Musim cuti sekolah ini mula lah anak-anak buat permintaan menu istimewa dan kalau boleh berbeza daripada makanan yang biasa dimakan. Maklumlah pada hari-hari biasa bila semua sibuk, menu yang serba ringkas sahaja yang boleh disediakan dan yang menjadi kelaziman.
Jadi alang-alang semua anak-anak ada dirumah dan sebagai meraikan selera keluarga untuk memberi kelainan dalam penyediaan menu. Apa kata anda cuba sediakan menu Ayam Ungkep ini yang tidak rumit untuk disediakan.
Bahkan menu ini rupanya paling senang dibuat seperti mana yang dikongsikan oleh Che Eda ni. Bahan-bahan yang digunakan hanya perlu ditumbuk kemudian ‘campak-campak’ dalam kuali dan siap!
Resipi Ayam Ungkep
Bahan-bahan:
Ads
Serai 2 Batang -Titik
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari) – tumbuk
Cili padi (ikut citarasa) Saya suka pedas sikit – tumbuk
Ketumbar peket Kecik -rendam dulu supaya senang tumbuk (Tapi kan aida tak ada yang biji.. Tak perasan pula sudah habis jadi saya pakai yang serbuk la) – tumbuk
Kunyit serbuk 1 sudu (yang ni nak bagi warna ja kalau warna dari kunyit hidup tak cukup. Kalau cukup ok tak perlu letak dah)
Asam Jawa 1 sudu makan
Gula dan garam secukup rasa
Ads
Cara-cara
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tutup Periuk hingga ayam masak.
3.Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan kuah memekat dan siap.
Peribahasa ada mengatakan ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ dan itulah yang paling tepat untuk menggambarkan betapa dua sahabat baik ini berusaha gigih membuka gerai ‘Pulut & Kopi’ untuk mencari duit poket dan sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (master).
Bertemankan dengan sebuah van usang dan sekaki payung, dua wanita ini yang dikenali sebagai Nor Fazrina Fazrin Hassan, 27, dan Iffah Irdina, 25 memulakan bisnes yang dahulunya bermula dari rumah kini perniagaan mereka semakin di kenali ramai malah menjadi sebut-sebutan.
Difahamkan dua sahabat ini saling bersahabat baik ketika masing-masing menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Selepas tamat degree pada tahun 2019, mereka mula menjual pulut serta rendang secara online. Mereka juga lakukan COD (cash on delivery) kepada pelanggannya.
Memetik cerita yang dikongsikan bersama mStar disebalik pembukaan gerai mereka, nyata punya kisah yang cukup memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lainnya.
“Bila nak sambung master, kami teruskan bisnes ini…susah juga kalau belajar dan bekerja dengan mana-mana company sebab terikat. Lebih mudah jika bekerja sendiri sebab kita boleh manage masa sendiri.
“Bermula Fabruari 2021, kami beranikan diri buka gerai kecil tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang sehingga sekarang. Konsep yang kami ketengahkan adalah ‘old school’ untuk tampilkan kelainan,” jelas Iffad Irdina atau lebih mesra disapa Irdina.
Beli Van Usang RM200
Menurut Irdina lagi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi mereka pada peringkat awal pembukaan gerai tersebut sebelum berada pada tahap sekarang.
“Mula-mula lagi kami sudah berdepan cabaran, kami naik motor je COD kepada pelanggan. Kemudian bila nak buka gerai, kami ragu-ragu juga. Boleh ke orang terima kombunasi pulut dan kopi. Tapi kami tekadkan juga.
“Kami beli van usang dari jiran dengan harga RM200 secara tunai hasil berniaga. Kami belanjakan RM600 untuk baiki sebab van tu dah tak bergerak tiga tahun. Kemudian beli payung putih untuk kenakan dengan konsep yang kami ketengahkan.
“Bila dah buka gerai, cabaran seterusnya adalah macam mana nak trik pelanggan. Ambil masa juga sebelum dapat sambutan. Kami bekerja keras buat marketing sendiri di media sosial.
“Dan kalau sebut gerai tepi jalan, sudah tentu cabaran utama adalah cuaca. Pernah juga pulut yang dijual tak sempat habis kerana hujan,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Statistik.
Resipi Dari Ibu, 5 Bulan Belajar Masak
Apabila diajukan soalan berkenaan menu yang dijual di gerai Pulut & Kopi, ternyata ada tiga menu iaitu pulut rendang ayam kuning, pulut rendang daging hitam dan pulut balado bilis petai serta 16 jenis air kopi yang enak.
“Pulut kami masak sendiri di rumah. Resipi dari ibu saya. Kami bermula dengan kosong dan dalam tempoh lima bulan belajar masak pulut. Sekarang menanal lima kg pulut setiap hari dan 10 kg pada hari minggu.
“Rutin kami bermula seawal jam 4 pagi. Selepas selesai masak, kami akan buka gerai dan tutup sekitar 3 petang. Waktu malam pula kami kena masuk kelas. Sememangnya agak meletihkan tapi kamu puas.
“Lebih-lebih lagi bila dapat sambutan, orang ramai boleh terima kombinasi pulut dan kopi. Paling terharu, ada yang sanggup datang dari jauh seperti Melaka, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya untuk merasai menu di gerai Pulut & Kopi kami,”ujar Fazrin yang merupakan penuntut jurusan Media Baru dan Visual.
Perancangan Masa Depan
Setelah setahun berniaga tepi jalan, impian mereka untuk membuka sebuah café bakal direalisasikan tidak lama lagi.
“InsyaAllah tahun ini kami akan buka café yang terletak di Bandar Teknologi Kajang.
“Buar orang muda di luar sana yang ingin menceburi bisnes, kami sarankan cuba sahaja dan kena berani. Paling penting cuba jadi kreatif, cari kelainan. Kalau sama susah juga sebab ada persaigan. Dan yakin dengan konsep yang diketengahkan,” ujar mereka lagi.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Memang sedap dan mudah nak buat kek batik versi biskut ni. Patutlah ramai yang share.
Ikuti perkongsian puan Tuan Adriana Arissa cara membuat dan resepi kek batik viralnya ini. Selamat mencuba!
Ok ni resepi sekali lagi saya share mana yang baru nak buat or terlepas post sebelum ni.
Resepi Kek Batik Melting versi Biskut Lembut macam kek
Bahan kek batik
600g bskt marie (patah2kan)
200g butter
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan air masak
2 biji telur
Esen vanila
Bahan2 topping@ganache
100g milk compound
100g dark compound
(sis guna beryls)
200ml whipping cream
1 sdb butter
1 sudu besar golden syrup (optional)
1sdk hazelnut paste (tips nak bagi choc sedap mcm cadbury)
✅Double boil semua bahan topping atau nak senang masukkan dalam microwave. Ketepikan. Biarkan sejuk sekejap.
1. Masak butter smp cair, masak kek batik guna api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
2. Masukkan pula milo dan serbuk koko. Kacau cepat2 tkt berketul.
3. Next masukkan telur, kacau dl bg rata dan baru masukkan air. Kacau sebati biar sekata.
4. Last skali masukkan biskut. Kacau rata bg smua bskt bersalut coklat.
Boleh tutup api.
5. Terus masukkan smua ke dalam loyang saiz 10inci (alas plastik bg bskt x melekat dan seng tarik keluar) dan tekan2 padat.
6. Tuang choc ganache melting dan simpan chiller selama 4jam atau lebih sebelum di potong.
7. Keluarkan kek dan biarkan suhu bilik sekejap bagi kek lembut sebelum senang untuk dipotong.
***Tips nak bagi potongan cantik. Pisau yang nak guna utk potong kek batik hendaklah dicelup air panas atau lap dengan tisu setiap kali nak potong. Barulah potongan cantik dan kemas. Tak comot. Nak makan pon sedap je kan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Paling tak sabar kalau kat dapur semestinya nak menunggu bahan basah mencair atau defrost untuk dimasak. Lebih-lebih lagi ayam atau daging yang perlu mengambil tempoh masa yang lama untuk cair. Oleh itu, ramai yang ambil beberapa kaedah untuk mencairkan bahan tersebut, salah satunya meletakkan bahan mentah di luar melebihi 4 jam!
Tapi, tahukah anda kaedah sebegitu boleh menjadi punca untuk keluarga anda menghadapi risiko keracunan makanan? Jom ikuti perkongsian dari Puan Shahida Zahira ini yang berkongsi kaedah lain yang selalu digunakan tetapi kurang betul dan turut berkongsi kaedah sebenar untuk mencairkan ayam atau daging yang beku.
Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan
Mungkin ada dalam kalangan mommies yang meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak.
Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, daging dan ayam mentah jika dibiar lama di luar adalah syurga buat kuman dan bakteria berkumpul sekali gus akibatkan keracunan.
Menerusi perkongsian video tersebut, terdapat beberapa kaedah yang kurang baik digunakan untuk mencairkan daging atau ayam yang beku. Antaranya ialah:
– Letak diluar seharian untuk cairkan ayam yang beku.
– Curahkan air panas untuk cepat cair
– Masak dalam slow cooker
So apa yang mommies boleh buat?
– Letakkan daging atau ayam beku di ruangan peti sejuk (bukan beku), ‘chiller’ seharian.
– Rendamkan dalam air pili yang bersih.
– Guna fungsi ‘defrost’ ketuhar gelombang mikro.
– Guna periuk tekanan tinggi.
Meninjau di ruangan komen, ada yang terkejut dnegan kaedah yang digunakan selama ini salah. malah, ada juga yang berkongsi info berapa lama masa yang diambil untuk defrost dengan cara lalukan air di bahan mentah.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...