Umumnya terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran. Tetapi ada beberapa variasi mainan murah tertentu berperanan dalam membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.
Ini diantara jenis mainan yang mak ayah perlu belikan untuk anak-anak di rumah. Wajib ada!
1. Blok dan mainan binaan
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
2. Mainan kanak-kanak susun gambar dan mainan penyelesaian masalah
Jigsaw puzzle atau susun gambar, sama seperti permainan blok dan lego, turut menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai cara.
Ads
Semasa kanak-kanak menyelesaikan game susun gambar, mereka sebenarnya sedang menggunakan:
* Kemahiran menyelesaikan masalah
* Koordinasi tangan-mata
* Kemahiran motor halus
* Pengecaman bentuk
* Ingatan
* Kemahiran kesedaran spatial dan banyak lagi
Kanak-kanak pada usia 2-3 tahun boleh melakukan yang terbaik dengan susun gambar 4-12 keping. Manakala kanak-kanak prasekolah akan seronok menyelesaikan puzzle yang lebih kompleks antara 12-20 keping atau lebih.
3. Playdough, slime & bola
Apabila anak bermain sebarang mainan budak melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan, ia meningkatkan koordinasi antara tangan serta mata dan kemahiran lain seperti menggenggam dan memegang.
Bermain playdough atau tanah liat, slime atau bola merupakan antara contoh mainan kanak-kanak yang melibatkan penggunaan kedua belah tangan.
Ads
4. Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Mainan kanak-kanak yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
Ads
5. Kit seni & kraf
Seni dan kraf merupakan antara mainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
6. Mainan muzikal
Seperti lagu, muzik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak yang membolehkan mereka membesar dan mengembangkan ingatan sambil meningkatkan kemahiran sosial.
Hadiahkan anak drum mainan dan lihatlah mereka berseronok mengetuk dan ketawa. Xylophones turut merupakan antara mainan muzikal yang disukai kebanyakan kanak-kanak.
7. Basikal, kasut beroda & skipping rope, antara mainan budak berfaedah
Jangan biarkan anak terkurung di rumah! Manfaatkan cuaca yang baik pada waktu petang (atau pagi) dan bawa mereka ke taman permainan dengan aktiviti seperti di atas. Selain baik untuk fizikal ia juga baik untuk mengimbangkan badan dan kemahiran berfikir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam, pelakon dan usahawan muda, Aeril Zafril berkongsi situasi dirinya yang sudah bebas dari Covid-19. Aeril sebelum ini disahkan positif wabak Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.
Memetik laporan Harian Metro Aeril sebelum ini turut menjalani swab kali kedua sebelum disahkan bebas wabak berkenaan.
“Alhamdulillah, hasil ujian saya negatif hari ini. Semalam juga adalah hari terakhir saya menjalani kuarantin.
“Sepanjang kuarantin kendiri di rumah, aktiviti saya menonton televisyen, layan media sosial, beribadat dan tidur. Saya memang tak keluar bilik langsung sebab ada anak kecil di rumah.
“Setiap hari saya berkomunikasi dengan isteri dengan menghubunginya atau buat panggilan video dengan anak-anak. Kalau Wawa hantar makanan pun, dia hanya ketuk pintu bilik saja. Dia tak masuk dalam pun,” katanya.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Aeril memuat naik gambar mereka sekeluarga.
Alhamdulillah atas doa anda semua. Semalam hari last saya kuarantin.. Akhirnya boleh peluk diaorang mcm biasa 😊 Biarlah gambar diaorang tak ready ke apa. Yg penting gambar aku on point,” ujar Aeril yang sempat lagi bergurau sehingga membuatkan warganet terhibur.
iamaidaaaa_alhamdulillah lepas ni kita tengok gelagat tiktok dgn anak2 dia pulak 😂
Aeril sebelum ini disahkan positif covid-19 dan menjalani kuaranti di rumahnya. Sepanjang proses kuarantin, Aeril aktif berkongsi video yang membuatkan warganet terhibur.
Pastinya peranan seorang anak adalah sentiasa mengutamakan kedua ibu bapanya walaupun sudah berusia.
Anak yang sentiasa mendahulukan ibu bapa sudah tentu hidupnya lebih diberkati. Tambahan pula, ibu bapa sentiasa mendoakan anaknya tanpa henti.
Nyata sebagai anak sudah pasti peranan kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan mereka.
Begitulah yang dikongsi rasa oleh saudara ini di laman facebooknya.
Dengar dalam kuliah subuh. Ustaz sebut satu hadith. Antara ciri ciri ahli syurga adalah melebihkan Ibu Bapa berbanding orang lain dalam kebaikan.
Hari ini kita dengan kawan kawan setiap hari tanya khabar,tak sabar nak jumpa kawan. Belanja kawan makan. Tak boleh tengok kawan susah. pagi hari lagi dah hantar mesej dalam group whatsapp ucap selamat pagi.
Tapi bagaimana hubungan kita dengan mak ayah. berapa kali kita tanya khabar mereka,berapa kerap kita peluk cium mereka, berapa banyak harta kita belanjakan untuk mereka.
Pernah tak kita ajak mak ayah kita makan kat kedai paling mahal. Pernah tak kita hadiahkan jam paling mahal kat ayah,seutas gelang emas kepada ibu.
Sedihkan,kita boleh habiskan duit belanja makan tempat paling mahal untuk anak isteri,untuk kawan kawan,tapi mak ayah kita suruh pula mereka masak makanan kegemaran kita. Kita suruh pula mereka jaga anak anak kita. Kadang kadang kita tak sedar banyak dosa kita kepada mereka.
Sahabat. Walaupun kita tidak mampu nak balas jasa mereka hatta setitis susu ibu sekali pun. Namun sekurangnya tunjukkanlah kesungguhan kita untuk buktikan kepada الله kita termasuk orang yang berbakti kepada mak ayah.
Setiap kita punya nostalgia dan kenangan yang tersendiri untuk dikenang. Malah tidak dinafikan mengenang kembali momen atau peristiwa lalu boleh membuatkan kita rasa bahagia dan rindu kepada seseorang.
Begitulah yang berlaku pada seorang guru yang menjumpai duit syiling pemberian arwah ayahnya 51 tahun yang lalu. Menemui wang syiling RM1 itu cukup memberi makna kepadanya dan sekali gus mengimbau kenangan lalu di zaman kanak-kanak.
Memetik berita lanjut di Harian Metro, turut difahamkan penemuan duit syiling berusia 51 tahun dan satu syiling berusia 38 tahun bernilai RM 1 itu terjadi apabila cikgu Ahmad Zaharudin Amin mengemas rumahnya di Bandar Behrang 2020.
Ahmad Zaharudin Amin, 52, berkata, syiling berusia 51 tahun berkenaan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1971 dan 1984.
Duit Pemberian Ayah
Menurutnya, syiling terbabit adalah pemberian arwah ayah yang juga peneroka FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor ketika masih kanak-kanak lagi.
” Saya masih teringat ketika arwah ayah memberikan syiling berkenaan setiap kali menyambut hari lahir lalu saya menyimpan tetapi selepas itu saya tidak ingat di mana tempat saya menyimpan syiling terbabit.
” Baru-baru ini, semasa saya mengemas rumah dan terjumpa duit syiling berkenaan di dalam sebuah bekas masih lagi dalam keadaan baik,” katanya ketika ditemui, dekat sini.
Ahmad Zaharudin mengakui, dia percaya duit syiling terbabit mempunyai nilai kepada mereka yang suka mengumpul barang antik atau duit lama.
Katanya, duit syiling yang dijumpai itu mengamit kembali nostalgia ketika zaman kanak-kanak.
” Zaman dahulu duit syiling bernilai RM1 amat bernilai jika dibandingkan dengan zaman sekarang kerana dengan duit berkenaan macam-macam barang boleh dibeli,” katanya.
Menurutnya, duit syiling berkenaan memang unik dengan tulisan dan saiznya yang agak besar bagi memudahkan orang ketika itu berurusan ketika berjual beli.