Salah satu punca ‘magnet’ rezeki keluarga bertambah dan berkat, apa yang kita perlu tahu adalah antaranya kita pastikan keluarga rasa bahagia.
Memahami erti memberi rasa bahagia itu luas, malah tidak perlulah hingga berbelanja sesuatu yang mahal untuk tujuan tersebut.
Ini sebagaimana apa yang dipraktikkan oleh seorang suami ini. Walau sekadar membawa oleh-oleh setiap kali pulang kerja, nyata kesannya cukup mengujakan dan nak tahu lanjut jom baca perkongsian di bawah ini.
Masa nak balik rumah tadi, saya singgah beli roti.Saya yakin dan percaya, jika kita bawa pulang sesuatu buat isteri. Mereka akan teruja dan rasa bahagia.
Saya juga percaya, rezeki kita akan bertambah jika tiap kali pulang kerumah bawa sesuatu bersama .
Ads
Minum petang dengan isteri dan anak anak adalah nikmat luar biasa.
Gambar hiasan
Kawan kawan yang mulia,
Tiap kali pulang kerumah, belilah sesuatu buat mereka. Mereka pasti teruja.
Ads
Tidak semestinya benda mahal, sekadar kuih tepi jalan pun jadilah. Mereka nak dengar cerita kita seharian dipejabat tadi.
Kita juga nak dengar cerita, bagaimana susahnya mereka bergelut angkat baju waktu hujan petang tadi.
Cerita itu mungkin biasa biasa pada kita, tetapi bila mereka sedang layan cerita korea dan hujan melanda. Menangkat baju adalah cabaran yang luarbiasa.
Ads
Bawalah pulang sesuatu buat keluarga. Bila mereka rasa bahagia, ada rezeki buat kita bersama disana.
Kedamaian, kesihatan, keluarga yang rukun dan nama baik adalah kekayaan. Jangan menolak kekayaan.
Kesibukan mencari nafkah menjadi tujuan utama, tetapi jangan sehingga melupakan hal penting yang utama iaitu, Tuhan, keluarga, dan kesihatan diri sendiri.
Kasih sayang 10 beradik diterjemahkan menerusi nota-nota kecil buat ibu tersayang yang berangkat menunaikan haji seorang diri.
Kerisauan terhadap ibu yang tidak pernah berjauhan dan kurang mahir menggunakan teknologi mendorong 10 beradik menghasilkan nota-nota kreatif pada setiap barangan kelengkapan menunaikan haji. Inisiatif itu dilakukan demi memudahkan urusan ibu mereka, Umi Kalsum Abd Rahiman, 68, yang berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima baru-baru ini.
Antara nota yang diletakkan termasuk panduan penggunaan barangan keperluan harian serta label khusus pada setiap bungkusan makanan. Nota-nota itu ditulis dengan ayat yang ringkas, lembut dan mudah difahami agar ibu mereka boleh terus menggunakannya tanpa rasa keliru.
Antara nota yang mencuri perhatian ramai ialah, “Mak, ini coklat makan untuk lapik perut tau.”
Selain itu, ada juga pesanan berbunyi, “Mak, dalam ini ada ubat-ubatan untuk mak tau. Semoga mak sihat selalu.”
Walaupun ayat-ayat itu nampak sederhana, ia sangat besar maknanya. Dalam setiap tulisan kecil tersebut, tersimpan rasa bimbang anak-anak yang mahu memastikan ibu mereka sentiasa makan, menjaga kesihatan dan tidak terlepas pandang keperluan penting sepanjang perjalanan ibadah.
Menurut salah seorang anaknya, Ainun Aniyah Azeme, 27, keputusan meletakkan nota dan pelekat pada setiap beg serta bungkusan pakaian dibuat memandangkan ibu mereka sebelum ini sentiasa ditemani anak-anak setiap kali mengembara.
“Mak saya tak pernah berjauhan dengan anak-anak. Selalunya kalau melancong, anak-anak yang akan uruskan semuanya dari A sampai Z.
“Jadi bila kali ini mak kena pergi haji seorang diri tanpa teman, kami semua bimbang bagaimana keadaan mak di sana nanti. Itulah tercetusnya idea nota-nota itu, harapnya dapat membantu memudahkan urusan mak,” katanya.
Tambah Ainun, faktor usia dan kekangan dalam mengendalikan peranti pintar juga menjadi punca utama mereka menyediakan nota fizikal tersebut. Mereka bimbang jika terdapat urusan yang memerlukan penggunaan telefon, ibunya mungkin mengalami kesulitan kerana tidak mahir dengan teknologi moden.
Disebabkan itu, nota fizikal dilihat sebagai cara paling praktikal dan paling dekat dengan keperluan ibu mereka. Setiap beg, pakaian dan makanan ditandakan dengan jelas supaya mudah dikenal pasti. Dalam situasi ibu tunai haji sendirian, perkara-perkara kecil seperti ini boleh menjadi sangat besar nilainya.
Perkongsian ini bukan sahaja menarik perhatian kerana keunikan nota-nota tersebut, tetapi juga kerana ia menggambarkan hubungan erat antara seorang ibu dan anak-anak. Ramai yang memahami bahawa apabila ibu tunai haji sendirian, kebimbangan keluarga pasti lebih terasa, lebih-lebih lagi jika ibu itu sebelum ini sentiasa diuruskan oleh anak-anak dalam setiap perjalanan.
Namun, di sebalik keterujaan dan persiapan rapi tersebut, terselit kisah hiba apabila perjalanan haji kali ini sepatutnya disertai oleh bapa mereka, Allahyarham Azeme. Bagaimanapun, takdir mengatasi segalanya apabila bapa mereka dijemput Ilahi dua tahun lalu, sebelum sempat pasangan itu menunaikan ibadah haji bersama-sama.
“Sebenarnya perjalanan haji ini sepatutnya berdua dengan ayah. Tapi takdir Allah, ayah meninggal dunia dua tahun lepas.
“Jadi tahun ini mak berangkat sendirian bagi menunaikan hajat tersebut,” kongsi Ainun lagi.
Semoga Umi Kalsum dapat menunaikan haji yang mabrur dan segala urusannya dipermudahkan di Tanah Suci, sekali gus melunaskan impian arwah suaminya yang belum kesampaian. Semoga perjalanan ibu tunai haji sendirian ini dipelihara Allah dari awal hingga akhir dan dikurniakan ketenangan sepanjang beribadah.
Terdahulu, perkongsian Ainun di Threads mendapat reaksi ramai yang rata-ratanya terharu dan memuji kasih sayang adik-beradik tersebut dalam memastikan keselesaan serta keselamatan ibu mereka. Ramai menyifatkan usaha itu sebagai bukti bahawa perhatian anak-anak terhadap ibu bapa boleh hadir dalam bentuk yang sangat sederhana, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam.
Seperti mana semua sedia maklum, bagi setiap individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini diberikan kelonggaran untuk dine-in atau makan di restoran namun perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi yang dipaparkan di aplikasi MySejahtera.
Pun begitu jika sebelum ini anda daftarkan nama pasangan atau ibu ayah di kampung sebagai dependent di aplikasi MySejahtera, tentu sahaja sijil digital mereka berada di dalam telefon yang didaftarkan.
Oleh itu, bagaimana caranya untuk memudahkan dependent mempunyai sijil vaksinasi di telefon bimbit mereka sendiri?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi yang boleh dicuba.
CARA PINDAHKAN MAKLUMAT DEPENDENT KE AKAUN MYSEJAHTERA MEREKA SENDIRI
Peringatan : Pastikan anda selesai suntikan 2 dos vaksin dan TELAH MUNCUL digital certificate terlebih dahulu (pengalaman saya sendiri).
Bagi kes belum dapat tarikh, belum vaksin, atau baru vaksin dos pertama juga boleh juga cuba menggunakan cara ini. TAPI SAYA TAK PERNAH CUBA. Walau bagaimanapun, pastikan aplikasi MySejahtera anda dan OS handphone anda up to date.
Okay, hari ni ada ILMU BARU nak dikongsi. Dulu, saya was-was untuk divaksin.. Maka saya tidak bersedia untuk daftar vaksin di Aplikasi MySejahtera. Oleh itu, suami saya mendaftar vaksin nama dan ic saya di bawah MySejahtera dia, makna kata saya adalah dependent kepada suami saya.
Pendekkan cerita, saya telah lengkap dua dos vaksin. Alhamdulillah. TETAPI digital certificate saya kini berada di Aplikasi MySejahtera suami saya. Memula rasa okay je, takde hal la.. kita ada kad putih temujanji tu sebagai bukti.
Namun begitu, saya khuatir jika selepas ini operasi sekatan jalan raya atau SOP untuk memasuki mana-mana premis/kawasan mereka nak lihat digital certificate tadi. Takkan saya nak usung handphone suami saya?
Terbukti hari ini, dengan bantuan rakan saya di PPV, dia kata saya dengan mudah boleh je pindahkan maklumat saya dari MySejahtera suami kepada MySejahtera saya. Bagaimana?
Lihat setiap satu gambar. Semoga bermanfaat
Langkah 1 : Buka aplikasi MySejahtera dan klik Covid-19 Vaccination
Langkah 2 : Klik pada bulatan Vaccine
Langkah 3 : Semak maklumat sebelum tekan confirm dan tekan OK
Langkah 4 : Jawab semua soalan. Untuk soalan 1 sila jawab Ya/Yes. Setelah jawab semua tekan submit dan OK
Langkah 5 : Selesai jawab soalan tekan close dan secara automatik maklumat vaksinasi akan dipaparkan di akaun MySejahtera sendiri.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Takziah diucapkan buat pelakon Hannah Delisha yang mengalami keguguran pada Ahad.
Perkongsian khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Hannah sendiri menerusi aplikasi X.
Malah Hannah juga turut memberi kekuatan kepada wanita yang menerima nasib sama sepertinya.
“Saya memgalami keguguran untuk kandungan pertama ini.
“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran,” ujarnya.
Menerusi ciapan itu, Hannah juga turut berdoa agar diberikan kekuatan untuk menempuh rasa kehilangan itu malah berharap agar dapat bertemu anaknya di syurga kelak.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini, ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi mereka menyedari mereka tidak bersendirian.
“Semoga Allah memberikan kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan.
“Insyallah jumpa nanti di syurga sayang,” tulisnya.
Meninjau di Insta Storynya, Hannah juga turut berkongsi keadaan dirinya yang kini dirawat di hospital.
Terdahulu, Hannah mendirikan rumah tangga bersama Iman Shah pada tahun 2021.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...