Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Khairulaming, lagi-lagi buat peminat yang gemar mencuba pelbagai resipi di media sosial. Maklumlah ada sahaja video masakan yang dikongsikan olehnya yang memang menjadi jika dibuat dan enak rasanya.

Bahkan Khairulaming bukan sahaja sibuk menyajikan content yang menepati citarasa wargamaya, malah perniagaan Sambal Nyet yang disediakan daripada air tangannya sendiri juga cukup digemari ramai dan mendapat sambutan yang luar biasa permintaannya.

Selama menjual sambal tersebut secara dalam talian, siapa sangka ia mampu memberi keuntungan hingga mencapai angka jualan puluhan ribu botol. Bahkan, tukang masak popular media sosial ini juga pernah ‘pecah rekod’ apabila berjaya menjual 10,000 botol Sambal Nyet hanya dalam masa 54 minit saja.

Beri Reward

Sebagai owner perniagaan, Khairulaming turut menjaga kebajikan semua pekerjanya dengan membawa mereka bercuti ini sebagaimana perkongsian video terbaharunya di twitter.

Khairulaming memuat naik satu video yang memaparkan trip percutian staf Sambal Nyet ke Genting Highland selama empat hari tiga malam.

“Recap company retreat untuk semua 50 orang staff Sambal Nyet kat Genting Highland selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah semua berjalan lancar and everyone was happy. InshaAllah nanti kita share lagi banyak rezeki dengan semua staff,” tulisnya di Twitter.

Hebatnya lagi, semua stafnta diberi layanan istimewa dengan bermalam di hotel lima bintang dan juga turut memberikan duit poket untuk membeli belah di Genting Premium Outlet. Selain itu, mereka turut dibawa ke Taman Hiburan Genting Skyworlds sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.

Perkara itu telah mendapat reaksi teruja daripada warganet yang turut ingin menjadi sebagaian daripada staf khairulaming dan turut dihujani dengan pelbagai komen positif. Rata-rata mereka memujinya.

“Sangat kagum dengan awak! Awak beri layan baik kepada semua kakitangan dengan baik. Macam ni la contoh majikan yang terbaik sebab bagi rewards dekat staff dengan bawak staff pergi berjalan & siap bagi duit poket lagi.

IKLAN

“Dekat mana boleh apply kerja kosong ni? Saya degree aquaculture boleh bela ikan dekat akuarium rumah abang,” tulis Melur.

“Teruskan momentum macam ni ya KA. In Shaa Allah makin luas lagi rezeki syarikat Sambal Nyet,” komen wallawaniey.

“Kata mana nak isi kerja kosong? Saya boleh cuci aircond kilang”, ujar MMK tawarkan diri.

Sumber : Twitter @khairulaming

Baca artikel menarik : “Kami Syak Kematian Bukan Sebab Kemalangan…”-Keluarga Arwah Faziani Mahu Siasat Semula!

IKLAN

Baca ini juga : Jadikan ‘Air Teh’ Daripada Bahan Ni, Dr Kata Mujarab Hilangkan Batuk Berkahak!

Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club