Setiap awal tahun ibu ayah akan mempersiapkan keperluan persekolahan anak-anak dengansesempurna yang bolah. Tentu sebab ini juga, ada antara ibu ayah yang berasa cukup terbeban dengan kos yang perlu ditanggung ditambah pula dengan pelbelanjaan harian dan sebagainya. Andai bergaji besar mungkin tidak terasa sangat namun bila sumber kewangan terbatas, itu yang membuatkan ada yang merasai keperitannya. Lantas, bagi meringankan beban tersebut terutamanya pada golongan berpendapatan B40, ada satu berita menarik untuk dikongsikan di sini. Lain tidak bukan adalah bantuan kewangan daripada Yapiem hingga mencecah RM 500 bagi satu keluarga yang layak.
Jadi usah tunggu lagi, cubalah memohon mana tahu ada rezeki anda dan bolehlah menampung apa yang kurang dalam membiayai persekolahan anak-anak. Jom semak perkongsian daripada saudara Mohd Fariz.
BANTUAN PENDIDIKAN!!! CEPAT SHARE! NANTI PRINT DAN MOHON!
Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga. Isi borang ini, hantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran, hebahkan kt group lain yg xtau maklumat tu.
NOTA:
Bagi yang ada masalah untuk print Borang ini cuba dapatkan Borang dekat cawangan YAPIEM berdekatan ye.. Isi maklumat dan hantar ke YAPIEM berdekatan..
Terima Kasih.
Ads
BORANG BOLEH PRINT TERUS DARI FB
.
.
Ads
Manakala Puan Noor Haslina Hassan juga telah mengambil langkah untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan pergi sendiri ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran kediamannya untuk mengambil borang tersebut.
Ads
“Ambo g ambil doh borang bantuan pendidikan anok…photostat pon boleh jugok….moga2 ada rezeki anak…amiinnn… Bantuan Persekolahan YAPEIM untuk keluarga B40 pelajar sekolah menengah dan rendah. Maksima bantuan RM500 satu keluarga. Isi borang ini, hantar ke Pejabat Ar-Rahnu YAPEIM berhampiran. Borang maklumat mesti lengkap”
.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyakit yang semakin banyak menyerang wanita hari ini membuatkan kita semakin takut. Bimbang dengan pemilihan makanan atau cara hidup yang membuatkan mudah terdedah kepada risiko penyakit bahaya seperti kanser dan sebagainya. Semua ini membuatkan wanita semakin takut.
Justeru, wanita perlu lebih peka akan kesihatan diri sendiri. Memastikan diri dalam keadaan baik sekaligus dapat menjaga amanah Allah suami dan anak-anak.
Bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan bebas daripada serangan penyakit yang ditakuti, pesanan daripada Prof Dr Hamid Arshat ini wajar kita ikuti.
Satu pesanan yang amat berguna untuk dipraktikkan, seperti pesanan seorang ayah kepada anaknya.
Pesanan kepada wanita dan pesakit-pesakit saya
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional boleh dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti cara,gaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaan dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengetahuan.
5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi pelbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain-lain punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan-bahan kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan segera serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.
70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayuran)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Kunyah makanan perlahan-lahan dan berulang sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik kunyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur-sayuran jika sajian pertama tidak mengenyangkan.
Waktu selingan (teh dan coffee break) makan kacang badam , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji-biji kuaci, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum jus buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah jus buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah baik untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan dibuktikan sebagai antikanser. Begitu juga pelbagai pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacang Botol, Tujuh Jarum dan sebagainya- mengandungi pelbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopaus boleh beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak mengambil sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari pelbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul dimana-mana saja. Tetapi kita boleh tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘
16. Senaman juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis senaman sesuai dengan gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gim, treadmill, taichi, silat atau yoga.
senaman hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ di mana-mana saja, sambil duduk atau berdiri; di pejabat atau dirumah ; di pejabat khusus setelah berjam-jam buat kerja atau pandang komputer. Duduk di kerusi, pusingkan menghadap ke belakang atau ke sudut.
Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam dan hembuskan keluar perlahan-lahan melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istighfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit.
Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat ke atas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa.
Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada symptom-simptom tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopaus.
Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohidrat. Lakukan senaman setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai benjolan atau tumbuhan pada perut.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampung keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Makanan tambahan yang mengandungi pelbagai unsur saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual di pasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”. Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes buli baru-baru ini mengundang kemarahan orang ramai selepas satu video melibatkan pelajar dibuli di sebuah sekolah berasrama penuh tular di media sosial.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IgStory), baginda menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan beberapa kejadian buli seperti yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.
“Saya dapat tahu ada kes buli di negeri saya. Saya dukacita dan kesal. Saya nasihatkan semua untuk sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan,” titah baginda.
Dalam perkongsian yang sama, Tengku Hassanal turut berkongsi kisahnya yang pernah menjadi mangsa buli sebelum ini.
“Dulu saya pun pernah dibuli orang asing semasa di luar negara. Dan saya amat sedih apabila rakyat saya sendiri bergaduh.
“Kepada pelajar-pelajar sekolah semua di Pahang, tolong jangan bergaduh dan jangan pukul orang!” tulis baginda.
Tengku Hassanal seterusnya bertitah kes buli mesti segera ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran sekolah selamat.
“Saya meminta semua pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan,” tuisnya sambil turut membuat memuat naik ‘screenshot’ mengenai berita kes buli yang berlaku di Pahang.
Minggu lalu, negara digemparkan dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak susulan tersebarnya video memaparkan beberapa orang pelajar menumbuk perut seorang pelajar lain.
Dalam perkembangan terbaru, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mengambil keputusan menamatkan pengajian 10 pelajar maktab berkenaan yang dikenal pasti terlibat dalam kes tersebut.
Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut memohon doa agar perjalanan ibadahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.
Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.
“Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Ibadah Umrah.
“Maaf andai ada salah silap dari kami, terkasar bahasa, terguris rasa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
“Mohon doakan agar segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci,” tulisnya.
Melalui satu entri di Instagramnya, Shuib dan isteri serta anak-anaknya turut bergambar kenangan dengan busana sedondon serba kelabu.
Semoga perjalanan suci Shuib dan anak-anak dipermudahkan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.