Sesetengah orang perempuan, tidak keterlaluan jika dikatakan seakan begitu obses dengan produk tupperware.
Pantang sekali kalau ada sesiapa yang hilangkannya. Boleh tak senang duduk dibuatnya.
Malah bukan suatu yang menghairankan bila rata-rata Encik suami pun faham bebelan yang bakal didengar bila bekal yang diberikan tidak dibawa pulang dengan selamat.
Kisah seperti ini turut dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini bila mana anaknya tertinggal botol air tupperware di sekolah. Beliau sanggup patah balik untuk ambilnya.
Ikuti kisah yang mencuit hati ini berkenaan tupperware.
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga jaga ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
Ads
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
“Kenapa tak cakap. Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Ads
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
Ads
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram.
Waktu keluar pintu sekolah, jaga pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je jaga dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
Jika cerita pasal kain, setiap hari tak akan pernah habis. Dah siap sidai kain, berlipat pula belum selesai. Sudahnya kain berlonggok dalam bakul macam bukit!
Ramai yang akui, bab melipat baju kebanyakan para ibu tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kekangan masa dengan tugas sedia ada di rumah menyebabkan ramai yang memilih untuk mengantung sahaja pakaian di dalam almari.
Namun ada juga menyukai cara lipat sebagai cara menyimpanan pakaian dengan mudah dan kemas. Sebagaimana perkongsian seorang ibu ini, Anna Mukhtar di facebooknya mengenai cara beliau mengurukan pakaian anak yang banyak.
Biarpun mempunyai anak seramai tujuh orang, penat tetap ada namun inilah momen yang akan dikenang ketika anak-anak masih kecil.
JADI KENANGAN BILA ANAK DAH BESAR.
Rutin setiap kali melipat baju.lengoh tu laaa. Hanya Allah yang tau. Maklum laaa anak kecik-kecik ramai ni kan macam ni laa. Baju kecil-kecil. Sementara nak habih tu macam na patah jugak la pinggang2 ni.
Tu almari sama tinggi dengan syiling umah dah. Bayangkan depan belakang full dengan baju anak-anak aje. Tak termasuk baju mama abah lagi.
Baju mama pun boleh banyaknya. Semua lipat. Sikit je nak hanger pun. Tapi tak pa mama suka. Masa ni ja nak merasa pun. Esok anak-anak dah besar tak merasa dah semua ni kan.
Kagum melihat pakaian yang dilipat kemas rata-rata warganet memuji kerajinan wanita ini.
“Kagum tengok baju berlipat byk mcm ni..
“Alhamdulillah,di kurniakan anank yg ramai,semoga semuanya menjadi anak yg soleh dan solehah.
“Cita2 sy selalu mcm ni. Tp xpernah jadi. Kejap je runtuh.
“Semoga aku diberi kerajinan untuk melipat kain baju seperti ini. Aamiin.
Jika ingin diimbau zaman kanak-kanak, mesti ada yang melaluinya betapa kita menunggu hari-hari istimewa untuk ibu ayah bawa kita seisi keluarga menikmati makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC).
Jika bukan untuk ‘makan special’ pada hari ayah mendapat gaji, paling tidak untuk meraikan hari jadi adik beradik. Memang keseronokkannya sukar untuk digambarkan.
Pun begitu, baru-baru ini seorang pemuda berkongsi video di aplikasi Tik Tok yang cukup menyentuh hati netizen hingga meraih 6 juta tontonan.
Anak muda ini dilihat merakam detik bermakna dan manis bersama ibu ayahnya yang sedang menjamu selera di restoran terkenal ayam goreng yang terletak di Stulang Laut, Johor Bahru, Johor.
Difahamkan, semua itu setelah dia menerima duit upah menanam rumput.
Memetik perkongsiannya bersama mStar, Mujibul Talib yang bekerja sebagai kerani perakaunan di sebuah syarikat di Pasir Gudang dan melakukan kerja sambilan mengambil upah menanam rumput karpet itu mengakui terkejut mendapat tahu videonya tular dan meraih perhatian ramai.
Mengambil upah menanam rumput karpet sebagai kerja sampingan
“Masa tu saya baru balik dari tanam rumput karpet. Kebetulan dapat bayaran cash, saya terus bawa mak ayah keluar belanja makan.
“Mula-mula ingat nak belanja makan dekat satu kedai makan ni tapi tutup pula. Lepas tu saya nampak KFC terus bawa mereka makan dekat restoran tu.
“Masa tengah makan terimbas pula masa saya kecil dulu, susah nak dapat makan KFC ni sebab pada zaman tu harganya dianggap mahal.
“Saya pula datang dari keluarga susah. Dulu masa kecil, pernah saya teringin nak makan KFC tapi kena marah dengan mak… lepas tu kami pergi pasar malam je beli makanan,” imbasnya.
Raikan Ibu Ayah
Mujibul Talib yang mesra disapa Muji berkata, dia percaya walaupun hidangan itu sudah dianggap mampu milik seiring perubahan zaman tapi dia percaya masih ada lagi keluarga yang menganggapnya makanan mewah dan hanya menikmatinya untuk hari istimewa tertentu.
Bercerita lanjut Muji berkata dia sebenarnya tidak perlu menunggu untuk mendapat upah kerja sambilan untuk membelikan KFC untuk ibu bapanya cuma kebetulan ketika video tersebut dimuatnaik, dia baru saja dibayar upah secara tunai dan wang itu digunakan untuk membayar KFC.
Menurut anak bongsu daripada tiga adik beradik ini, segala penat lelah bekerja mencari duit terus hilang setiap kali dia membelanjakannya untuk ibu bapa dan keluarga.
“Saya kongsi video di TikTok tu untuk simpan momen manis dengan mak ayah sebagai kenangan. Bila-bila nanti saya boleh tengok balik video tu. Tak sangka pula boleh jadi viral.
“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan saya, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat nak buat lebih lagi,” ujarnya.
Siapa sangka video berdurasi 15 saat itu mendapat sambutan sehingga ramai yang mendoakan kebaikan kepada pemuda ini.
Muji memberitahu selepas video itu menjadi tular, dia mendapati rupanya ramai yang berkongsi cerita di ruangan komen beranggapan bahawa makan KFC masih lagi dijadikan sebagai makanan yang ada nilai sentimental.
Tambah Muji yang menetap di Kota Masai bersama ibu bapanya ini, jika sudah mendirikan rumahtangga kelak, dia tetap sanggup untuk bekerja lebih keras demi membahagiakan mereka.
“Lepas kahwin nanti pun saya tak akan lupakan ibu bapa. Saya akan tetap bawa ibu bapa pergi makan macam sekarang. Saya pun anak lelaki last dalam keluarga.
“Bagi saya, mak ayah tak ada minta pun spesifik nak apa-apa tapi kita sendiri kena cari sesuatu yang boleh bahagiakan mereka sebab rezeki kita pun berkat daripada doa mak ayah juga.
“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk mak ayah. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena bahagiakan mereka,” ujarnya.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Selain gembira pulang bercuti namun ada ibu-ibu yang mula rasa bimbang dan risau akan bunga dan tanaman yang terpaksa ditinggalkan.
Pulang ke kampung halaman membuatkan kita terpaksa meninggalkan tanaman tanpa disiram. Bimbang pokok layu dan mati dek kekurangan air dalam tempoh waktu itu.
Jika itu yang menjadi kerunsingan anda, ada baiknya anda cuba lakukan tiga perkara ini sebelum meninggalkan rumah.
Cuba langkah yang diberikan ini.
Letakkan Pelapik Air
Sebelum bergerak pulang, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
Letak Air Dalam Pasu
Selain itu, langkah lain yang anda boleh lakukan adalah meletakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
Botol Air Mineral
Ini patut anda cuba. Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika tanaman ditinggalkan tanpa siraman pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan botol mineral yang besar.
Selamat mencuba dan bercutilah dengan gembira dan tenang tanpa memikirkan tanaman-tanaman di rumah. Semuanya pasti terjaga dengan baik.
Paling penting sentiasa dekatnya dengan cahaya matahari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di