Bapa, Anak & Cucu Berkongsi Pelamin. Majlis Cukup Unik, Melambangkan Keharmonian Keluarga!

Umumnya bila kita menghadiri majlis perkahwinan, sepasang pengantin akan diraikan dengan penuh kemeriahan. Namun perkahwinan 3 generasi iaitu bapa, anak serta cucu ini dalam merealisasikan hari bersejarah mereka dengan melangsungkan majlis perkahwinan secara serentak di Jalan Rezab 2, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas cukup istimewa.

Ahmad Omar, 80, (bapa) bersanding bersama pasangan, Juriah Misubani, 61; Rozita Ahmad, 45 (anak) pula bersanding bersama Mohd Yazid Ali, 44; manakala Nurhazimah Mohd Hussin, 24, (cucu) dengan pasangannya, Mohamad Zulhaire Zakaria, 22.

Majlis bersejarah itu turut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu sebagaimana memetik laporan akhbar Harian Metro, majlis pernikahan Ahmad berlangsung pada 1 Jun, Rozita pula pada 3 Jun manakala Nurhazimah pada 30 Jun.

Pasangan mempelai Ahmad Omar dan Juriah mengenakan pakaian serba kelabu, Nurhazimah bersama Mohamad Zulhaire pula serba merah manakala Rozita serta Mohd Yazid berpakaian ungu.

IKLAN

Ketiga-tiganya bersanding di rumah Mohd Hussin Jambari selaku tuan rumah yang juga bapa kepada Nurhazimah.

Ahmad yang juga bapa kepada enam anak dan mempunyai 15 cucu serta tiga cicit berkata, majlis pernikahannya berlangsung di Pejabat Kadi Pontian dengan hantaran RM5,000.

Katanya, kelangsungan majlis berkenaan, termasuk bersanding secara serentak adalah hasil permuafakatan semua pihak, termasuk ahli keluarga pengantin.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak, termasuk penduduk kampung serta saudara-mara, yang membantu menguruskan majlis ini,” katanya yang bekerja sebagai petani.

IKLAN

Bagi Rozita yang juga anak bongsu daripada enam beradik, dia bersyukur dengan kelancaran majlis persandingan itu.

“Siapa sangka, tiga generasi bersanding di pelamin yang hari yang sama. Ia cukup menunjukkan eratnya silaturahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

“Saya berdoa supaya perkahwinan kami sentiasa dirahmati Allah SWT. Terima kasih juga kepada semua yang membantu,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di daerah ini.

Bapa, Anak & Cucu Berkongsi Pelamin. Majlis Cukup Istimewa, Melambangkan Keharmonian Keluarga!

IKLAN

Sementara itu, tetamu, Robaniah Jamari, 60, berkata, majlis berkenaan bukan sekadar menjadi kenangan buat mempelai malah tetamu.

“Majlis ini cukup unik serta melambangkan keharmonian dalam keluarga juga masyarakat,” katanya.

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bapa, Anak & Cucu Berkongsi Pelamin. Majlis Cukup Istimewa, Melambangkan Keharmonian Keluarga!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI