Soal keselamatan di bilik air, ramai orang mengambil mudah kerana kurang memikirkan risikonya. Bukan hanya orang dewasa, bahkan kanak-kanak sendiri mudah terdedah dengan risiko kemalangan di dalam bilik air walaupun dipantau oleh penjaga.
Kemalangan yang berlaku di bilik air sebenarnya cukup merisaukan. Malah kajian membuktikan kemalangan berlaku di bilik air merupakan kedua tertinggi selepas dapur. Jadi sebagai mak ayah kita kenalah lebih prihatin terhadap anak-anak. Jangan sesekali
biarkan mereka bersendirian di bilik air.
Walaupun mereka sudah besar dan boleh berdikari sendiri, namun ada banyak perkara yang tak terjangka dek kita boleh berlaku dengan mudah. Ini anda antara panduan keselamatan di bilik air yang dikongsikan oleh blog anizyn.blogspot.my.
1. Utamakan keselamatan anak-anak. Perkara penting kena buat adalah menggunakan pelapik getah di dalam bilik air bagi elakkan lantai licin.
2. Jangan memasang lampu jenis boleh ubah suai atau gantung di bilik air kerana dikhuatiri terkena percikan air.
3. Jauhkan bekas sabun atau alatan mandi lain daripada dicapai oleh anak-anak kecil.
Ads
4. Jika mahu memasang lampu di bilik air, pastikan tangan kering. Seeloknya pasang mentol bersama penebat kerana bukan saja menutup bahagian logam tetapi melindungi mentol.
5. Elakkan hiasan jenis bergantung yang menarik perhatian anak-anak untuk bermain.
6. Jangan sesekali menggunakan pencahayaan suram dalam bilik mandi bagi mengelakkan kemalangan akibat kurang cahaya.
Ads
7. Jauhkan punca elektrik daripada sumber air.
8. Pasang lampu kecil dalam kabinet menyimpan peralatan membersih diri bagi mengelakkan daripada tersalah ambil terutama malam hari.
9. Pisahkan ruang kering yang merangkumi kabinet menyimpan peralatan mandi, sinki dan tandas dengan ruang basah menempatkan tempat mandi dan rak tuala bagi mengurangkan risiko tergelincir.
10. Letak alas kaki di luar dan dalam bilik air bagi mengelakkan tergelincir jika keluar dengan kaki yang masih basah.
Ads
11. Jika lantai dalam bilik air berkemasan licin, gunakan pelapik getah yang membenarkan laluan air sebagai pelapik lantai.
12. Pastikan lantai bilik air kering terutama selepas digunakan bagi mengelakkan orang yang bakal menggunakan tergelincir.
13. Jika menggunakan tirai sebagai pelindung tab, pastikan dimasukkan ke dalam tab ketika mandi supaya renjisan air mandi tidak mengalir ke lantai.
14. Sediakan bangku kecil terutama jika bilik air digunakan oleh kanak-kanak bagi meninggikan kedudukan mereka supaya dapat menggunakan sink dengan selesa.
15. Jika bilik air digunakan golongan tua, pastikan rel dipasang pada dinding bagi memudahkan mereka berpaut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini penuh dengan perkara yang berlaku secara ‘tiba-tiba’. Jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang menggembirakan pasti hati kita rasa bahagia. Namun bila perkara sedih menimpa, pastinya hal tersebut akan menguji kesabaran dan ketabahan diri dalam mengharunginya.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai isteri telah mempersiapkan diri untuk menempuh saat-saat tidak terduga? Sebagai contohnya, andai suami tidak lagi bekerja.
Melalui perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini diharap dapat menyalurkan motivasi dan inspirasi kepada wanita bergelar isteri. Jom semak perkongsian penuh daripadanya untuk manfaat bersama.
9 tip melalui situasi andai suamimu tidak lagi bekerja..
Wanita bersuami perlu bersedia, suami diberhentikan kerja, berhenti sukarela atau berhenti dengan persetujuan bersama. Isteri perlu bersedia hilangnya tempat bergantung saat suami kembali kepada Tuhannya.
Beberapa hari lepas, suami saya membawa berita yang tidak berapa baik. Namun, kami sudah bersedia. Dari dulu sentiasa bersedia. Tiada yang kekal di tangan kita.
Firman Allah azza wa jalla
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’am ayat 32
10 tahun lepas, apabila kami mendirikan rumah tangga, kami sudah merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan. Ia bukan yang indah-indah.
❌Tiada percutian mewah. ❌Tiada rumah mewah-mewah. Malah rumah pertama kami beli, kondominium berharga RM142k pada tahun 2010. Ia bersesuaian dengan kemampuan kami. ❌Tiada kereta mewah. Di saat rakan-rakan seperjuangan saya di satu syarikat kewangan dulu memprovokasi saya membeli Toyota Camry untuk impress pelanggan (sangat normal jika kerja begini, mereka suka impress pelanggan, tapi bukan saya), kami memilih Toyota Avanza yang sekarang masih ada sehingga kini. ❌Tiada 2 kereta. Kebanyakan orang yang bekerja akan perlukan 2 kereta terutamanya yang tempat kerja tiada pengangkutan awam yang baik. Kami masih bertahan dengan satu kereta, dan suami hanya naik motorsikal yang dibeli cash pada tahun 2015. ❌Tiada barangan branded. Ini memang tagline kami. Pilih yang paling murah dengan kualiti. Biasanya suami akan tukar kemeja dan seluar bundle setahun sekali dengan yang lebih baik. Kos tukar semua paling tinggi pun RM50 dapat hampir 10 pasang baju dan seluar, ikut harga. ❌Tiada baju branded juga buat anak-anak. ❌Tiada juga kasut dan hand bag branded. Apa yang ada pakai.
Tapi, jangan salah faham. Bukan kedekut. Bukan tidak mampu. Inilah namanya hidup 50% di bawah garis kemampuan.
Contoh, sekiranya anda mampu membayar kereta dengan installment RM1200, maka pilih kereta dengan installment RM600.
Habis. Itu strategi ikat perut. Jadi kemana duit jika asyik ikat perut?
1) Pendidikan anak-anak. Kami sentiasa memastikan kualiti. Bayar mahal tak apa, janji sesuai, bagus dan demi kebaikan anak-anak
2) Ibubapa
3) Simpanan
4) Pelaburan semula-Bisnes, hartanah, emas
Cukup dulu.
Kenapa saya cerita di atas, ini untuk kita betulkan mind setting. Hidup seadanya supaya berlaku sesuatu kita tidak terduduk lesu.
Tip ini, jika sudah diamalkan boleh teruskan, jika belum, mulakan untuk tahun-tahun seterusnya.
Tip 1 Kereta
Beli kereta berharga setahun gaji. Jadi kalau anda baru bekerja, kira. Gaji 3000×12=36,000. Beli kereta harga 36,000.
Kalau kahwin, tiba-tiba ada dua kereta, fikir apa nak buat dengan salah satu. Kereta ini bebanan. Bukan aset.
Tip 2 Rumah
Beli rumah 3 kali gaji tahunan. Kalau gaji 40000 setahun x 3= 120,000. Kalau bajet cukup beli rumah flat, beli sajalah. Ukur baju di badan sendiri.
Tip 3 Urus wang
Urus wang suami isteri, kena urus sama-sama. Bukan akaun awak, akaun awak, akaun saya, akaun saya.
Pastikan suami bayar semua kewajipan dan tanggungjawab dia sampai habis duit gaji dia (minta maaf, ini mesti suami ramai kecam), baru isteri masuk tolong. Top up mana yang tidak cukup. Ini supaya suami tidak salah faham dan lepaskan tanggungjawabnya kepada isteri. Kes begini saya biasa jumpa semasa saya jadi perunding kewangan. Suami culas.
Isteri pula jangan kedekut tahi hidung masin dengan suami. Kalau suami tidak cukup, bantulah. Begitulah saya buat. Dulu pendapatan saya 2 kali ganda suami. Saya bayar majoriti, tapi saya masuk lepas suami habis bahagikan duit untuk pembayaran tanggungannya. Bukan saya masuk dulu.
Dari situ suami saya sentiasa berazam mahu naik gaji, naik pangkat dan mahu memikul tanggungjawab kewangan. Sehingga saya boleh duduk di rumah dan buat bisnes. Suami masih jadi investor bisnes saya.
Tip 4
Tahu anda di didik dengan parenting bagaimana dan bagaimana anda parenting anak anda?
Sekiranya anda dari keluarga kelas pertengahan atau atasan yang banyak ibubapa manjakan, hati-hati anda mungkin tidak mampu survive tanpa anda meningkatkan survivaliti anda.
Ibubapa saya dari kelas B40, ibubapa susah. Saya susah dari kecil. Saya sudah bisnes dari kecil. Setiap sen sangat bernilai, jadi lebih mudah adjust dengan kegawatan dan kesusahan.
Jadi, biasakan anak-anak hidup susah. Bukan serba kekurangan makan sihat, pendidikan, tempat tinggal, tapi susahkan dari segi proses untuk mereka mendapatkan sesuatu. Perlu kerja, perlu berjualan, perlu bisnes supaya mereka faham susahnya cari duit.
Tip 5
Mulakan dari sekarang turunkan gaya hidup.
Sedikit-sedikit buang lifestyle, ambil yang perlu saja. Apakah lifestyle? Hobi mahal yang perlu kos, entertainment, percutian dan sebagainya sehingga anda dapat mengumpul satu amount kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dana kecemasan.
Kemudian, tambah lagi kepada 6 bulan. Kemudian hiduplah macam biasa dan tidak berlebih-lebihan.
Tip 6
Mula tambah pendapatan dengan bisnes. Tiada cara lain memang perlu bisnes. Juallah apa saja dengan modal kurang dari RM2000. Lagi kecil lagi baik. Untuk orang yang tidak pernah bisnes, jika salah langkah terbakar duit. Cari pengalaman.
Tip 7
Belajarlah. Menuntutlah. Membacalah. Itu saja membezakan orang yang tahu dan tidak tahu.
Tip 8
Hentikan alasan. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Dia bolehlah. Aku ni macam mana?
Semua kata-kata negatif, hentikan. Bertindak dengan satu langkah pertama.
Tip 9
Doa. Allah azza wa jalla seperti sangkaan hambaNya. Kita sangka baik, inshaAllah. Yang teruk, yang buruk, yang sengsara pun boleh diharungi.
Ya, saya mengingatkan diri saya. Dunia tidak pernah tidak memenatkan. Kita semua penat. Jadi ambillah seadanya. Jangan sampai lupa akhirat.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Shahz Jazle yang menimang cahaya mata ketiganya selepas isteri Nur Hanis Husna Mohd Nadzree selamat melahirkan bayi mereka.
Menerusi Instagramnya, Shahz Jaszle berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua malah meluahkan rasa syukurnya.
Menerusi hantaran tersebut, Shahz berkongsi perjalanan dirinya bersama isteri dari awal tiba di hospital sehinggalah melahirkan cahaya mata perempuan kedua dalam keluarga mereka.
“Syukur Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia baru sayangku, Aurora,” tulisnya.
Bayi perempuan comel yang diberi nama Aurora itu juga sudah semestinya menjadi pelengkap bahagia buat Shah Jazle dan isteri serta dua anak mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Shahz dan isteri atas kelahiran baharu mereka itu.
Sekadar info, Shahz dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Alana Jasmeen, 9, Ayden Jasreen, 7 dan terbaharu Aurora.
Musim hujan begini, pastinya tidak terlepas daripada demam dan selesema. Terutama bagi mereka yang mempunyai antibodi tak kuat. Jika anak-anak anda jenis yang sukar nak makan ubat, pasti ini mendatangkan masalah.
Susu kunyit salah satu kaedah tradisional yang dikongsikan oleh Sue Bertley menerusi laman facebooknya bagi menghilangkan batuk, selesema atau penyakit ringan lain terutama yang melibatkan saluran pernafasan. Mungkin kaedah ini sesuai untuk ibu-ibu praktikkan kepada anak-anak yang tak suka makan ubat.
Jom cuba:
Bahan- bahan:
2 cawan susu (susu segar, susu tepung atau susu Farm Fresh/GoodDay/ DutchLady)
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (optional)
Cara-cara:
Didihkan sedikit air dalam periuk.
Tumbuk isi kunyit hingga hancur dan perah jusnya.
Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu dan kacau hingga sedikit berbuih. Ambil sedikit serbuk Lada Hitam, masuk dalam susu tu.
Kacau seketika, kemudian, masukkan jus kunyit. Setelah sebati, tutup api.
Tip tambahan
Masukkan madu sebagai perasa
Langkah berjaga-jaga:
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.