Asyik beli je agar-agar cincau, apa kata buat sendiri saja di rumah. Bagi yang tak tahu, cincau dihasilkan dari pokok cincau, bahagian daun dan ranting yang telah dikeringkan.
Proses nak buatnya mudah sangat.
Memang akan berpuas hati kerana menikmati cincau yang dihasilkan sendiri! Malah dijamin
Bolehlah menikmati jeli cincau hitam buat sendiri yang bersih serta halal.
Bacaan menarik: Rupanya Rumah Sewa, Milik Isteri. Lelaki Ini Terkejut Baru Tahu Lepas 5 Bulan Kahwin.
Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, jom ikuti resipi oleh saudara Ibrisam Wossali ini.
Dalam group ni ada tak sahabat yang tanam pokok cincau hitam, tapi belum pernah buat cincau? Atau dah cuba buat tapi tak menjadi cincaunya.
Di sini saya nak berkongsi cara memprosesnya. Saya dpt resepinya dari seorg sahabat. Resepinya tu saya ada buat penambahan bahannya spt air kapur @ air abu dan daun pandan. Saya dpt ilmu ini melalui pembacaan dan belajar dari youtube.
Bahan2nya :
100 gm daun cincau kering.
5 liter air tapis
200 gm tepung kanji
20 ml air kapur ( air abu)
3@4 helai daun pandan
Caranya :
1. Rendam sekejap daun cincau kering. Kemudian basuh sehingga bersih. Tapis sekejap daun yg telah di basuh tadi.
2. Sediakan air tapis + air abu + daun pandan. Rendam daun cincau dlm air tersebut semalaman.
3. Esoknya terus rebus lebih kurang dlm 30 minit. Pastikan air rebusan berbaki 2/3 bhg ( 3.3 liter) atau kurang dari 3.3 liter.
4. Tapis air rebusan dan biarkan ia menjadi suam dahulu.
5. Kemudian barulah bancuh tepung kanji dgn sedikit air lalu campurkan dlm pati rebusan cincau tdi.
6. Rebusan kali kedua ini mestilah guna api yg kecil shj.
7. Masak sehingga air menjadi hitam berkilat dan likat.
8. Tutup api dan terus tuang ke dalam bekas. Proses ni kena cepat dan pantas sbb cincau cepat sangat membeku.
9. Setelah sejuk bolehlah di campur dlm minuman kegemaran masing2.
Daun cincau yang dah cukup kering
Rendaman daun cincau kering + air tapis air + air abu + daun pandan. Saya dapat info bahawa air abu penting utk proses membuat cincau hitam. Ia membantu mengeluarkan estrak cincau. Air abu ni bukanlah dari kapur sirih tu ya. Ada jual di kedai bakery. Sebelum ni saya buat cincau tak letak air abu, hasilnya air rendaman warnanya kurang hitam.
Beberapa jam setelah di rendam kelihatan air sudah berwarna hitam. Ini menandakan daun cincau telah mengeluarkan estrak cincau.
Setelah di rebus dan di tapis inilah hasilnya estrak pati cincau hitam. Rebusan kali kedua nanti barulah letak tepung kanji pula.
Daun cincau yang saya jemur 20 hari yang lalu. Hari ni barulah berkesempatan untuk membuat cincau.
Inilah hasilnya cincau homemade.. Paling penting ia beku. Rupanya taklah secantik mcm di jual kt kedai baja
Netizen juga berkongsi pandangan.
Baru kenal pokok cincau
Selamat mencuba.
Sumber: Ibrisam Wossali
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club