HomeBeritaBanglo Putih Buat Kucing. Hartawan Ini Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Demi Keselesaan...
Banglo Putih Buat Kucing. Hartawan Ini Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Demi Keselesaan Kucing-Kucingnya. Ramai Tak Puas Tengok ‘House Tour’. Cantik Sungguh
Kalau di Hollywood, selebriti Paris Hilton adalah salah seorang pencinta kucing yang sangat terkenal sampaikan dia mempunyai banglo untuk kucing-kucing kesayangannya.
Tapi ramai yang tidak tahu, di Malaysia pun kita ada pencinta kucing yang telah membina banglo khas untuk kucing-kucingnya.
Sejak perkongsian seorang pemuda tular di media sosial, ramai yang kagum dengan bonglo putih yang dikongsikan dalam video miliknya itu. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing.
Rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri.
Pemilik ‘banglo kucing’ itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan.
Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu.
“Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas,” katanya.
“Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam ‘sangkar’ baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo.
“Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil.
“Kos keseluruhan banglo kucing adalah sekitar RM20,000. Luaran saja nampak mewah, di dalamnya seperti sangkar kucing,” katanya sambil menambah kucing yang dibelanya kini berjumlah lima ekor baka Scottish, manakala yang lain dijual dan diberi kepada orang.
“Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.
Ads
“Saya tengok rumah-rumah anjing mereka cantik, jadi saya fikir kenapa tidak bina yang cantik juga untuk kucing-kucing di rumah.
Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela ‘mat salih’, menerusi laman sosial.
Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga.
“Kebiasaannya bibik (pembantu rumah) yang tolong uruskan makan minum dan lain-lain untuk kucing-kucing, tapi saya akan memastikan kebajikan haiwan ini terjaga,” katanya mengenai lima kucingnya yang diberi nama Ressa, Lola, Loly, Jony dan Jeny.
“Bila saya ada masa lapang, saya akan singgah ke banglo kucing ni. Bila tengok rasa tenang, pada masa sama saya rasa kasihan… saya ni memang mudah kasihan tengok haiwan.
Ads
Datin Rauzaa yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki memberitahu, sama ada sangkar atau banglo, apa yang lebih penting adalah penjagaan rapi haiwan tersebut.
“InsyaAllah, saya ada niat untuk besarkan lagi banglo kucing untuk buat tempat permainan haiwan-haiwan ini pada masa akan datang. Kiranya macam ubah suai rumahlah,” katanya.
“Jika kita jaga haiwan-haiwan ini dengan baik, insyaAllah ada ganjaran pahalanya. Apatah lagi kita dituntut untuk berbuat baik kepada kucing, jauh sekali menzalimi atau menyakitinya.
Berdepan dengan banjir saban tahun diakui banyak kerosakan harta benda yang perlu ditanggung oleh mangsa banjir. Ini membuatkan lelaki ini mempunyai caranya yang tersendiri untuk memastikan rumah yang dihuni dapat diselamatkan daripada dimasuki air banjir sekali gus dapat meminimakan kos baikpulih jika terjadi banjir besar.
Menurutnya, dengan kaedah yang dikongsikan ini sesuai dipraktikkan bagi mereka yang bersedia untuk hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja. Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Oleh itu, jom kita fahamkan teknik yang digunakan olehnya dan bolehlah dijadikan panduan bersama untuk kegunaan di masa akan datang.
Persediaan Hadapi Banjir
Pada mangsa-mangsa banjir dan mereka yang duduk di kawasan berpotensi banjir sedikit perkongsiaan dari saya untuk persediaan banjir di masa akan datang (kalau ayaq dah masuk dalam rumah baru nak buh.. no use la pulak hehe)
Jika anda nak kurangkan kesan air banjir masuk kedalam rumah anda.. dalam gambar tu cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah.
Peralatan asas perlu ada
1. Plastik ( paling best plastik biru yang jual kat hardware sebab tebal dan murah)
2. Batu bata ( ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam dan luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah)
4. pump ayaq tujuannya untuk sedut ayaq jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih-lebih lagi diruangan bilik air. )
(submersible water pump yang rege RM150 ke bawah yang ni ..jika ada sangat bagus..tapi kalau tak de pun tak pe jika tak cukup bajet..sebaiknya stdby satu kat rumah jika rumah anda memang ada potensi naik air..)
Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.
Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.
Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Jika rumah anda dimasuki air sekalipun ..jangan susah hati. Selepas banjir surut…sila buat tuntutan claim banjir dengan menghubungi syarikat takaful @ insurance rumah anda (bagi yang ada amik perlindungan banjir).
Mereka akan hantar adjuster inspect rumah anda dan in shaa Allah dalam masa 2 minggu pampasan akan dibayar ke acct anda dengan duit pampasan tersebut dapatlah digunakan untuk baik pulih apa yang rosak dan guna untuk kos pembersihan.
Semoga bermanfaat dan kita sama-sama berdoa agar Allah swt lindungi kita semua..aamiin
Jika anda ada apa-apa pertanyaan tentang banjir boleh hubungi RG untuk khidmat nasihat percuma, sebab RG tiap-tiap tahun hadap banjir dah hampir selama 10 tahun.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/radzi.ghani.9/posts/4647800225256456″ style=”bubbles” background=”#3fc6b5″ size=”2″]Radzi Ghani [/su_button]
Bagi seorang isteri untuk bergelar seorang ibu, ianya bukanlah semudah yang disangka. Bahkan ia merupakan antara pengorbanan yang cukup besar kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi melahirkan zuriat penyambung warisan.
Lantaran itu, wajar buat suami agar menghargai isteri di atas setiap kesusahan dan kesakitan yang dialami sepanjang mengandung hinggalah melahirkan.
Ini sebagaimana video yang dikongsikan menerusi TikTok, pemilik akaun @syed. fatin.jaeden.haifa berkongsi momen 30 minit sebelum isterinya bersalin mendapat perhatian warganet.
Dapat dilihat dia menyuapkan nasi berlaukkan ayam goreng ke mulut isterinya demi untuk memastikan isteri tersayang mempunyai tenaga ketika melalui proses bersalin kelak.
Malah, Syed turut dilihat membacakan doa agar dipermudahkan urusan isterinya .
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Perkongsian si suami bersambung semula di video berikutnya selepas isterinya selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Haifa.
Susulan itu, Syed telah menghadiahkan seutas rantai bersama loket berbentuk love yang bernilai RM50,000 bagi menghargai pengorbanan pasangannya selama ini. Bukan sahaja isteri, malah cahaya mata kedua mereka turut dihadiahkan beberapa perhiasan lain yang lebih kecil saiznya.
Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen tumpang gembira apabila pengorbanan wanita tersebut dihargai oleh suaminya. Selain itu, ada yang berseloroh kononnya sanggup bersalin setiap tahun andai pasangan mampu menghadiahkan perhiasan sebegitu.
Baru-baru ini, sebuah agensi perkhidmatan umrah dan haji telah berkongsi kedukaan tentang pemergian seorang jemaah umrah perempuan yang telah meningga dunia sewaktu menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah.
Jemaah yang bernama Neshah Binti Abdullah dillaporkan baru sahaja selesai melakukan Solat Terawih dan sedang dalam perjalanan pulang. Saat melintas jalan, dengan tidak semena-mena dia dihentam oleh sebuah kereta yang melalui jalan tersebut.
Beliau gagal diselamatkan disebabkan kecederaan yang dialami dari kemalangan tersebut.
Sesungguhnya pemergiannya walaupun diiringi dengan kedukaan namun pastinya ada kebaikan yang dilakukan sepanjang hidupnya sehingga dia diberikan’hadiah’ sebegitu besar daripada Allah. Ianya dinyatakan sendiri oleh mutawif yang menyifatkan pemergian allahyarmah begitu indah dan patut di ambil ikhtibar.
Perginya selepas beribadah dan di tempat suci, paling mengharukan dia juga sempat disolatkan oleh jutaan jemaah yang berada di Masjidil Haram.
Menurut orang-orang yang menguruskan pengebumian Allahyarhamah, segala urusan dari malam ke siang amatlah mudah. Bahkan ada wakil memberitahu Puan Neesha masih dalam keadaan berwuduk ketika kembali ke Pencipta. Meskipun sedih, ahli keluarga pasrah dengan takdir Allah dan berterima kasih pada semua yang sudah membantu.
@abukhaleef2 MasyaAllah, sebelum ni biasa dengar je jemaah malaysia meninggal di Tanah Suci, belum ada pengalaman sendiri. Kali ni Allah swt hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis, berurusan dgn bilik mayat, bawa ke bilik mandian jenazah seterusnya bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini. Alhamdulillah semuanya dilancarkan Allah swt, kagum sangat dengan petugas Harmony Excellence. Semua bertungkus lumus dalam menguruskan kematian dan pengkebumian Al Marhumah. Siap buat google live dgn semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat bila dengar suara tangisan dari keluarga di malaysia, namun semua mengucapkan kata2 positive kpd suami arwah, Abg Muhamad Nur. Sampai je tanah perkuburan dgn van jenazah, uncle Nor Hashim dan standby kat sana dgn petugas yg lain. Suami dan adik arwah sama2 masuk liang lahad, semua puas hati dan redha dgn pemergian Al Marhumah. Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran ayat 185 كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Dan hanya pada hari Kiamat kelak sajalah akan diberikan balasanmu dengan sempurna. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون االلَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ #harmonyexcellenceholidays#matiitupasti😔#husnulkhotimah#matidimekah#syahiddijalanallah♬ original sound – AbuKhaleef