Zaman persekolahan, zaman paling seronok bersama kawan-kawan. Mereka ibarat adik beradik kita ketika di sekolah kerana setiap hari jumpa mereka di kelas. Tak perlu ramai, cukup seorang dua yang sentiasa ada bersama kita ketika susah dan senang. Tak terbayang bagaimana hambar hidup jika tiada mereka di sisi. Kan?
Bila sebut susah dan senang bersama, tak semua orang boleh menerima kekurangan seseorang. Hanya yang betul-betul ada hati yang ikhlas dan suci sahaja tidak pandang kekurangan itu sebagai penghalang untuk terus berkawan, malah ia mendidik mereka menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab.
Misalnya seperti satu kisah yang dikongsikan oleh seorang guru ini menerusi laman Facebook miliknya, iaitu Sylvester Ronny Pulene yang berkongsikan kisah dua sahabat membantu rakannya dipercayai istimewa untuk membuang air kecil di tandas sekolah. Jom ikuti perkongsiannya.
Erti sebuah Persahabatan (Pementas Enggau Kaban)
Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan tiga sahabat ini (Murid tahun 1). Dua orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana salah seorang dari mereka ingin membuang air.
Ads
Murid “J” ini sememangnya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan ‘pampers’. Tapi mungkin hari ini dia tak guna ‘pampers’.
Perbualan mereka juga tidak begitu jelas, agak perlahan. Tapi yang membuatkan saya bangga yang dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan keadaan dia. Bahkan kadang-kadang kawannya sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah.
Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yang lain. Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada pelajar ini walaupun mereka masih di usia 7 tahun.
Ads
Kawan dia itulah yang tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila sudah selesai urusan di dalam tandas. Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan rakan-rakannya yang membantu dengan seikhlas hati itu. Malah, ada juga yang mendoakan yang baik-baik buat mereka di masa hadapan.
Ads
Semoga dengan perkongsian kecil ini dapat memberi inspirasi kepada semua tanpa mengira usia. Kadangkala, yang masih kecil juga mampu menjadi inspirasi kepada yang telah dewasa.
Fauzi Nawawi rasa bersyukur berjaya tamat pengajian diploma, mahu jadi inspirasi kepada anak-anak. Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Fauzi Nawawi Rasa Bersyukur Berjaya Tamat Pengajian Diploma
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
Menginginkan bilik tidur yang ringkas tanpa serat dengan kelengkapan dan perabot yang menyesakkan ruang, idea bilik tidur tanpa katil ini mungkin sesuai untuk bilik tidur anda.
Memberi lebih gaya dan kesempurnaan ruang bilik dengan konsep sedemikian, sedikit kerja pertukangan perlu dilakukan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Tri Puryana, bilik tidurnya nampak begitu wow walaupun dihias ringkas.
“Saya share bilik yang tak pakai katil..sebab banyak yang tanya dalam post sebelum ni..
“Sebenarnya mulanya nak cuba dulu buat untuk bilik anak perempuan..tapi rasa selesa tidur tak pakai katil..
“So buat untuk bilik yang lain….Idea dari pinterest. Semoga bermanfaat…untuk yang kreatif boleh buat sendiri. ..
“Bilik anak perempuan. Atas kepala yang biru putih adalah papan sekeping-sekeping.”
Tranformasi di biliklain
Step 1 : Pasang kayu tinggikan dari lantai dalam 20cm.
Step 2 : Pasang kepala katil walaupun bukan katil (tak tau nak sebut) wiring siap-siap untuk lampu atas kepala tu. Buat laci siap-siap kanan dan kiri serta suiz supaya tak berebut dengan orang sebelah.
Step 3 : Pasang tilam. Takdan nak dekor ada anak kecil tengah lasak. Simple je.
Intan Najuwa kongsi persiapan sambut baby girl,"I can’t wait to finally hold you in my arms."Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama kelihatannya 'rancak' membuat persiapan kedatangan anak sulungnya.