Seram je selalunya kalau nak uruskan baju putih ni. Kalau pakai tu, jaga dengan rapi risau akan lekat kotoran yang degil untuk membasuh! Tapi… dalam menjaga tu sesekali akan terkena juga kotoran degil, paling pun kalau tak kotor akan berubah warna kuning.
Haa yang tak tahu macam mana nak kembalikan semula warna kuning ke warna asal putih tu, boleh cuba cara dari pengguna Tiktok ini, @Jason_jezi yang berkongsi cara untuk membasuhnya! Jom ikuti perkongsiannya.
CARA PUTIHKAN SEMULA BAJU PUTIH YANG DAH KUNING
Bahan-bahannya :-
Ubat gigi
Baking soda
Cuka
Air panas
Pencuci baju
Ads
Cara-caranya:-
– Campurkan ke semua bahan di atas di dalam baldi dan gaul rata.
Ads
– Kemudian, masukkan pencuci baju dan baju atau kain putih yang sudah kekuningan itu.
Ads
– Rendam selama 30 minit dan angkat. Jemur di ampain sehingga kering.
Siapa tak terpikat dan jatuh hati bila dilayan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi kanak-kanak, hati mereka lebih murah terpaut dan melekat kepada individu yang berjaya menawan hati mereka.
Agaknya itulah yang memikat hati Maryam, anak kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dilihat sangat mesra dengan ibu tirinya, Fazeera Nazri Azrai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian di Tiktok boleh dilihat bagaimana akrabnya hubungan mereka. Malah Maryam begitu menyayangi adiknya, Wan Khaleeda.
Fazeera kelihatan sangat lembut dan sabar melayan kerenah anak sulung Fizo itu ketika menjaga puterinya, Wan Khaleeda.
Dalam perkongsian tersebut, Fazeera sempat meluahkan rasa syukurnya melihat kedua-dua puterinya saling menyayangi antara satu sama lain.
“Umi sangat happy tengok dua-dua anak umi ni menyayangi satu sama lain. Umi doakan agar hubungan anak-anak umi sentiasa tidak terbelah bahagi sampai bila-bila,” tulisnya.
Umum tahu, Maryam merupakan anak sulung Fizo hasil perkongsian daripada perkahwinannya bersama bekas isteri, Mawar Karim.
Melihat keakrabannya menjaga Maryam dengan penuh kasih sayang, rata-rata warganet memuji sikap Fareeza yang melayan anak tirinya itu seperti anak kandungnya sendiri.
“Nampak macam Maryam pulak anak kandung dia. Muka nak sama.
“Kalau semua mak tiri macam ni, mesti aman dunia. Baik je umi.
“Kalaulah mak tiri dalam dunia ni macam ni. Tapi saya tak dapat pun macam ni. Lagi dia buat saya kena buang dengan ayah sendiri adalah. – Komen salah seorang netizen.
Zaman sekarang ni, dalam perniagaan kebanyakan dah terapkan prinsip ‘bad marketing is good marketing’ sehingga boleh menjadikan aib pada diri sendiri. Tapi, boleh ke sebenarnya guna kaedah begini untuk mendapatkan rezeki? Adakah dibenarkan dalam Islam? Jom kita rujuk persoalan ini dari pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, dalam perniagaan zaman sekarang ada satu istilah iaitu Bad Marketing Is Good Marketing. Maknanya peniaga akan menggunakan apa sahaja cara yang biasanya mencetuskan kontroversi, sensasi, lantas mencetuskan perhatian dan kemarahan orang ramai lalu menjadi viral. Kesannya, peniaga tersebut akan mendapat publisiti atas kontroversi yang dicetuskan tadi, maka produknya makin laris, jenamanya makin dikenali orang ramai. Adakah perkara ini dibenarkan dalam Islam? Mohon pandangan pejabat mufti.
Jawapan Ringkas
Islam mengharuskan apa jua kaedah pemasaran yang ingin dilakukan peniaga untuk meraih keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan selagi tidak bertentangan dengan prinsip syarak. Kaedah pemasaran dengan cara “bad marketing” dapat memberi liputan luas kepada sesebuah perniagaan. Namun begitu, kaedah pemasaran itu mestilah selari dengan kehendak syarak seperti tidak melakukan perkara-perkara yang haram, menimbulkan fitnah kepada Islam dan imej muslim dan sebagainya. Justeru, kaedah pemasaran sebegini tidak boleh dilakukan kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak.
Para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih kaedah pemasaran yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak. Dapatkan juga nasihat daripada pihak-pihak berautoriti tentang kaedah dan batas-batas pemasaran yang ingin dilakukan. Moga-moga perniagaan yang dijalankan meraih keuntungan dan keberkatan di dunia dan di akhirat.
Huraian Jawapan
Pemasaran merupakan salah satu komponen penting dalam perniagaan. Ini adalah kerana pemasaran akan menyebabkan sesuatu jenama atau produk dikenali ramai dan seterusnya meningkatkan jualan syarikat. Oleh kerana itu, terdapat pelbagai kaedah pemasaran yang digunakan para peniaga untuk meraih hasil jualan yang banyak.
Dalam masa yang sama, terdapat beberapa pihak yang bersikap melampau dalam melakukan aktiviti pemasaran mereka. Sebagai contoh, menghina dan memaki hamun orang lain, provokasi, membuat kenyataan dan aksi kurang sopan, lucah, melakukan pemasaran dengan cara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan lain-lain. Walaupun perbuatan-perbuatan tersebut diketahui tidak elok, namun mereka beranggapan bahawa ianya masih satu bentuk pemasaran untuk perniagaan mereka kerana perbuatan tersebut akan memberi publisiti kepada mereka. Inilah yang menjadi tanggapan mereka, bad marketing is good marketing.
Seorang peniaga muslim mestilah mengamalkan cara hidup hidup Islam yang menyeluruh termasuklah dalam perkara yang melibatkan pemasaran produk mereka. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Surah al-Baqarah (208)
Para ulama menerangkan ayat di atas menuntut seorang muslim untuk sentiasa mengamalkan cara hidup islam yang menyeluruh, melakukan segala suruhan Allah dan tidak meninggalkan perkara yang dilarang. Dalam konteks permasalahan ini, seorang peniaga perlu berhati-hati dalam memastikan pemasaran yang ingin dilakukan mestilah mengikut apa yang telah digariskan syarak. (Rujuk Tafsir al-Razi 352/5[1]; Tafsir Ibn Kathir 422/1[2])
Asal hukum bagi muamalat adalah harus selagi tidak melibatkan perkara-perkara yang haram. Ini adalah berdasarkan kaedah berikut:
الأصل في المعاملات الإباحة إلا ما قام الدليل المعتبر شرعًا على تحريمه
Maksudnya: Hukum asal bagi perkara berkaitan muamalat adalah harus kecuali ada dalil atau perkara diharamkan syarak. (Rujuk Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami 892/5)
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ketika melakukan aktiviti pemasaran adalah peniaga perlu elakkan daripada mengaibkan atau melaknat orang lain, mencarut serta menjaga setiap percakapan daripada perkataan yang buruk dan keji. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW:
ليس المؤمن بالطعان, ولا اللعان, ولا الفاحش, ولا البذيء
Maksudnya:Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka yang suka berkata-kata keji dan buruk.
Riwayat Tirmizi (1977)
Selain itu, peniaga juga dituntut untuk menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah diri seperti menuturkan serta menggayakan aksi dan pakaian tidak sopandan seumpamanya. Ini adalah kerana perbuatan tersebut amat dilarang dalam Islam. Rujuk juga artikel lepas kami dalam Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-575:Hukum Mempromosikan Barangan Di Media Sosial Dengan Cara Memalukan.
Kesimpulan
Islam tidak menghalang apa-apa daya kreativiti peniaga untuk melakukan pelbagai kaedah pemasaran bagi meraih keuntungan. Namun begitu, kreativiti itu mestilah dalam rangka yang dibenarkan syarak. Asal hukum berkaitan pemasaran adalah harus selagi tidak melibatkan atau melakukan perkara yang haram. Justeru, konsep bad marketing is good marketing adalah tidak wajar untuk dilakukan seorang peniaga muslim kerana tidak bertepatan dengan syarak.
Ada anak kecil ni, mak ayah automatik akan jadi lebih berhati-hati. Tapi.. Dalam berhati-hati tu, kalau tertulis ada sesuatu yang buruk terjadi. Maka terjadilah ia.
Seperti yang di alami oleh Khairunnisa Hamzah ni apabila terpaksa berhadapan situasi tragis bersama anaknya.
HATI-HATI DENGAN ANAK SEMASA DI BILIK AIR HOTEL
Bilik mandi, asing.
Tandas, asing.
Sinki, asing.
Lalu, saya cucikan baby Asytar pada sinki.
Alang-alang cuci, saya mahu bukakan bajunya sekali untuk mandi sebab tinggal 1 saja pampers untuk digunakan sebelum turun ke bawah gunung.
Sedang saya membuka bajunya….
Tiba-tiba!
Saya rasa bergetar satu badan seperti elektrik shock.
Ya, benar!
Saya dan baby Asytar sedang direnjat elektrik!!!
Dalam beberapa saat otak saya blur, kemudian saya dapat jerit “Letrik!!!”
Dengan kuat, saya cuba tarik Asytar keluar dari sinki walau saya dan dia sama-sama shaking.
Bila tarik sekuat hati, saya tersandar ke dinding, baru renjatan itu hilang.
Saya terdiam….
Terdiam…
Terdiam…
“Apa? ”
Tanya suami dari jauh di hujung tingkap.
Saya terdiam.
Tergamam.
Kami masih hidup.
Allahuakbar.
Mujur kuasa voltan rendah agaknya.
Atau mujur belum ditakdirkan Allah untuk kami diambil nyawa.
Rupa-rupanya baby Asyar menarik keluar hairdryer dari lekapan dinding sebelah sink.
Hairdrayer itu automatik on selepas ditarik keluar dari rumahnya.
Asytar tarik dan ia jatuh, lalu tercelup dalam air takungan di sinki.
Asytar yang kena renjatan.
Dan Mommy yang sedang peluk Asytar, sama-sama direnjat.
Allahuakbar 😭
Masih tergamam.
Walau dah sampai rumah, kedua tapak tangan Mommy masih rasa bagaikan ada elektrik di tapak tangan.
“Asytar macam mana, bang” tanya saya banyak kali masa suami pakaikan pampers.
“Okey, tak ada apa”
Allahu…
Hotel di atas sana kecil saja biliknya.
Sinki dia sebesar sinki di atas kapal terbang sana.
Dalam ruang sink sempit tu, sempat mereka lekatkan hairdryer.
Maka, jadi musibah pada ibu yang ada baby yang sedang suka mencapai apa saja 😭😭😭
Kalau Mommy masuk meeting pembangunan bangunan perlancongan, Mommy nak haramkan dryer berada sebelah sinki.
Demi keselamatan.
Kita tak tahu siapa yang akan kena.
Lebih baik hairdryer letak di meja solek. Di luar bilik air.
Elakkanlah ‘lengkap’ kan bilik air dengan kelengkapan elektrik.
Elakkanlah 😭😭😭
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Shakilla Khoriri meluahkan rasa bangga apabila anaknya, Ameena Sofia, menerima anugerah Advanced Student Honour Roll Kumon Malaysia hasil usaha dan pengorbanan yang dicurahkan.