Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.
Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.
Ads
Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.
Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat.
MANDI AIR SUAM
Ads
Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stress. Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain. Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).
Ads
Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walaupun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri. Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tidak mendengar berita pelakon antagonis yang sangat popular menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku. Terbaru, Faye Kusairi dikatakan sedang hamil anak kedua.
Namun apa yang mengejutkan apabila empunya diri berkongsi berita diserang Bell Palsy sehingga dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dalam satu perkongsian di instagrmnya Faye Kusairi meluahkan rasa syukur selepas ditahan di sebuah pusat perubatan di ibukota sejurus mendapat serangan Bell Palsy pada Jumaat lalu.
Bell’s Palsy, penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan saraf muka.
Dia kini sedang berehat di kediamannya selepas dibenarkan pulang pada Ahad memberitahu dia diserang kejang otot pada muka sebelah kanannya ketika sedang menggosok gigi.
“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami serangan Bell Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
Faye kini sedang menanti hari untuk bersalin memandangkan usia kandungannya sudah mencecah 38 minggu.
“Saya masih belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progres. Separuh muka sebelah kanan saya paralysed (lumpuh) sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.
“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah. sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu. Pada masa sama saya meneruskan rawatan Bell Palsy di rumah.
Sekali sekala badan terasa tidak selesa disebabkan masalah angin, itu tidaklah membimbangkan. Namun bila sering terjadi pasti sahaja tidak selesa jadinya.
Selain perlu makan ubat untuk meredakan kembung perut, senak atau lenguh-lenguh badan kesan daripada masalah angin dalam badan boleh tanganinya juga dengan beberapa langkah ini yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi.
MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing.
Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun – temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh.
Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.
Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.
Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.
Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ramai antara kita tidak menyedari mereka sebenarnya berdepan dengan masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
Jika tidak dicegah atau dirawat segera, keadaan itu boleh menyebabkan penyakit lebih serius seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.
Merujuk perkongsian oleh Hello Doktor menerusi laman Facebook, terdapat banyak kemungkinan penyebab tanda kolestrol tinggi, dan antaranya ialah sejarah keluarga.
Banyak kemungkinan penyebab wujudnya tanda tanda kolesterol tinggi pada tubuh seperti amalan gaya hidup seseorang. Tapi sejarah keluarga serta masalah perubatan lain juga boleh mempengaruhi tahap kolesterol.
Tanda-tanda kolestrol tinggi boleh terjadi apabila terdapat terlalu banyak kandungan kolesterol dalam darah. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai hiperkolesterolemia.
10 tanda kolestrol tinggi tanpa disedari adalah seperti rajah di bawah;
Berikut antara beberapa tabiat yang cenderung menyebabkan tahap kolesterol tinggi:
– Pengambilan alkohol berlebihan
– Merokok
– Tidak aktif bergerak
– Tidur tidak mencukupi
– Terlalu banyak tekanan
– Diet tinggi lemak tepu atau trans
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.