Kesihatan

Bawang Putih Banyak Manfaatnya Untuk Kesihatan, Begini Cara Nak Kekalkan Khasiatnya

Share

Bawang putih menjadi antara ramuan terpenting di dalam masakan. Bawang putih yang memiliki bau yang agak kuat kadang kala mengundang rasa tidak selesa bagi sesetengah orang. Malah tidak dapat dinafikan bila terhidu bawang yang sedang digoreng, aroma memang cukup menyelerakan!

Selain itu, sebagai mana semua ketahui bahawa bawang putih ini juga banyak mengandungi manfaat dan khasiatnya pada tubuh badan. Namun jika tidak diolah dengan baik semasa proses penyediaan makanan, khasiat bawang tersebut boleh berkurangan.

Oleh itu, ketahui bagaimana cara terbaik untuk kekalkan khasiatnya agar makanan yang dihidangkan untuk keluarga mempunyai khasiat yang terbaik. Ilmu bermanfaat ini telah dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.

[su_highlight background=”#fefcee” color=”#d41941″]Tip Mendapat Nutrisi Yang Lebih Banyak Daripada Bawang[/su_highlight]

  1. JANGAN potong bawang dan kemudian simpan di dalam bekas tanpa penutup ke dalam peti sejuk kerana ia boleh menyebabkan bawang-bawang tersebut diserang kulat!

2. HANYA potong bawang apabila mahu digunakan dalam masa 10-15 minit.

3. Jika ada lebihan bawang yang dipotong, RENDAM di dalam minyak kelapa atau minyak zaitun bagi mendapatkan nutrisi yang banyak.


Seulas bawang putih mengandungi:

* 1.76 gm air

* 4 kalori

* 0.19 gm protein

* 0.1 gm serat

* 0.99 gm karbohidrat

* 0.03 gm gula

* 0.01 gm lemak

Bebas kolesterol atau lemak tepu.

Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

IKLAN