Anak lelaki memang terkenal dengan lasak dan aktif. Jika tak ada luka atau tanda parut memang tidak sah! Terbaharu, ajakshiro posting di instagramnya telah berkongsi cerita mengenai anak sulungnya cedera di bahagian kening setelah bergurau dengan adiknya.
Namun, pelawak terkenal ini, Ajak Shiro menyifatkan kecederaan anaknya, Mohammad Jad Thaqif sebagai salah satu situasi yang akan ditempuhi oleh anaknya yang sedang akan melalui fasa dewasa nanti.
“Proses untuk dewasa Jad…Baru nampak jantan sket ye dak? Dia begurau dgn Sheikh Had baling-baling beg sekali kena baling dengan botol minyak wangi daaa.”
Menjalani kehidupan ini kalau boleh kita mahu semuanya lancar dan mudah dilalui. Sentiasa rasa bahagia di samping keluarga, dimurahkan rezeki dan sentiasa tenang tanpa tekanan.
Namun hakikatnya, kehidupan itu adalah suatu ujian. Pasti ada pasang surutnya, ada waktu tenang ada masanya bergelora.
Begitu juga bila menyentuh tentang rezeki, pasti antara kita pernah berdepan saat kesukaran hidup.Apatah lagi bila mengenangkan ketika mula belajar hidup berumah tangga.
Setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza dan yakinlah setiap ujian yang diberi Allah, hadapi dengan reda dan terus bergantung harap denganNya. Pasti ada habuan yang indah dipenghujungnya, seperti munculnya sang pelangi yang indah selepas bumi ditimpa hujan.
Namun amalan bagaimana harus kita lakukan untuk menjemput rezeki?
Hal ini dikongsikan di fb Pakar Diari Hati berkenaan Tips Murah Rezeki..Perkongsian daripada pengalaman seorang sahabat.
Jom semak.
Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau untuk anak-anak, semua pasti akan ditunaikan oleh ibu ayah asalkan benda itu dalam buatkan mereka selesa. Seperti yang tular baru-baru ini seorang bapa menjadi ‘penyelamat’ bukan sahaja untuk anaknya, tetapi dengan anak-anak murid lain apabila membeli lipas untuk diletakkan ke dalam kelas tersebut.
Tindakan prihatin itu dibuat bapa pelajar terbabit selepas anaknya mengadu berasa panas di dalam kelas berkenaan yang hanya mempunyai tiga kipas sahaja manakala satu daripadanya mengalami kerosakan.
Menerusi hantaran video dibuat pemilik akaun TikTok bernama Hanafi Yahya, anaknya bernama Hariz yang belajar di Sekolah Kebangsaan Slim River, Perak mengadu panas dan berasa kasihan terhadap kawan-kawan serta guru yang berasa tidak selesa.
“Selepas melihat keadaan kelas, memang panas kerana kipas yang ada tiga di tengah-tengah satu sedang rosak. Pelajar di tepi kelas tidak dapat merasa angin.
“Selepas panggil juruteknik, saya beli satu kipas siling dan empat kipas dinding, buat pendawaian siap-siap supaya kemas dan selamat. Semoga cikgu dan rakan Hariz selesa nanti,” tulisnya.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan bapa ini yang sanggup berbuat tindakan demikian demi anak-anak.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...