Menguruskan anak bukan suatu yang mudah apabila setiap anak-anak mempunyai perkembangan yang berbeza.
Kadang kala, anak-anak yang nakal membuatkan ibu bapa hilang sabar. Akibatnya anak dimarahi bagi tujuan mendidik mereka.
Namun hakikatnya jika salah pendekatan yang digunakan untuk menegur anak, dipercayai mengakibatkan anak mengalami tekanan perasaan.
Ikuti cara yang disyorkan oleh pakar terapi setelah beliau mendapati banyak kes yang diterima adalah dikalangan kanak-kanak.
Tanya emosi anak-anak sebelum tidur
Sebelum tidur, biasanya saya akan bersembang one to one session dengan semua anak-anak saya.
Saya akan bertanya, “Ada tak perkara-perkara yang membuatkan anak-anak sedang bersedih pada hari ini?”.
“Ada tak anak-anak nak cerita apa-apa yang ada didalam hati pada Ummi?”.
Ads
“Macam mana emosi anak-anak sepanjang hari ini memandangkan Ummi dan Walid bekerja?”.
“Ada tak perkara yang membuatkan anak-anak terasa hati yang datangnya daripada Ummi dan Walid?”.
Itu antara soalan-soalan yang saya akan tanya sehingga mereka cerita semuanya.
Sungguhlah, kanak-kanak adalah orang yang sangat jujur. Mereka akan bercerita jika kita bertanya baik-baik.
Selalunya saya akan meminta maaf kalau mereka terasa hati dengan saya ataupun suami. Betul-betul minta maaf dan saya katakan saya takkan ulang semula kesalahan itu.
Ads
Seriusly, mereka akan tersenyum polos jika kita meminta maaf dan mengakui kesalahan kita. Malahan, mereka juga turut meminta maaf kepada kita tanpa disuruh. Iya, saling-saling bermaafan.
Kita ibu bapa memang ada ego, tetapi jauh di sudut hati kita, kita mahukan yang terbaik untuk semua anak-anak kita.
Kadang-kadang cara dan kaedah kita terlalu ‘keras’ dan mereka susah nak terima. Lalu di simpan ‘kemas’ di dalam hati mereka. Di bawa hingga mereka dewasa.
Sesi luah perasaan
Ads
Saya lakukan talk one to one session bersama anak-anak sejak menerima banyak kes Depression dan Anxiety di kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tahun ini. Ramai sangat-sangat.
Kebanyakkan client saya ini membawa beban perasaan yang sangat berat. Memendam rasa atas teknik parenting oleh ibu bapa masing-masing.
Tak rugi pun kita meminta maaf jika kita bersalah kepada anak-anak. Selepas mereka okey, kita jelaskan semula sebab dan akibat kenapa kita lakukan begitu.
Jelaskan baik-baik dengan tenang. InsyaAllah mereka akan senang menerima teguran kita.
Cara didikan kita akan mencerminkan siapa anak-anak kita di masa hadapan.
Sumber: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kawasan tanah mendap dan jerlus dipercayai menjadi punca sebuah kontena terbalik lalu menghempap seorang lelaki bersama kereta miliknya dalam kejadian di Jalan Dato Yusof Shahbudin, Taman Sentosa dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 5.09 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati kontena tanpa kepala itu diletakkan di tepi jalan di lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemunggahan barang.
“Mangsa dipercayai meletakkan kenderaannya itu bersebelahan dengan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berhampiran.
“Siasatan mendapati mangsa ternampak kontena terbabit sedikit condong sebelum bertindak mengubah kenderaannya itu ke kawasan lain,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Bagaimanapun, Hoong Fong berkata, mangsa tidak sempat berbuat demikian apabila kontena terbabit kemudiannya terbalik lalu menghempap mangsa dan keretanya.
“Mangsa dipercayai belum sempat masuk ke dalam keretanya sebelum kontena tersebut terbalik.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, keadaan tanah mendap dan jerlus dipercayai mengakibatkan kontena tersebut tidak stabil dan terbalik.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber : Sinar Harian, Khairudin Abd Aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon cantik, Intan Najuwa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos yang lalu dengan seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Ahmad Asraf Azman kerap menjadi sorotan di media sosial.
Intan juga dilihat tidak lokek berkongsi momen bersama suami di media sosial walaupun sangat tertutup sebelum bergelar isteri.
Terbaru, pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini telah memuat naik momen memasak sup ikan jenahak buat suami tercinta yang kurang sihat ketika itu.
Dalam video tersebut jelas kelihatan yang pelakon berkenaan cukup pantas di dapur dan langsung tidak kekok memasak juadah di rumah.
Meninjau di ruangan komen, Intan sempat berkongsi resepi bagi mereka yang ingin mencuba sup ikan caranya. Tidak kurang juga ada yang memuji Intan bukan sahaja cantik tetapi tak sangka hebat juga di dapur.
Malah, ada yang mengatakan tak mengapa hantarannya tinggi kerana mempunyai pakej cukup lengkap sebagai seorang isteri.
Sumber: TikTok Intan Najuwa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat kelibatnya di dalam kereta pasti menimbulkan rasa kurang senang. Semuanya gara-gara kotoran daripada sisa makanan, serdak biskut atau kek yang dimakan oleh anak anda di dalam kereta. Keadaan sebegini memang tidak dapat dielakkan dan sudah tentu ia menarik perhatian makhluk yang tidak diundang iaitu lipas. Kalau sudah melihat kehadiran dalam kereta kena pantas mencari cara untuk menghapuskannya kerana binatang ini cukup cepat membiak. Sedari tak sedar dari seekor mungkin sudah ada satu koloni di dalam kereta anda.
Kalau cara semburan masih tidak berkesan untuk membasmi lipas, Jom cuba petua daripada seorang pengguna Facebook Cik Zati ini. Mana tahu boleh membantu mengatasi masalah anda. Bahan-bahan
Bekas kosong
Minyak masak terpakai
Marjerin.
Susu pekat
Caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam bekas kosong.
2. Letakkan di bahagian tempat letak kaki atau mana-mana ruang dalam kereta.
3. Tinggalkan semalaman dan lihatlah hasilnya keesokan harinya.
4. Susu dan marjerin akan menarik lipas datang sekali gus terperangkap dalam minyak. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di