Selebriti popular Neelofa teruja menerima hadiah istimewa DIOR daripada anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Iman Afzan.
Perkongsian tersebut dimuatnaik isteri kesayangan PU Riz menerusi InstaStorynya. Antara hadiah tersebut adalah barangan bayi berjenama mewah sebelum dikongsi semula di akaun Instagram peminatnya @lofa.page baru-baru ini.
Menerusi kad ucapan, Puteri Iman menitipkan kata-kata positif kepada bekas pengacara meletup yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
“Moga semua yang terbaik untuk fasa seterusnya dalam kehidupan awak. Ia adalah fasa paling menyeronokkan! Awak akan menjadi ibu yang hebat.
Ads
“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan ‘baby’. Harap awak suka dengan pemberian kecil ini,” tulis puteri sulung Agong itu.
Pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu dilihat menutup satu perkataan tertulis dalam kad tersebut sekali gus mengundang peminatnya untuk berteka-teki mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan.
Teruja melihat pemberian keluarga diraja itu, rata-rata menganggap hadiah tersebut sebagai rezeki anak buat keluarga kecil Neelofa.
Dalam pada itu, ramai meneka jantina bayi tersebut adalah lelaki, namun sehingga kini empunya masih berdiam diri dan enggan mengumumkan dengan lebih lanjut tentang status kehamilannya.
Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan. Walaupun anak sudah ramai dan semakin matang, ini tidak bermakna, kemanisan rumahtangga dibiarkan berlalu pergi.
Biarpun usia perkahwinan makin bertambah, tetapi hubungan dengan pasangan semakin intim. Kepada suami, selami rahsia isteri anda untuk memastikan alam perkahwinan makin intim. Isteri jangan lupa tag pasangan anda, biar suami tahu inilah rahsia wanita.
Ini Beberapa Tips Mencapai Bahagia 1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas.
Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’.
Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan.
Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami.
Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri.
Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus.
Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah.
Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja.
Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.
8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.
9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.
10) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja.
Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya.
Semoga tip ini menjadi panduan agar hubungan semakin intim dan sweet!
Anak-anak ‘larang’ Hisyam Hamid bercinta lagi,”Mereka tak mahu mama baru.” Pelakon, Hisyam Hamid, 40, ‘ditegah’ anak-anaknya daripada bercinta dan perkara itu juga pernah diluahkan anak-anaknya kepada nenek mereka yang juga ibu Hisyam.
Hisyam berkata, buat masa sekarang dia sangat selesa dengan kehidupan saya. Anak-anak saya pun cakap, mereka tak nak ibu baru.
“Saya tak pernah buka topik ini kepada anak-anak. Tapi, mak saya ada tanya dan cakap kepada mereka, ‘tak baik, ayah masih muda.
“Tapi, mereka masih bertegas dan katakan tidak. Namun, tak tahulah kalau esok lusa mereka berubah fikiran,” katanya.
Menurut pelakon kelahiran Singapura itu lagi, dia bahagia dengan kehidupannya sekarang berbanding setahun lalu.
“Saya rasa saya bahagia dan berada dalam satu keadaan lebih selesa berbanding setahun lalu.
“Kalau jodoh ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur. Saya okay saja. Jauh sekali daripada terdesak,” katanya.
Ditanya mengenai gosip hubungan cinta antara dia dengan seorang penerbit, Hisyam menafikannya dan menganggap itu adalah perkara yang akan muncul memandangkan statusnya kini sebagai duda.
“Kalau cerita mengenai saya bercinta dengan seorang penerbit itu, boleh saya katakan ia tidak benar.
“Saya rasa, itu adalah satu perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang (duda). Kalau dulu, saya sering membawa bersama orang rumah ke mana-mana.
“Jadi, saya selamat dan orang tak boleh bercakap apa-apa. Sekarang ini, saya tak bawa sesiapa.
“Mungkin bila orang tengok saya baik atau rapat dengan sesiapa, mereka anggap saya sedang bercinta dengan orang itu,” katanya.
Pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.