Tahniah diucapkan buat pelakon Nadya Syahera yang selamat melahirkan bayi ketiganya.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, dia yang menimang bayi lelaki mendedahkan nama yang menjadi pilihannya adalah Muhammad Barr Adam Bin Mohamad Hafizul. Bayi ketiganya itu dilahirkan pada 25 Mac lalu, jam 06:24 seberat 3.3kg.
Berkongsi pengalaman melahirkan kali yang penuh ujian, namun Nadya bersyukur kerana Allah permudahkan. Sepanjang kehamilan dia mengakui pelbagai dugaan terpaksa dilalui. Namun Nadya tidak pernah putus doa untuk Allah mempermudahkan dirinya saat bersalin.
“BismillahiMasyaAllah. Allah Maha Baik. Allah sebaik-baik perancang. Dari awal mengandungkan baby nombor tiga ni, hari-hari mintak Allah permudahkan urusan bersalin.
“Walaupun pada peringkat awal sampai lah 3rd trimester macam-macam juga ujian, tapi penghujungnya sangat mudah.
“Niat nak bersalin hari Jumaat, waktu subuh, tak nak sakit lama-lama, tak nak lama-lama dalam labour room.
“Allah izinkan semua tu. Bila pikir balik, termenung kejap. Macam tak percaya Allah hadiahkan semua tu.
“Start sakit pukul 1 pagi macamtu, tapi boleh layan lagi. Pukul 2 lebih tiba-tiba badan menggigil teruk, sejuk teramat.
“Pergi toilet, ada darah turun. Tapi still tak nak pergi hospital. Tahan punya tahan. Dalam 4:30am dah tak boleh tahan dangat dah. Pinggang sampai kaki macam hilang dah rasa. Terus ke hospital, lebih kurang pukul 5am macamtu masuk emergency.
“Bukaan dah 6cm. Keadaan baby dan jantung laju and saya demam 38.6 . Sempat makan panadol. Sakit dah 1 minit sekali.
“Tepat 6:00am masuk labour room dan 6:24am lahirlah seorang lagi anak lelaki ku ke dunia. Keluar je baby terus hilang segala sakit sblm bersalin td tu. Hebat perancanganNya.
“Alhamdulillah untuk semuanya. Sekarang saya dengan Baby masih lagi di tahan di hospital untuk pantauan.
“Doakan kami segera sembuh dan sihat. Dan terima kasih juga buat semua yg mendoakan i dan keluarga dari dulu hingga kesaat ini. Semoga Allah shja membalasnya,” tulisnya.
Pelakon dan usahawan, Norman Hakim berkongsi khabar gembira apabila dua anak perempuannya, Marissa Dania dan Maria Danisha bakal menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sebagai seorang bapa, pastinya ini antara momen yang cukup bermakna buat Norman. Melihat anak-anak terus melangkah dalam dunia pendidikan, apatah lagi bersama-sama sebagai adik-beradik, tentu memberi rasa syukur yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Menerusi hantaran di Instagram, Norman memaklumkan perancangan asal hanyalah untuk mendaftarkan Maria Danisha ke universiti. Namun aturan Allah itu cukup indah apabila pihak universiti kemudian mencadangkan laluan pendidikan bersama buat dua beradik berkenaan.
Menurut Norman, cadangan tersebut membolehkan Marissa Dania dan Maria Danisha memulakan perjalanan pengajian dari peringkat Diploma hingga ke Ijazah Sarjana Muda.
Melihat keputusan SPM Marissa yang memberangsangkan serta penerimaan positif terhadap proposal yang dicadangkan, perancangan asal akhirnya berubah. Rezeki itu datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.
Apa yang lebih menggembirakan, kedua-duanya bakal mengikuti jurusan yang sama iaitu dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan.
Bagaimanapun, apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti, Marissa dan Danisha dijangka memilih pengkhususan berbeza mengikut minat serta hala tuju masing-masing.
“Kedua-duanya akan mengambil jurusan yang sama dalam Pengurusan & Pentadbiran Perniagaan cuma pada peringkat Bachelor akan lebih khusus pada Accounting buat Danisha & Human Resources buat Marissa,” kongsi Norman.
Bagi Danisha, pengkhususan dalam bidang Perakaunan pastinya membuka ruang untuknya mendalami aspek kewangan, pengurusan akaun dan pentadbiran organisasi. Sementara itu, Marissa pula dijangka memberi tumpuan kepada bidang Sumber Manusia, satu cabang penting dalam pengurusan sesebuah perniagaan.
Dalam masa sama, Norman turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak universiti yang banyak membantu merancang perjalanan pendidikan anak-anaknya.
Menurutnya lagi, pihak universiti turut memberi fleksibiliti kepada Marissa untuk berulang disebabkan komitmen perniagaan yang sedang diuruskan oleh anaknya itu.
“Pihak universiti beri fleksibiliti buat Marissa untuk berulang disebabkan komitmen perniagaan menguruskan label perniagaannya,” jelas Norman.
Sebagai anak muda yang sudah mula bertanggungjawab terhadap perniagaan sendiri, kelonggaran itu pastinya amat bermakna buat Marissa. Ia membolehkan dirinya meneruskan pengajian tanpa mengabaikan komitmen lain yang sedang dipikul.
Berkongsi rasa hati sebagai seorang ayah, Norman tidak menyembunyikan rasa syukur atas aturan yang berlaku. Baginya, apa yang dirancang mungkin bermula dengan satu tujuan, namun Allah SWT sebaik-baik perancang.
Dalam perjalanan membesarkan anak-anak, ibu bapa selalunya hanya mampu merancang, memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik. Selebihnya, segala urusan diserahkan kepada Allah yang lebih mengetahui apa yang paling baik untuk setiap hamba-Nya.
Norman turut berharap agar segala urusan pengajian Marissa dan Danisha dipermudahkan. Difahamkan, sesi pengajian dua beradik itu dijangka bermula antara Julai hingga September ini.
Perkongsian Norman itu nyata menyentuh hati ramai. Ia bukan sahaja tentang khabar gembira anak-anak menyambung pengajian, tetapi juga cerminan kasih seorang ayah yang sentiasa mahu melihat anak-anaknya terus maju dalam hidup.
Semoga perjalanan baharu Marissa Dania dan Maria Danisha dalam dunia pendidikan dipermudahkan, diberkati dan menjadi pembuka jalan kepada masa depan yang lebih cerah.
Buat ibu bapa di luar sana, kisah ini juga mengingatkan kita bahawa setiap anak ada rezeki dan laluan masing-masing. Teruskan mendoakan, teruskan menyokong, kerana doa ibu bapa adalah antara bekalan paling berharga dalam hidup seorang anak.
Keindahan dan ketenangan yang diperolehi tatkala melangkah masuk ke Hotel The Lisbon Melaka sangat menyenangkan hati. Dengan bangunan yang tersegam indah dan dihiasi landskap menarik, hotel ini berjaya menepati cita rasa pengunjung yang inginkan kediaman jauh dari hiruk-pikuk kota.
Terletak di kawasan Perkampungan Portugis, hotel baru di Melaka ini berdekatan dengan tempat menarik di sini. Jadi tidak hairanlah lokasi ini menjadi pilihan seisi keluarga untuk bercuti tatkala tibanya cuti sekolah.
Bak kata orang, seumpama cinta pandang pertama pesona Hotel The Lisbon Melaka pastinya akan menghilangkan kepenatan selepas perjalanan panjang, terutama untuk keluarga yang datang dari jauh.
Bangunan putih dua tingkat dengan konsep seni bina eleman eksklusif dan mewah dengan arched windows, balkoni, dan struktur pintu gerbang bagaikan resort luar negara.
Hotel ini memberi vibe family-friendly yang premium, tenang, damai dan ‘privacy’ untuk percutian bersama keluarga. Apa yang pasti, gabungan elemen ini menyumbang kepada pengalaman penginapan yang selesa, elegan, dan ideal untuk seisi keluarga.
Pesona mata memukau apabila pertama kali melangkah ke lobi Hotel The Lisbon Melaka. Warna putih pada struktur bangunan memberi mood bersih dan elegan, manakala siling berkotak dengan detailing halus tampil premium menjadikan hotel ini eksklusif.
Bahagian paling menonjol ialah air pancut hitam tiga tingkat di tengah kolam, memberi elemen klasik dan menjadi focal point utama. Air yang mengalir perlahan menambahkan suasana tenang dan mewah. Di belakangnya, satu lagi pancut serupa mencipta depth yang menarik dan menjadikan ruang lebih panjang. Cahaya semula jadi pula menambahkan efek “airy” dan lapang pada suasana hotel ini.
Masuk sahaja ke bilik, terus rasa segar dan tenang. Bukan sekadar tempat tidur, bilik menjadi ruang santai untuk seisi keluarga. Hotel Lisbon Melaka menawarkan 72 bilik tetamu dan suites direka elegan. Lebih istimewa, pandangan panoramik Selat Melaka kala waktu pagi dan senja menambah keindahan penginapan anda.
Jenis bilik termasuk: Premier Courtyard, Premier Ocean, Lux King Ocean, Lux Twin Ocean, Prestige King Ocean, Lisbon Suite dan banyak lagi. Semua bilik dilengkapi penghawa dingin, TV skrin rata, Wi-Fi percuma serta kemudahan moden yang lengkap.
Menurut Bob Yusof, Pengurus Besar Hotel Lisbon Melaka, konsep hotel ini menampilkan elemen budaya portugis melalui gabungan warna putih dan biru, rekaan bilik yang istimewa serta colour tone yang selari dengan ideologi dan warisan portugis. Lokasinya pula terletak di kawasan perkampungan portugis, sebuah kawasan bersejarah yang diiktiraf di bawah unesco heritage.
Dekorasi bilik kelihatan luas, kemas dan bersih. Lighting warm memberi suasana cozy dan classy. Kombinasi warna putih, kayu dan biru menjadikan ruang terasa premium. Feature wall corak biru putih dalam bentuk arch menonjolkan keindahan gaya Portugis klasik yang elegan.
Menurutnya lagi, konsep utama hotel ini adalah memberikan pengalaman percutian yang tenang, bermakna dan penuh kenangan buat keluarga serta pasangan.
“Kami menjemput semua untuk hadir dan merasai suasana Lisbon dan Portugis yang unik, dengan 72 bilik dan suite mewah yang menawarkan pilihan waterfront view serta sea-facing view, menghadap terus ke Selat Melaka.”
Selain itu, restoran hotel turut menyediakan pelbagai hidangan berasaskan masakan Portugis dan tempatan termasuk asam pedas, kari berempah dan menu istimewa lain yang kaya dengan rasa Malaysia.
“Bagi pencinta makanan Portugis pula, tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan berasaskan masakan Portugis termasuk sajian berinspirasikan Portugis, asam pedas serta masakan kari yang kaya dengan rasa tempatan.”
Gabungan budaya dan rasa menjadikan Hotel Lisbon Melaka bukan sekadar tempat penginapan, tetapi pengalaman budaya yang menyeluruh.
Restoran Festa menampilkan konsep moden dengan gabungan warna kayu cerah dan lampu rotan yang memberi suasana warm dan elegan. Ia menyerupai hotel buffet premium dengan sentuhan minimalis yang menenangkan. Susunan meja teratur, ruang selesa dan pencahayaan semula jadi menjadikan pengalaman makan sangat menyenangkan.
Di sini, tetamu boleh menikmati Nasi Goreng Lisbon, Gula Melaka Panna Cotta, Gourmet Beef Burger, Pumpkin & Coconut Soup, serta Spaghetti Bolognese. Bagi yang ingin bersantai, anda boleh makan di ruang outdoor sambil menikmati angin laut dan pemandangan kolam renang.
Antara kemudahan utama di Hotel The Lisbon Melaka termasuk kolam infiniti yang luas dan bersih, gym moden, serta kawasan courtyard dengan pergola dan seating area untuk berehat. Kolam ini sangat fotogenik dengan kerusi lounge putih di dalam air dan payung biru navy yang memberi suasana resort mewah.
Suasana di sekitar hotel dikelilingi pokok palm dan dekorasi Mediterranean yang santai. Kawasan outdoor sangat sesuai untuk makan malam, minum petang atau sekadar bersantai sambil menikmati panorama senja. Ia juga menjadi port popular untuk pengunjung mengambil gambar OOTD dan kenangan keluarga.
Senja di Hotel The Lisbon Melaka begitu memukau. Angin sepoi-sepoi bahasa dari Selat Melaka dan pantulan lampu malam di permukaan kolam menjadikan suasana ‘healing’ dan romantik. Pemandangan kolam dan bangunan yang unik menjadikan setiap foto seperti poster percutian sempurna untuk kenangan keluarga.
Katanya lagi, hotel ini menyediakan persekitaran yang mewah dalam suasana penginapan resort yang menjadikan hotel ini menjadi lokasi percutian trending di Melaka masa ini.
“Persekitaran The Lisbon Melaka begitu istimewa kerana kami membawa suasana luxury resort dalam keunikan bandar Melaka. Fokus kami adalah kepada ketenangan, termasuk kemudahan kolam infiniti yang menjadi tarikan utama.”
“Kami mengutamakan pengalaman mencipta kenangan sama ada untuk keluarga, pasangan atau individu yang ingin berehat, relaks dan recharge sebelum kembali ke rutin kerja. Hotel ini turut dilengkapi dengan laman courtyard yang luas, kolam infiniti serta ruang rehat seperti couple corner, pergola dan seating area yang dilindungi umbrella cover.”
“Pada waktu malam pula, suasana menjadi lebih indah dengan susunan pencahayaan yang cantik, menjadikan seni bina bangunan itu sendiri sebagai tarikan utama buat para pengunjung.”
Selain keindahan hotel, lokasinya berdekatan tempat menarik di Melaka seperti A Famosa, St. Paul’s Hill & Church, Jonker Street, Menara Taming Sari dan Muzium Kapal Selam semuanya dalam 2 hingga 5 minit pemanduan. Tetamu juga boleh menikmati pengalaman Melaka River Cruise pada waktu malam yang terkenal dengan lampu warna-warni indah.
Cuti sekolah bakal tiba, inilah masa terbaik untuk membawa keluarga menikmati ketenangan di Hotel The Lisbon Melaka Keindahan seni bina, layanan mesra, dan suasana damai menjadikan hotel ini seumpama cinta pandang pertama tempat anda ingin kembali saban tahun untuk menghidupkan semula kenangan yang indah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.