Semalam Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin telah membuat pengumuman tentang pembukaan semula sekolah sesi persekolahan bagi murid-murid kelas peperiksaan awam iaitu pada Rabu, 24 Jun 2020.
Di samping itu, beliau turut memberikan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah sebagai gambaran awal tentang pergerakan di sekolah nanti terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM, SVM, STAM dan peperiksaaan antarabangsa.
Bagi yang terlepas untuk mengetahui maklumat tentang garis panduan tersebut, ini point penting yang semua pihak perlu tahu terutamanya anak-anak dan praktikkan nanti. Selamat pulang ke sekolah!
Berikut adalah gambaran awal gambaran awal pergerakan di sekolah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah:
1. Apabila murid sampai di sekolah, guru-guru bertugas akan memeriksa suhu badan mereka di pintu masuk sekolah. Pemeriksaan suhu badan juga akan dibuat kepada guru, warga sekolah dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah.
2. Sesiapa yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celsius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
3. Setelah pemeriksaan suhu badan dibuat, murid perlu mengikut laluan pergerakan terarah yang telah ditetapkan untuk menuju ke kelas masing-masing.
Ads
4. Sewaktu di sekolah, murid akan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap. Contohnya, apabila murid tiba di sekolah, pada waktu rehat dan sebelum meninggalkan sekolah.
5. Di dalam kelas nanti, meja-meja disusun pada jarak satu (1) meter. Secara umumnya, kapasiti maksimum untuk sebuah kelas dengan mengambil kira penjarakkan sosial adalah tidak melebihi 20 murid. Namun, untuk ruang yang lebih besar seperti dewan sekolah, kapasiti tentunya lebih tinggi.
6. Bagaimana pula keadaannya pada waktu rehat? Tentunya ibu bapa membayangkan anak-anak bersesak-sesak di kantin. Jangan risau, waktu rehat adalah secara berperingkat.
7. Di kantin nanti, makanan dan minuman akan siap dibungkus. Murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin. Murid akan makan di dalam kelas masing-masing di bawah pengawasan guru.
8. Ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka.
Ads
9. Selain daripada pengawasan guru di sekolah, kami mohon jasa baik ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mengamalkan penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri pada setiap masa.
10. Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk berganding bahu bersama pihak sekolah dalam membuat persiapan sebelum sekolah dibuka dan juga semasa sekolah beroperasi.
11. Aktiviti di luar bilik darjah, seperti sukan dan kokurikulum secara bersemuka tidak dilaksanakan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Begitu juga dengan perhimpunan sekolah.
12. Bagaimana pula keadaannya di asrama? Di peringkat permulaan ini, hanya murid kelas peperiksaan awam sahaja yang akan ke asrama.
Ads
13. Dalam bilik asrama, katil-katil disusun pada jarak satu (1) meter. Bilangan katil bagi setiap bilik adalah bergantung kepada keluasan bilik.
14. Selain itu, penggiliran waktu makan akan dilaksanakan mengikut bilangan murid. Susunan meja di dewan makan akan turut mengambil kira keperluan penjarakan sosial.
15. Garis Panduan ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan nasihat KKM mengikut keperluan dan kesesuaian.
Terdahulu, Mohd Radzi sebelum ini memaklumkan bahawa pembukaan sesi persekolahan itu akan dibuat dua minggu lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan ibu bapa dan pelajar.
Sekolah akan dibuka dengan mengamalkan normal baharu khususnya jumlah pelajar setiap kelas yang akan dikurangkan bagi membolehkan penjarakkan sosial diamalkan.
SUMBER : Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ramai yang mencari petua simpan bunga kantan. Maklumlah fdalam masakan Tradisional Melayu bunga kantan antara bahan yang selalu kita guna dalam masakan. Ia diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya.
Apabila tiba musim perayaan untuk mendapatkan sebatang bunga kantan memang susah. Harganya memang mahal.
Menarik dengan perkongsian oleh Dunia Hanya Sementara Fy, menyediakan cara untuk menyimpan bunga kantan dalam tempoh yang lama. Malah, ia boleh bertahan sehingga enam bulan. Masih kekal segar dan bunga tidak kecut.
Ini petuanya:
Bahan:
Bunga kantan
Plastik
Air Masak
Cara penyediaan:
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan sehingga bersih.
2.Potong ikut suka kita. Potong dua pun boleh.
3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut
4.Letak air masak dalam bunga kantan tersebut. Nanti senang boleh masukkan terus dalam masakan.
5. Kemudian bolehlah di simpan dalam frezer atau peti sejuk beku.
6. Letak untuk sekali masak. Mudahkan kerja. Boleh terus masuk dalam masakan. Jadi boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu
Pelajar KPTM dan pelajar Madrasah Tahfiz dipilih sebagai imam tarawih sepanjang Ramadan. Dua pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Ipoh yang mengikuti program Pemerkasaan Huffaz telah terpilih untuk berkhidmat sebagai imam solat tarawih di sekitar Ipoh sepanjang bulan Ramadan ini.
Pelajar KPTM Dan Pelajar Madrasah Tahfiz Dipilih Sebagai Imam Tarawih Sepanjang Ramadan
Salah seorang pelajar, Mohammed Hanef Hafizuddin, 21, yang mengikuti pengajian Diploma Reka Bentuk Permainan (Game Design), berkongsi pengalaman lapan tahunnya sebagai imam jemputan memberi kelebihan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab mengetuai jemaah di Masjid Al-Ijtimaaiah, Taman Sri Kurau, Bercham. Dia akan berkhidmat di masjid tersebut pada dua minggu terakhir Ramadan.
Cabaran Dan Pengalaman Sebagai Imam
Menurut Mohammed Hanef, cabaran menjadi imam tidak begitu besar baginya kerana dia sudah berpengalaman mengimamkan solat tarawih sejak usia 13 tahun di sekitar Selangor.
“Jika ada cabaran pun, ia lebih kepada memenuhi kehendak jemaah sama ada mahu menunaikan solat sunat lapan rakaat atau 20 rakaat. Dari segi bacaan, saya lebih menumpukan kepada sebutan yang jelas dan tartil berbanding penggunaan taranum yang berlebihan. Jika berpeluang, saya akan membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk 10,” katanya.
Mengenai bayaran, bekas pelajar tahfiz itu memaklumkan pihak masjid menyediakan bayaran sekitar RM1,000 bagi tempoh dua minggu perkhidmatannya.
“Itu adalah kadar biasa yang diterima oleh imam muda, dan paling tinggi pun sekitar RM2,000 kerana saya masih bergelar pelajar,” tambahnya.
Peluang Berkhidmat Dan Mengumpul Pahala
Sementara itu, Muhammad Amar Anas Muhd Isham, 19, yang mengikuti Diploma Bisnes Digital di KPTM, menganggap peluang menjadi imam muda tarawih sebagai satu cara untuk menambah pahala ibadah sepanjang Ramadan.
“Ini pengalaman pertama saya. Sudah tentu ada rasa gementar kerana mengetuai jemaah yang lebih berpengalaman berbeza dengan menjadi imam dalam kalangan rakan-rakan di sekolah tahfiz sebelum ini,” katanya.
Beliau merancang untuk membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk tujuh sepanjang tempoh 15 hari Ramadan dengan memberi penekanan kepada bacaan yang jelas dari segi taranum dan tajwid.
Muhammad Amar turut menerima bayaran sekitar RM1,000 dan menganggap pengalaman ini sebagai satu bentuk khidmat kepada masyarakat.
Persediaan Rapi Khatam Lebih 30 Kali
Di Senawang, seorang lagi pelajar Madrasah Tahfiz Khoirul Anam, Mohd Yasin Ibramsa, 16, turut terpilih menjadi imam tarawih di Surau Insaniah, Taman Bandar Senawang.
Mohd Yasin (kiri) mengikuti hafazan 10 juzuk setiap hari sebagai persiapan menjadi imam tarawih.
Beliau membuat persiapan dengan menghafaz 10 juzuk setiap hari dari Subuh hingga Asar dan telah khatam al-Quran lebih 30 kali pada bulan Syaaban lalu.
“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya. Pihak madrasah memberi kepercayaan kepada saya untuk menimba pengalaman agar hafazan yang dilakukan di madrasah dapat dipraktikkan di luar,” katanya.
Mengenai upah, beliau menjelaskan bahawa imam yang baru dilantik biasanya menerima wang sagu hati sekitar RM2,000 untuk sebulan.
“Namun, jumlah upah bukan ukuran kerana diberi kepercayaan menjadi imam buat pertama kali adalah lebih berharga,” tambahnya.
Umum mengetahui akan keberadaan Dayah Bakar di samping suaminya di Australia. Pengacara dan penyanyi ini mengambil keputusan untuk berada di samping suaminya selepas setahun berpisah dek kerana tuntutan kerja suaminya.
Dayah juga tidak lokek untuk berkongsi video serta gambar sepanjang bersama suami dan anak lelakinya di sana.
Dalam pada itu, timbul persoalan daripada warganet akan situasinya yang dilihat tidak memakai pelitup muka walaupun berada di tempat awam.
Menjelaskan situasi tersebut, Dayah memuat naik satu video pendek sekaligus merungkai pertanyaan ramai tentang hal tersebut.
Assalamualaikum semua . Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day . Bila Dayah di sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah” Looks like a painting but it’s real 😍
Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask , but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu .( walaupun 0 case , reminder is everywhere ) I hope this explains ! 😊
P/s : This is also the first time bawa @joie_malaysia Versatrex keluar , and it’s amazing how sturdy it is . Naik atas grass, permukaan tak rata , bukit , semua steady je ! 🙌🏻
Rata-rata bukan sahaja berpuas hati dengan penjelasan Dayah, bahkan turut excited dengan keindahan tempat tersebut.
Terima kasih jawab soalan
fara.hnni Thankyou for answering my question. Oh i see😘😍
haslindahamdani Thanks for sharing dayah..i miss canberra so much.😍
n_nurgayaBestnya x dak covid.. kami kt malaysia ni dah x selamat rasa.. nk keluar pn taku.. 😭😭😭😭
abbiey09Bestnya..rindu nk jln2 mcm dlu tanpa pakai mask
Rindu nak jalan-jalan
terebanmixCantiknya…. tenangnya.. thanks for sharing Dayah .. need more of beautiful scenery sana.. rindu nak jalan2 nih
kak_ha65Alhamdulillah..enjoy it while time/Allah permits, dear…what a beautiful & serene view(including the people in it!) Thank you for sharing!😍😍👍👍
Bestnya tak payah pakai mask
farahnadia.hMasyaallah. Cantiknya. Bestnya tak yah pakai² mask. Rindu saat² kita bebas dari covid19. Dayah take care tau. Happy for u dapat reunite kat sana
zila_zila_qiaraBest nya blh kelur tnpa facemask .tp apa pun dyah family sentiasa jga diri .jga sop ok ….❤️❤️