Ramai orang gemar makan ayam goreng. Biasanya kita akan hanya gaul dengan garam dan kunyit dah siap untuk masak ayam goreng.

Namun, selain cara yang mudah itu, ada cara untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi.

Dengan canpuran beberapa ulas bawang putih, cili kering, halia, serbuk kari, lada sulah dan digaulkan bersama garam , pasti rasa kelainan. Nak masak terus pun boleh tapi jika perap sekejap memang rasa campuran adunan rempah tadi. Rasa memang ala ayam kedai mamak.

Nak buat ayam rangup ala-ala ayam KFC, guna bahan tepung jagung dan gandum serta daun kari dan telur. Memang krup krap rangup. Makan begitu aje tanpa nasi pun dah sedap.

Nak tahu lanjut cara resipi ini, ikuti perkongsian puan Bella Shabuddin berkongsi resipi Ayam Goreng Kari.

IKLAN

RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH
Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak share resepi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan

Ayam Goreng Kari Rangup Krup Krap. Aroma Memang Superb!

IKLAN

1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum

Cara-cara

Ayam Goreng Kari Rangup Krup Krap. Aroma Memang Superb!

IKLAN

Ayam Goreng Kari Rangup Krup Krap. Aroma Memang Superb!

2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba!

Sumber: Bella Shabuddin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI