mudah disebarkan.
Jadi hati-hati semua, terutamanya tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kembar seiras yatim piatu genggam ijazah kelas pertama, hadiah terindah buat nenek. Pasangan kembar seiras yatim piatu, Siti Nur Masmera Dalina Muhammad Yusof dan Siti Nur Mastika Daliana Muhammad Yusof, 23 tahun berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka.
Pasangan kembar ini menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini. Lebih manis lagi, kejayaan itu hadiah terindah kepada nenek mereka iaitu Wan Zaharah Ahmad, 79.
Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Ahad.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
Pasangan kembar seiras yatim piatu berkongsi kegembiraan meraikan majlis graduasi mereka bersama segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen ke-24 University College TATI (UC TATI) di sini.
Wan Zaharah telah menjaga pasangan kembar itu sejak kecil setelah pemergian ibu bapa mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana masing-masing menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Peralatan) dengan Kepujian.
Lebih menggembirakan apabila mereka berjaya menerima Ijazah Kelas Pertama atas pencapaian akademik yang luar biasa.
“Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kami akan berada di sini meraih ijazah dan menerima penghargaan yang begitu bermakna.
“Segala yang kami capai adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi nenek kami iaitu Wan Zaharah selain bantuan diberikan oleh pihak universiti,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.
Selain itu, Siti Nur Mastika Daliana, turut berkongsi rasa syukur dan bangga atas kejayaan mereka meraih ijazah dalam bidang kejuruteraan.
“Kami sentiasa saling memberi semangat antara satu sama lain. Nenek juga sangat berjasa dalam hidup kami dan saya sangat hargai kasih sayang dan pengorbanan daripada nenek yang tiada galang ganti.
“Walaupun banyak cabaran yang dihadapi, kami tahu bahawa pendidikan adalah satu-satunya cara untuk keluar daripada kesusahan,” ujarnya.
Sementara itu, nenek kepada pasangan kembar berkenaan, Wan Zaharah berkata, dia berasa bersyukur apabila cucu kembarnya yang dibesarkan sejak kecil berjaya menamatkan pengajian dalam bidang diminati.
“Saya seorang suri rumah dan kehilangan suami, Awang Ngah Sulong ketika pasangan kembar itu berusia 15 tahun.
“Saya sangat bangga dan terharu dengan kejayaan mereka. Walaupun kami tidak mempunyai banyak harta, saya selalu berpesan supaya mereka belajar bersungguh-sungguh.
“Mereka telah membuktikan bahawa usaha yang gigih serta berkat doa tidak pernah sia-sia dan mereka kini berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Sementara itu, Wan Zaharah turut berterima kasih kepada pihak pengurusan UC TATI yang telah memberi peluang dan bantuan biasiswa asasi kepada cucunya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.
“Saya juga berterima kasih kepada Yayasan Terengganu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) atas sumbangan dana kebajikan kepada Siti Nur Masmera Dalina dan Siti Nur Mastika Daliana hingga mereka berjaya menamatkan pengajian di UC TATI,” ujarnya.
Pada majis itu, Siti Nur Masmera Dalina telah dianugerahkan Anugerah Rektor atas kecemerlangannya yang tidak hanya terhad kepada bidang akademik tetapi juga aktif dalam kokurikulum.
Siti Nur Masmera Dalina juga merupakan contoh teladan kepada pelajar lain dengan penglibatannya yang aktif dalam pelbagai program universiti dan pencapaian akademik yang konsisten.
Sementara itu Rektor UC TATI, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, beliau turut memuji keberanian dan semangat kedua-dua kembar tersebut.
“Mereka adalah contoh terbaik kepada semua pelajar bahawa kejayaan bukanlah semata-mata bergantung kepada keadaan asal kita tetapi kepada usaha dan komitmen yang kita tunjukkan,” ujarnya.
Sejak mendirikan rumahtangga, selebriti terkenal Noor Neelofa telah mengurangkan aktiviti seninya dan banyak fokus pada perniagaan yang diusahakan bersama suami, PU Riz.
Neelofa juga lebih banyak tampil dalam program yang berkaitan ilmu dan talk.
Walaupun sudah mengecapi pelbagai kejayaan dan pencapaian serta dilihat semakin maju dalam menguruskan perniagaannya namun Neelofa mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk menjadi seorang guru yang boleh mengajar mengaji.
“Alhamdulillah okay, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi, impian-impian tu tapi yang tak tercapai lagi (kalau) pekerjaan yang saya nak buatlah.”
“Sebab kan ada hadis cakap, ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar dan mengajar (ilmu al-Quran).”
“Dan saya nak lah reti belajar mengaji dan ajar mengaji pula, hah macamtu. Itu impian saya lah kan.”
Tambah Neelofa lagi, dia tidak kisah sekiranya hanya berpeluang untuk mengajar beberapa orang sahaja asalkan impiannya itu tercapai.
Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar beberapa orang pun cukuplah sekadar memenuhi impian itu.
Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji jadi, doa-doakanlah.
Dalam pada itu, suami kepada Neelofa, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berpendapat bahawa kesemua impian isteri tercintanya itu sudah pun tercapai kecuali impian untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai perihal agama.
Semoga segala peribadi mulia yang ditunjukkan oleh Neelofa dan suami akan dijadikan contoh untuk masyarakat.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.