Bergelar ibu bapa ni sebenarnya bukan mudah. Bukan hanya menyediakan keperluan harian dan pembelajarannya tetapi kena tahu cara mengendalikan emosinya.

Jika salah pendekatan emosi, akan memberi kesan jangka masa panjang kepada kehidupannya kelak.

Begitulah peringatan yang dikongsi oleh ustazah ini menerusi facebooknya.

_________________________________

Pesanan penting untuk ibu ayah

Segala puji bagi Allah

IKLAN

1. Bila anak degil dan melawan cakap, usaplah ubun-ubun kepalanya dan baca dalam nada yang dapat didengari ” Ya Allah ajarilah aku mendidik anak ini.. Bantulah aku menjaga anak ini.. Tolonglah aku pimpin tangannya ke syurgaMu ya Allah” kemudian bawa telapak tangan ke dada anak dan sebut ” ya Latif 7x”

2. Anak yang mengamuk dan tantrum, tenangkan mereka dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas.

3. Jika anak gagal dalam hidupnya jangan dicari salah anak semata-mata tapi carilah petunjuk dan hidayah Allah. Dampingi Allah, merayu meratap pada Allah, banyakkan memuji Allah, sesungguhnya hanya dia pemilik mutlak hati anak kita. Serahkan pada Allah pasti ada sinar bahagia.

4. Anak yang penakut, lemah semangat dampingilah mereka, besarkan hatinya dengan kalimah ” Ya ‘Aziz, ya Jabbar, ya Mutakabbir” letakkan tangan ibu ayah di dada anak.

IKLAN

5. Anak yang pandai jangan dirajai, jangan juga dipuja puji agar kelak kita tetap dihormati. Bangunkan jiwanya, biar berkeperibadian tinggi kerana itu yang kita cari untuk bekal akhirat nanti.

6. Anak yang lemah jangan di banding-bandingkan kerana makin lemah dan rendah diri. Tiupkan semangat dan motivasi, agar tetap rajin dan percaya diri.

7. Anak yang kasar pekerti, sentuh jiwanya dengan perasaan redha dan restui. Hati yang panas jangan dimarahi kerana makin marak membakar diri. Sedekahkan pada rohnya setiap kali waktu malam dengan ayat2 suci.

IKLAN

8. Anak yang baik dan lemah lembut, berilah kepercayaan, kasih sayang dan perhatian kerana jiwa yang kosong akan mengubah manusia yang baik menjadi sebaliknya. Pupuklah biar bertambah baik supaya mereka merasa baik itu Allah suka dan Allah sayang.

9. Terimalah hobi dan kesukaan anak seadanya selagi ia tidak merosakkan diri dan akidah. Jangan perlekehkan minat dan kecenderungan mereka kerana akan timbul perasaan benci dan dendam di hati. Sambil kita memberi, doa dalam hati agar anak kita Allah berkati perjalanan hidupnya.

10. Bila anak2 kita semuanya cantik, cemerlang, hebat, kaya dan jadi orang terkenal banyakkan ucapan alhamdulillah, kerana semua yang ada hanyalah sementara termasuk juga diri kita. Sandarkan pada Allah, sentiasa berhati-hati bila mengeluarkan kata, takut menjadi asbab kita dihumban ke neraka Allah.

Selalu lakukan sujud syukur.. Hari-hari lagi baik kerana Allah akan menambah nikmat, rahmat dan berkat kepada hambaNya yang tidak henti bersyukur.

Sumber: Aminah Mat Yusoff

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI