Umum ramai yang menyuarakan pelbagai pandangan mengenai pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dilaporkan sebelum ini.
Menerusi laporan Sinar Harian baru-baru ini, bahawa Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, berkata, setakat ini isu pemansuhan itu masih di peringkat akhir kajian dan keputusan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
“Kita sekarang di peringkat akhir kajian mengenai pemansuhan UPSR dan keputusan muktamad akan dibuat tidak lama lagi.
“Kemungkinan besar tidak ada lagi peperiksaan UPSR yang diambil murid Tahun Enam seperti setiap tahun atau selama-lamanya.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum KPM belum memuktamadkan sebarang keputusan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Terdahulu, KPM pada 15 April lalu mengumumkan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
PEMBAHARUAN UNTUK GENERASI BARU
Ads
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, bapa itu mengharapkan pemansuhan ini memberi impak yang positif untuk generasi kini. Bagi beliau anak-anak sekarang tidak boleh samakan dengan anak-anak zaman dahulu.
Justeru pendidikan perlu ada pembaharuan untuk lebih relevan buat masa kini.
Tiada masalah, kita sokong sahaja perkara yang baik demi kepentingan generasi akan datang.
Anak-anak kita tak boleh disamakan dengan zaman persekolahan kita yang berpuluh tahun dahulu.
Ads
Anak-anak jadi malas dan kurang motivasi apabila UPSR dimansuhkan?
Penilaian dan pentaksiran kan boleh berlaku dalam banyak bentuk dan pada pelbagai situasi? Kita tidaklah perlu terlalu bimbang akan hal ini.
Apa yang kita perlu, adalah kaedah perekodan yang dinamik, mampan dan boleh memaparkan pencapaian anak-anak secara holistik.
Satu lagi, kualiti PdP dalam kelas itu satu perkara yang kita sama-sama perlu ambil tanggungjawab.
Ads
Berilah sokongan kepada pendidik kita, tidak kira apa jua caranya, yang penting, akses kepada kaedah, bahan dan peralatan PdP perlu sama sahaja tidak mengira dimana sekolah mereka berada.
Kalau tanya aku, secara peribadi, tiada masalah jika UPSR dimansuhkan.
Aku dah lihat jatuh bangun bab pencapaian dalam UPSR ni, walaupun ia sebenarnya hanyalah salah satu komponen dalam PPSR sahaja.
Kau tak suka, tak mengapa. Kita melengkapi.
Sumber: Sinar Harian & Firdauz Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Cara Berfikir Next Level.” Throwback Perjalanan Hidup 10 Tahun, Khairul Aming Dapat Pujian Warganet.
Siapa yang tak kenal dengan selebriti masakan Khairul Amin Kamarulzaman a.k.a Khairulaming yang pernah mencetus fenomena dengan jualan sambal Nyet pada tahun lepas cecah hingga RM7.5 juta.
Muat naik terkini, usahawan muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berkongsi video meraikan hari jadinya sempena 30 tahun.
Dalam video berkenaan memaparkan kisah kehidupannya bergelar graduan, alam pekerjaan, pembabitan awal dalam dunia masakan di media sosial dan pahit getir dalam dunia perniagaanya sebelum berjaya seperti hari ini. Next level cara berfikir!
RUPANYA PELAJAR CEMERLANG & KERJAYA YANG HEBAT!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi videonya, siapa sangak Khairul Aming telah tamat pengajian pada usia 22 tahun dengan mendapat anugerah dekan yang membuatkan ramai kagum dengan pencapaianya.
Tidak pernah tersasar dengan kehidupan, memasuki dalam dunia kerja dalam bidang oil & gas, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Vanderbilt University, Tennessee, Amerika Syarikat ini sentiasa fokus apa yang dilakukan.
Dalam tempoh bekerja, dia juga turut melakukan tutorial masakan di media sosial sehingga meriah perhatian ramai.
Malah menjadikan medium miliknya ‘rasapop’ untuk memperkenalkan sambalnya namun percubaan kali pertamanya tidak menjadi. Habis segala simpanannya ‘terkubur’
Namun itu tidak pernah menjadi dirinya patah semangat. Jejaka yang mempunyai ketinggian 184cm terus mengorak langkah dengan mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Fokus kepada apa yang dilakukan, akhirnya, kejayaan akhirnya menjadi miliknya apabila jualan sambalnya mencecah hingga lebih RM 7 juta!
Kini dia telah membuka kilang untuk meneruskan perniagaanya. Nyata Khairul Aming kini menuju gemilang.
Katanya sebelum mengakhiri video sempena hari jadinya, sempena usia 30 tahun dia bercadang untuk reward dirinya dengan melakukan banyak ‘travel’ bagi tujuan penerokaa di tempat lain.
WARGANET UCAP TAHNIAH!
Meninjau di ruangan komen ramai yang memuji sikap jejaka ini yang tidak pernah putus asas untuk mencuba. Antara komen berikut adalah.
“Budak bijak, no wonder cara cakap, cara handle problem bisnes cool je. 22 dah ada degree, dekan pulak tu. aku 22 dulu still cari hala tuju.”
“Semua orang berjaya start from zero to hero.”
“Such an inspiration! Happy birthday.”
“Bukan calang-calang tahniah dik anda seorang yang hebat.”
“Bukan kaleng-kalang yer akademik tokey sambal. cayalah!”
Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju sekolah anak dan juga pakaian lain.
Jika mahu cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini. Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.
Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah lelaki ini tular semalam gara-gara dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke kampung halaman, Kelantan demi menemui keluarga tercinta.
Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan dengan berjalan kaki dan dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk sampai.
Walau bagaimanapun, malam tadi isteri kepada Poksu Din berkongsi khabar gembira, memaklumkan suaminya sudah tiba di rumah.
Siti Nur Fatend Sefeai, 29, berkata, tindakan suaminya, Muhamad Nor Ramlee, 29, hanya diketahui menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.
“Saya terus menghubungi suami dan dia memberitahu sudah berada di Ipoh, Perak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak pasti sama ada suaminya itu berjalan kaki sepenuhnya atau ada menumpang kenderaan sepanjang perjalanan untuk pulang ke Tanah Merah ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Katanya, sebelum ini suaminya bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Kontraknya tamat pada 16 Mac lalu dan selepas itu dia bercadang untuk terus pulang ke rumah.
“Bagaimanapun dia terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana masih belum menerima gaji dan kebetulan dua hari kemudian PKP dilaksanakan.
“Situasi itu menyebabkan suami tidak dapat pulang ke kampung seperti yang dirancang,” katanya.
Siti Nur Fatend berkata, dia telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk mendapatkan surat kebenaran mengambil suaminya tetapi polis tidak meluluskan permohonan berkenaan.
Dalam pada itu, Matnoe Poksu Din atau nama sebenarnya Muhamad Nor Ramlee 29 berkata, dia nekad pulang berjalan kaki kerana terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anak keduanya itu ketika mereka berbual menerusi panggilan video pada 24 April lalu.
“Saya buat semua ini…kerana Puteri Sarah Anisa, 5. Dia ada tanya bila nak balik, saya cakap bas tak ada…macam mana nak balik jumpa Anisa.
“Dia (Anisa) balas balik, jadi Anisa tak boleh jumpa abah sampai bila-bila lah. Abah…baliklah jalan kaki,” demikian luahan Muhamad Nor Ramlee yang nekad berjalan kaki diselang seli menumpang kenderaan dari Shah Alam, Selangor untuk pulang ke rumahnya di Kampung Lawang, Jedok di sini.
Menurutnya, luahan hati Puteri Sarah Anisa itu membuatkan dia sebak sehingga sanggup nekad pulang ke kampung untuk bertemu dengan permata hatinya itu.
Katanya, pada 26 April lalu dia nekad keluar dari asrama dan berjalan kaki kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke Balai Polis Seksyen 7 bagi mendapatkan pelepasan dan memohon bantuan bagi menguruskan perjalanan pulang ke kampung atau ke penempatan transit gelandangan.
Muhamad Nor berkata, bagaimanapun usahanya menemui jalan buntu apabila balai itu telah berpindah dan kemudian dia cuba membuka aplikasi Terminal Bas Bersepadu Selatan (TBS).
Katanya, hasil semakan di aplikasi itu mendapati perjalanan dari TBS ke Gua Musang masih ada dan pada masa sama perkhidmatan kereta api dari Gua Musang ke Tumpat juga masih beroperasi.
“Jadi cukuplah dengan duit yang ada ketika itu, dapatlah saya pulang ke Tanah Merah selepas membuat kira-kira. Sebelum itu saya sudah ‘terperangkap’ selama 38 hari di asrama pekerja selepas kontrak sebagai tukang masak di kafeteria Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam tamat pada 16 Mac lalu,” katanya.
Muhamad Nor berkata, dia terpaksa berjalan kaki ke TBS kerana bimbang wang berjumlah RM150 dalam dompetnya tidak cukup menanggung perbelanjaan pulang ke Tanah Merah sekiranya menggunakan perkhidmatan Grab.
Katanya, sejurus tiba di TBS dia mendapati hanya perkhidmatan bas ke arah utara yang masih beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Saya tanya dekat pemandu teksi dan tukang sapu boleh ke tumpang tidur di TBS jika terkandas dan mereka beritahu tidak boleh. Kemudian saya buat carian di Google untuk mendapatkan nombor telefon pusat gelandangan namun menemui jalan buntu.
“Masa kian suntuk ketika itu dan saya buat keputusan untuk ambil tiket ke Ipoh, Perak. Bagaimanapun bas itu berhenti di Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng pada jam 9.30 malam.
“Saya ada menelefon kawan-kawan untuk mendapatkan bantuan ketika itu (9.30 malam) namun memahami situasi PKP tidak membenarkan mereka untuk keluar kawasan. Jadi dengan baki wang yang ada berjumlah RM50, saya berjalan kaki dari RTC Gopeng ke Aman Jaya,” katanya.
Muhamad Nor berkata, sejurus tiba di Aman Jaya kesemua perkhidmatan bas tidak beroperasi kerana PKP dan dia kemudian memuat naik beberapa status untuk memohon bantuan.
Katanya, selepas itu dia banyak mendapat panggilan daripada orang ramai untuk menghulurkan bantuan, namun pertolongan itu hanya boleh diberikan dari Gerik ke Jeli.
“Saya kemudian buat ‘live’ nak berjalan ke Gerik. Tiba-tiba mendapat panggilan daripada seorang pegawai polis dari Gerik dan minta saya jangan ke mana-mana bagi memudahkan bantuan diberikan.
“Selepas menunggu beberapa ketika datanglah pegawai tersebut mengambil saya dan menghantar sehingga ke sekatan jalan raya (SJR) di Gerik. Pegawai tersebut kemudian telah menahan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Gong Badak, Terengganu untuk menumpangkan saya sehingga ke Tanah Merah,” katanya.
Muhamad Nor berkata, dia selamat tiba di Balai Polis Batu Gajah pada jam 11 malam tadi sebelum isteri membawa pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Lawang.
Katanya, pagi tadi dia telah menjalani saringan Covid-19 di Klinik Batu Gajah dan diarahkan untuk kuarantin diri sendiri selama 14 hari.
“Saya berterima kasih kepada pegawai polis yang dikenali sebagai Khairul, pemandu lori serta Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed iaitu Ahmad Nazree Ramli.
“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan, orang ramai dan keluarga yang banyak membantu saya sehingga berjaya pulang dengan selamat ke Tanah Merah,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...