Kisah seorang isteri yang kehilangan suaminya yang merupakan seorang tentera ketika menjalani latihan tular dimedia social ternyata menarik perhatian ramai.
Tambah sebak lagi pasangan ini yang belum setahun berkahwin baru sahaja pulang dari percutian mereka.
Menerusi satu hantaran di TikTok @hakakloreng telah memuat naik satu video memaparkan pengebumian allahyarham, Mohamad Izuan Hafiz Mohd Supian yang disempurnakan mengikut adat istiadat tentera.
Lebih memilukan lagi bila mana dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Izuan sempat memuat naik beberapa foto dirinya bercuti bersama isteri di Cameron Highland.
Ads
Bahkan pahlawan negara berusia 26 tahun itu kelihatan sangat gembira meluangkan masa bersama keluarga kecilnya yang baru dibina tidak sampai setahun.
Menjengah ke ruangan komen beberapa video yang dimuat naik di TikTok, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan tidak kurang juga dengan kata-kata semangat untuk terus kuat dan tabah.
Sebelum ini tular video yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang gigih menabung selama setahun demi untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hati.
Apa yang lebih mengujakan sepanjang tempoh setahun itu, pemuda tersebut akhirnya berjaya mengumpulkan RM19,000 untuk belanja kahwin.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Shafiq Shaifullah, dia telah berkongsi kenangannya menabung selama setahun bermula dari Januari 2020 sehingga awal tahun 2021 di aplikasi Tik Tok.
Sehubungan dengan itu, ramai yang bertanya tip bagaimana dia dapat lakukannya dan berasa sangat kagum dengan semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut.
Turut terpanggil untuk berkongsi kisah kejayaan Shafiq untuk mengumpul duit sebanyak itu dalam tempuh setahun, Dr Azizul Azli berkongsi kisahnya di akaun facebooknya.
Ini perkongsiannya semoga bermanfaat.
NEKAD PEMUDA INI DAPAT RM19K
Pemuda kacak ini, Shafiq Shaifullah buat tabung nekad nak kahwin. Dia guna formula SIMPAN = LEBIH BARU BELANJA .
Gaji bulanan cuma RM1500 sahaja, dia nekad buat simpanan RM1500 setiap bulan bermula 07 Jan 2020.
Duit belanja hidup dia pulun OT dan buat kerja lain. Pendapatan utama dia simpan.
Semangat giler bagus lelaki ini. Memang patut dibuat suami.
Lebih bijak, dia gunakan dan buka Tabung Kawen lepas majlis kahwin.
Maka,
Mereka keluarga baru ada simpanan yang baik untuk memulakan kehidupan lepas kahwin. Kehidupan lepas kahwin lebih utama dari majlis kahwin kawan kawan.
Tahniah bro,
Moga jadi inspirasi buat semua yang lain juga. Jika nak seribu daya akan usaha .
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Kebiasannya orang memilih tempat yang lebih privasi untuk berbulan madu atau menyambut ulang tahun perkahwinan, namun bagi segelintir pasangan memilih untuk mengejarkan umrah di Tanah Suci.
Sebenarnya ia adalah destinasi yang amat istimewa yang ramai terlepas pandang. Barang kali ada yang menyatakan,belum sampai seru dan sebagainya, sedangkan lokasi percutian lain sudah dijelajahi bersama pasangan seperti kota London, Korea dan sebagainya dengan kos yang hampir sama dengan umrah.
Ikuti coretan ‘manis’ seorang mutawif, Shauqi Hasan yang mengakui bahawa umrah adalah destinasi yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri.
Kenapa Saya Kata Umrah Adalah Destinasi Paling Indah Buat Pasangan Suami Isteri? Baca Sampai Habis.
Menjadi impian ramai untuk ke Tanah Suci semenjak daripada kecil lagi. Apalagi jika dapat pergi dengan suami isteri tercinta.
Kebanyakan jemaah yang saya bawa mempunyai pelbagai latar belakang dan sejarah. Ada yang baru berkahwin, mahu menjadikan Mekah sebagai desitinasi pertama untuk mereka berdua lawati. Memohon agar dikurniakan kebahagiaan rumahtangga dan mampu untuk memimpin keluarga ke arah baiti jannti. Nak bercinta hingga ke jannah!
Ramai juga yang dah simpan angan-angan nak honeymoon di Mekah, nak merasai kehebatan cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Moga diberikan petunjuk dan hidayah untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga mengikut uswah baginda saw.
Ramai yang mahu memanjatkan doa untuk diberikan ikatan jodoh yang bahagia, kekal ke anak cucu sehebat Nabi Ibrahim dan Siti Hajar. Masing-masing meluahkan rasa dan doa tak putus-putus nak sampai di depan Kaabah untuk memanjatkan hajat di hati.
Ada yang dah lama kahwin, tapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Pasangan ini selalu akan berusaha untuk tunaikan umrah sehabis baik. Setiap hari ada sahaja masa lapang mereka akan buat tawaf sunat dan fokus beribadah. Sehari sampai 3-4 kali mereka buat tawaf sunat dan duduk lama berdoa di depan kaabah agar mempermudahkan urusan diberikan zuriat.
Romantiknya mereka bukan dengan berjalan beriringan tangan di tepi pantai Maldives, menyewa hotel mewah dan malamnya diraikan dengan candle light dinner. Tetapi mereka berjalan meredah lautan manusia mengililingi Kaabah. Suami di depan memimpin tangan si isteri sambil mulut tidak putus-putus berdoa sepanjang masa. Pada saya, itu lebih romantik…!
Hasilnya…, 2-3 bulan selepas pulang dari umrah mereka umumkan dalam whatsapp group si isteri sudah pun berbadan dua. Syukur ke hadrat illahi, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk mereka.
Sesungguhnya ujian untuk setiap manusia itu tidak sama, tetapi jika sejauh itu mereka sanggup merantau untuk berusaha dan berdoa, itulah antara kemuncak ikhtiar mereka yang dijawab Allah dengan memakbulkan satu berita gembira.
Dalam kalangan jemaah saya juga ada yang sudah mengandung 5 bulan. Si suami siap usung satu keluarga angkut sekali panjat Jabal Nur untuk merasai sendiri pengalaman berada di puncak bukit dan Gua Hirak. Di sinilah antara tempat terbaik untuk mentarbiyah diri buat suami merasai bagaimana perjuangan Rasulullah bertahanut mencari kebenaran di tengah-tengah porak perandanya masyarakat jahiliyyah.
Bagi si isteri, inilah lokasi untuk menguji kesetiaan mengikut jejak sang suami. Demikianlah ketabahan Siti Khadijah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan baginda Rasulullah SAW.
Bukan senang nak tarbiyah si isteri. Begitu juga sebaliknya. Hanya dengan memahami matlamat, misi dan visi agama sahaja baru kita mampu membuka hijab untuk berubah. Semasa Umrah masing-masing diri seakan-akan dengan sendirinya terdidik dengan sedikit sebanyak program lawatan dan usrah.
Ya.. Kesannya sangat mendalam.
Setiap langkah ketika mendaki adalah ujian untuk si suami membawa isteri sampai ke puncak. Matlamatnya sama tetapi kekuatan dan kelajuannya berbeza.
Ada isteri yang menolak suami ke atas. Ada yang sanggup ditinggalkan di bawah untuk beri laluan kepada suami mempercepatkan langkah. Ada suami yang memimpin isteri penuh sabar. Setiap langkah dijaga dan diselangseli dengan gelak tawa, gurau senda dan riang berdua-duaan sambil sekali sekala berhenti mengambil nafas menuju ke Gua Hirak.
Inilah saat peribadi yang sangat manis. Ada kisah yang tak pernah dikongsi suami diluahkan di atas Jabal Nur. Ada memori indah suami isteri diungkit kembali untuk terbitkan rasa kasih dan sayang yang dah lama pudar.
Sebelum kahwin isteri dan suami hensem, ramping dan menawan. Lepas 30 tahun, masing-masing dah berubah rupa dan bentuk. Masa inilah dapat kita lihat betapa cintanya sang isteri dan suami ketika saling bantu membantu, saling memberi sokongan dan semangat.
Kadang tu ada juga drama sikit-sikit. Yang baran belajar untuk kawal kemarahan. Yang terlalu ‘demand’ mula belajar menerima isteri seadanya. Yang dah biasa banyak mulut pula belajar menjadi pendiam dan berlapang dada.
Di sana masing-masing bermuhasabah diri di mana yang silap. Masing-masing ambil pelajaran untuk berubah menjadi lebih redha dan saling meredhai.
UMRAH DESTINASI PALING INDAH BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MAHU MENCIPTA KELUARGA SAKINAH BERMULA DARI RUMAH
Ramai ahli dalam jemaah saya menjadi seperti pasangan yang baru berkahwin. Padahal ada yang dah nak masuk 30 tahun usia perkahwinan mereka. Ada yang dah bercucu pun. Semuanya bersemangat nak ber’dating’ di Baitullah.
Kena pula dengan kuliah Dhuha dan perkongsian santai saya yang wajib akan sentuh isu parenting dan kekeluargaan. Memang misi kita di Mekah adalah untuk menelusuri sejarah dan sirah. Sama-sama ingin memahami bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berjaya mencipta watak Siti Hajar, isteri solehah. Sama-sama ingin menyingkap rahsia bagaimana membentuk anak yang taat sehebat Nabi Ismail a.s..
Ini semua adalah pendidikan jiwa dan koreksi diri yang tidak dapat di tempat lain kecuali di Mekah dan semua lokasi ziarah. Di depan Baitullah, perkongsian jiwa mampu membuka mata dan minda kita bagaimana untuk mencipta keluarga sakinah. Sama-sama berazam untuk kembali mengangkat al-quran dan sunnah sebagai ikatan di setiap jiwa ahli rumahtangga bagi membina jannah.
Di Haramain, rahsia alquran dibukakan dengan penjelasan dan huraian. Tujuannya agar kita faham akan tuntutan hidup, serta tahu memainkan fungsi dan peranan sebagai seorang SUAMI, ISTERI dan ANAK. Itulah kisah agung di sebalik ibadah umrah di Baitullah. Setiap ritual ibadah itu tersembunyi 1000 rahsia untuk menjadi pedoman membina SYURGA RUMAHTANGGA setelah pulang dari sana.
KASIH KEMBALI BERTAUT.
Di sinilah nawaitu menjadi penyatuan kepada hajat pasangan masing-masing. Ada yang sentiasa jalan berpegangan tangan apabila pulang dari masjid. Tak pernah lekang berdua dan sangat asyik berjalan bersama-sama.
Kenangan tawaf dan saie bersama suami isteri memang manis sekali. Biarpun dihimpit dan ditolak umat manusia di tengah-tengah mataf, masing-masing tetap berpegangan tangan dan gagah meredahnya.
Hilang dalam lautan manusia adalah antara ujiannya di sana. Ada yang mudah saja berjumpa semula tanpa perlu talipon dan bertanya ke sini sana. Tiba-tiba bertemu semula di mana-mana seperti sudah berjanji sejak mula.
Sikap sentiasa bersabar dan redha akan membuatkan hampir tiada perselisihan faham antara suami isteri di sana. Ye lahh, orang kata “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Tapi di sana insyaAllah, hubungan akan semakin erat dan perasaan kasih bertambah sayang.
PENUTUP
Jika ada yang merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama pasangan suami isteri masing-masing, saya memang sangat-sangat menyokong! Memang wajib plan awal-awal. Kalau boleh, yang baru kahwin tu buat majlis ringkas-ringkas sajalah kendurinya. Lagi baik duit hantaran tu dijadikan modal untuk honeymoon di Mekah sana.
Saya bercerita tulus daripada hati kerana saya menyaksikan banyak kisah cinta di Mekah dan Madinah selama ini. Baik yang muda mahupun yang veteran, semuanya ada kisah dan sejarah cinta tersendiri yang sarat dengan pelajaran.
Lebih-lebih lagi melihat anak asnaf dan yatim RPWP yang baru bernikah dan dibawa bersama. Sambil menjadi krew petugas, mereka ambil peluang mengikat kasih sayang sebagai pasangan baru bercinta. Setiap saat dan detik masa di Mekah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyulam rasa syukur di atas nikmat kasih sayang dalam hidup berkeluarga.
Doa saya, semoga yang berjaya baca sampai di sini berpeluang menunaikan umrah atau haji pula selepas ini bersama mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua yang tercinta.
Selepas tujuh hari melahirkan anak yang ketiga, pelakon Datin Lisa Surihani telah mengumumkan nama anaknya itu menerusi laman sosial Instagram. Lisa dan suami memilih nama Yunos Laith yang diambil bersempena nama salah seorang nabi.
Perkongsian tesebut turut menarik perhatian warganet, bila Lisa turut berkongsi foto Yunos Laith yang sedang dipangku oleh kakak dan abangnya, Yuhaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne, 4.
Tentunya detik ini cukup membahagiakan buat mereka sekeluarga. “Kami ingin memperkenalkan adik kami, dia berusia 7 hari pada hari ini. Nama dia Yunos Laith Bin Yusry.”
“Yunos adalah nama salah seorang nabi dan Laith bermaksud berani seperti seekor singa. Rawr!”
“Kami sayang dia sangat. Dia dilahirkan pada 15 Jun, iaitu sama hari dengan tarikh lahir daddy. Alhamdulillah terima kasih semua untuk doa dan ucapan yang baik,” tulis Lisa di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat Lisa dan Yusry. Antara komen daripada rakan artis adalah seperti dari pelakon Sari Yanti, ujarnya, “Lebatnya rambut”, manakala penyanyi Sophia Liana pula mengucapkan tahniah,”Congratulations Kak Lisa”, begitu juga Fazura turut memberi tanda suka dengan 3 love.
Selain itu diperkongsian terkini, Lisa turut berkongsi momen sedang mencukur rambut bayinya yang dilakukan oleh Yusry sendiri. Hal ini turut mendapat pujian daripada warganet.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.