Resepi Ayam Masak Cili Kering Ala-Ala Chinese Muslim Style. Simple, tapi rasa sama level dengan makan dekat kedai.
Enak, mudah dan sangat enak. Sesuai disajikan buat keluarga. Jom ibu-ibu cuba buat hari ini. CARA MEMASAK: 1. Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
2. Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak. 3. Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing. 4. Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah. 5. Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam. 6. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam 7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memikirkan cara bagaimana untuk menambah sumber pendapatan jika anda seorang yang kreatif menggubah dan menghasilkan pelbagai jenis bunga hiasan, apa kata pelbagaikan lagi kemahiran anda dengan mengetahui cara untuk membuat adunan bunga sabun.
Diakui bunga sabun bukan sahaja nampak cantik malah berbau wangi dan bila diletakan sebagai penyeri ruang, turut berfungsi sebagai pewangi udara. Pasti ramai menyukainya!
Untuk itu, di sini dikongsikan resipi untuk hasilkan adunan bunga sabun daripada Hamidah Uda Ahmad. Selamat mencuba!
cexdah nak share resepi doh sabun yang cexdah baru cuba petang tadi.. sesiapa yang teringin nak cuba buat bunga sabun boleh ambik resepi cexdah ni.. cexdah halalkan..
Tak sangka resepi ni simple aje tapi best sangat, doh nya lembut senang nak bentukkan kelopak , tak melekat.. memang best tau..
cexdah Google jer resepi ni kat youtube.. korang jangan susah-susah lagi nak cari resepi kat tempat lain, cexdah kesian kat kawan-kawan yang tak ada duit nak beli resepi.. ada yang jual agak mahal juga, so ambik jer resepi cexdah:
Aaisyah Dhia Rana, Siapa yang tak kenal dengan si kecil yang cantik molek ini. Persis seorang puteri, wajahnya yang ditata rias baru-baru ini membuatkan ramai terpaku.Bukan tidak pernah anak perempuan kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini memakai mekap, namun kali ini tampilannya cukup berbeza. Rupa-rupanya itu adalah untuk sambutan hari lahirnya yang ke tujuh tahun.7 taun 7 bday kek ! pengsan mak hang 😝 @aaisyahdhiarana111.
Itu kapsyen yang dimuat naik Che Ta bersempena hari kelahiran anak perempuannya semalam.
Perkongsian tersebut dimuat naik beserta beberapa keping gambar anaknya serta kek yang diperoleh pada majlis sambutan hari lahir Aaisyah yang bertemakan biru pink.
Rata-rata warga maya terhibur dengan perkongsian Che Ta mengenai permintaan anak perempuan tunggalnya itu.
Kudapan rempeyek memang enak dimakan ketika waktu santai sama ada minum petang atau malam. Jika makan, tentu nak lagi!
Jika asyik beli je, apa kata kali ni buat pula. Ikuti perkongsian wanita ini menerusi facebooknya RJ Ibrahim yang telah mendapat share lebih 19K.
Ikuti perkongsiannya.
Jom buat Rempeyek..sudah dua hari berturut2 buat ni untuk anak2..yg tinggal bekas je..kudap2 musim pkp Resepi
Tepung Beras 2 cwn- cap teratai
Telor sebiji
Santan setengah kotak-kecil
Bwg putih 2 ulas-tumbuk
Jintan manis sesudu kecil -tumbuk
Jintan putih sesudu kecil -tumbuk
Bilis-tumbuk sikit
Bilis dan kacang tanah utk tabur – kcg tak pyh sangai tak pyh jemur
Air 2 cawan – agak2 lah
Garam
*kalau nk rasa pedas sikit bubuhlah sesudu cili kering blend
*Mak-mak kita dulu buh kapur mkn sikit utk rangup tapi tak pyh..inipun dah rangup krup krap
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.