Sebut sahaja begedil daging tentu ada yang dapat membayangkan keenakan rasa dan kelembutan teksturnya bila digigit, memang cukup menyelerakan.
Apatah lagi bila melihat perkongsian gambar begedil yang cantik daripada Lina Thomas ini. Sempurna tersusun di dalam piring, nampak cukup menyelerakan.
Oleh itu, di sini dikongsikan resipinya untuk dicuba.
Ads
Begedil Daging
Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging/ayam kisar – goreng tanpa minyak
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup – dihiris halus
1/2 labu bawang besar – di potong dadu
2 biji telur ayam – asingkan kuning dan putih
Garam secukup rasa
Ads
Cara cara:
Kupas kentang dan potong sederhana nipis. Cuci dan toskan. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek/tumbuk sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.
Masukkan semua bahan kecuali telur di dalam satu bekas. Gaul rata dan dirasakan dulu garamnya. Setelah secukup rasanya, baru dimasukkan telur kuning. Ambik sedikit adunan dan dikepal kepalkan. Bentukkan bulat dan kemudian dileperkan sedikit. Buat sehingga habis.
Ads
Dalam bekas lain, kocak kocakkan telur putih. Celupkan setiap ketulan begedil tadi dengan telur putih terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak yang telah betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Minyak tak perlu banyak sangat, agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Nota: boleh juga jika ingin menggunakan sebiji telur (putih dan kuning telur) untuk mencelup.
Guna api sederhana je. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan begedil sehingga ia betul-betul garing. Agak agak sebelah bawah dah garing baru terbalikkan. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat. Insyallah begedil tidak pecah, gorengnya pun lawa. Bila dah masak, angkat dan toskan atas tisu dapur. Sedia untuk di makan bersama soto atau di makan begitu saja.
sumber : Lina Thomas via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayang kiranya ada nasi tidak habis dibiarkan begitu sahaja dan akhirnya basi.
Ini tentunya akan membazir.
Jadi apa kata selain boleh dimasak nasi goreng, anda mencuba menu yang menarik ini iaitu Cucur Nasi Pedas untuk dijadikan menu sarapan atau minum petang seisi keluarga.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Air Tangan Tok Ma yang nampak cukup menyelerakan.
Ini perkongsiannya.
Cucur Nasi Pedas
Bahan :
1 – Nasi sejuk + air panas (agak-agak je ) + garam (secukup rasa). Diblend hingga lumat.
2 – Campurkn hirisan bawang merah + hirisan cili api + bilis yang di gunting-gunting.
3 – Gaul kesemuanya hingga rata.
4 – Masukkan tepung secukupnya. Kacau dan gaul hingga rata. Adunan perlu pekat sikit macam dalam pic itu. Kalau tak cukup tepung adunan akann berderai bila di goreng nanti.
#Cucur ini garing di luar dan lembut di dalam . Tetap akan rasa lembut walau dah lama goreng. Kalau nk tmbh sayur-sayur lain pun boleh untuk tambah lebih sedap lagi. Nak bubuh kiub pati ikan bilis tau kiub pati ayam pun lagi sedap. Boleh di pelbagaikan rasanya.
#Utk mengoreng pula. Kerap basahkan tangan & jemput adunan dengan jari dan plan² masukkan dalam kuali. Cara ini akan dapat cucur yang cumel² & bulat². Tp kena hati² yer jangan sampai tercelup jari pula dalam minyak panas tu..
Ramai tidak mengetahui bahawa bawang putih banyak digunakan sebagai ubat kerana ia bermanfaat untuk kesihatan kita. Malah bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalama, tetapi untuk kecantikkan luaran.
Menyedari bahawa bawang putih banyak khasiat, ia banyak digunakan dalam setiap masakan, malah ada menjadikan ia sebagai kudapan. Kini bawang goreng menjadi trend apabila dijual dalam bekas. Anda boleh memakan begitu sahaja.
Selain membeli, apa kata, kita buatnya sendiri di rumah. Cara nak buatnya mudah.
Ikuti perkongsian ini.
Malam tadi saya bagi resipi halia rangup… petang ni nk bg resipi crunchy garlic…. ni resipi yang saya buat tuk niaga selama 2 tahun. Hari ni saya berbesar hati nak sedekahkan resipi ni kt kawan2.Mana yg nak buat niaga saya halalkan. Resipi saya ni memang tak rasa pahit sebab rahsianya adalah salutan tepung TEMPURA tu.
Mcm biasa caption kt gambar ye. selamat mencuba kawan2. Resipi ini istimewa bagi saya seba saya buat RND tepung yg nk digunakan… dh guna mcm2 jenis tepung tapi tak menjadi.
Resipi saya mudah dan senang.. Tak perlu rendam air garam dulu garlic tu, sebab tepung tu bila dh tergoreng sekali akn beri rasa masin kt garlic tu. Sedap…
IKUTI GAMBAR INI CARA PENYEDIAAN
EDIT: TIPS UNTUK GORENG BAWANG PUTIH
1. Jangan tunggu kuning baru angkat nanti dah angkat dia akan hitam. Dan tak cantik kaler dia.
2. Dah 3 kali goreng nanti kena buang kerak-kerak tepung tu ye, nanti akan penuh dalam kuali sisa-sisa tepung tu tak elok kalu nak goreng lagi.
3.Gambar last tu gambar kotak penyagat ye.