Kalau di dapur pasti akan ada disediakan kain pengelap untuk membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur. Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Jom try petua mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.
Tip ini dikongsikan oleh puan Zuraidah Ismail. Tips basuh kain buruk dan kain lap2
************************************* Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yg kotor. 1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit
2- selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit
3- selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu
4- bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit
5- masuk dlm pengering balik
6- angkat dan bilas macam biasa
7- keringkan dan jemur Kak Ida memang cerewet dlm hal2 kebersihan rumahtangga.dan kain buruk utk meniaga…tadi LaLa Nasreen dh share..ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya..sharing is caring…LOVE FROM KAK IDA
Mengemas antara aktiviti wajib ibu-ibu di rumah, tapi part ni memang tak keterlaluan andai dikatakan kerja di rumah yang sangat memenatkan.
Bagi ibu ini, dia punya cara tersendiri dalam memastikan ruang di dalam rumah tidak bersepah terutama pakaian.
Dengan menjadikan ruang rehat di bahagian atas rumah sebagai ‘open wardrobe’ puan Aimi Ismailmenerusi Kelab Kaki Deko berkongsi cara yang digunakan untuk membolehkan ruang nampak lebih luas dan teratur.
Open wardrobe project
+ tempat lipat baju yg berlori-lori tuu
Kos: +-RM400 (termasuk vinyl 2boxes)
Almari, upgrade yg ada. Sumpah jadi hijau
[Edited]
Bahan-bahan:
-plywood (tebal 12mm): 1 keping 8kakiX4kaki
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
-besi L: 12inci,10inci
-mulig bar: 5
-cat Jotun: 1L
-vinyl: 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
-storage, dust cover beli kat Lazada
-frame, cermin lekat di almari beli kat Eco
Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat iron baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak2 yg siap diiron untuk seminggu.
Cuma upgrade supaya lebih organize dan sedap mata memandang, tenang di jiwa…cewahhhh
Sebab bilik semua dah full
Tunggu organizers for socks, handsocks, tie sampai… Socks anak beranak selalu tak cukup pasangan
•
Moga bermanfaat
_mamaEnsem~
Mungkin ada antara kita tidak suka makan nanas kerana pengalaman sebelum ini bila tiap kali makan nanas mesti rasa pedih atau gatal lidah.
Tapi tahukaha anda kenapa ada yang rasa begitu? Kadang-kadang pelik juga nak menjawab persoalan ini bukan?
Jadi ayuh kita penjelasan daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Tahu tak kenapa kalau kita makan nanas, lidah boleh lidas(gatal/pedih)?
Nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim yang boleh menguraikan protein.
Bromelain ini boleh menjejaskan lapisan protein mukosa pada permukaan lidah, menjadikan lidah sensitif kepada asid pada jus nanas.
Iritasi asid pada permukaan lidah yang terjejas itulah yang menghasilkan rasa lidas.
Enzim yang banyak terkandung dalam empulur(teras) nanas ini juga bertanggungjawab atas beberapa teori yang dikaitkan dengan nanas, antaranya:
Nanas boleh menyebabkan keguguran di awal kehamilan?
Masyarakat kita percaya bahawa nanas ini tajam, dan boleh menyebabkan keguguran jika dimakan di awal kehamilan.
Di sudut perubatan, bromelain didapati boleh menyebabkan pengecutan rahim, namun sebiji-dua nanas tidak mengandungi dos bromelain yang cukup untuk menyebabkan keguguran.
Hakikatnya, nanas adalah buah yang elok dimakan kerana ia kaya dengan vitamin C, anti-oksida dan berserat tinggi.
Nanas lebih berkesan membunuh sel kanser daripada ubat kimoterapi?
Terdapat pula teori yang mengatakan bromelain mempunyai kuasa membunuh sel kanser 10 ribu kali lebih baik daripada ubat kimoterapi.
Teori itu juga mendakwa, bromelain akan mengurangkan keperluan dos sesuatu ubat kerana bromelain setelah menguraikan dinding sel, ubat akan lebih mudah menyerap ke dalam sel.
Dua-dua teori ini tidak berasas. Tiada kajian perubatan yang sahih membuktikan dua teori ini. Nanas cuma kaya anti-oksida, iaitu unsur kurangkan risiko kanser.
Bromelain ada digunakan dalam bidang perubatan untuk mengurangkan keradangan dan untuk rawatan luka. Ini sahih.
Nanas boleh digunakan untuk melembutkan daging?
Ini dakwaan berasas. Sifat bromelain yang boleh menguraikan protein akan menyebabkan daging(protein) menjadi kurang liat.
Namun, kena perap daging dengan jus nanas segar sebelum masak, kerana bromelain akan terurai jika dipanaskan.
Oleh kerana itu, tak boleh guna jus nanas terproses dan nanas tin untuk melembutkan daging. Ia tak akan berkesan.
KESIMPULAN: Ada banyak petua dan teori yang berlegar di media sosial, namun tak usah percaya bulat-bulat. Dapatkan nasihat daripada individu bertauliah.
Nota: lidah dan perut kita tak terurai seperti mana daging mentah kerana tubuh kita perbaiki kerosakan pada permukaan lidah dan perut kita.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang dulu-dulu selalu ulang-ulang kata mengatakan bahawa jaga anak perempuan ini lebih sukar, kemana sahaja dia pergi akan membawa maruah keluarga. Apatah lagi melihat cabaran membesarkan anak remaja masa kini, nyata berganda kerisauan ibu ayah jadinya.
Umpamanya kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, ustazah Rohamiah Muda di akaun facebooknya meluah rasa kerisauan bila anak perempuannya meminta izin bercuti bersama kawan-kawan.
Biarpun anak perempuannya sudah besar, namun di hati ibu tetap gusar apabila anak tidak di depan mata. Hanya kata-kata nasihat dititipkan buat anak perempuannya agar pandai jaga diri. Selebihnya Allah jualah yang memelihara anak perempuannya itu.
Anak Minta Izan Ke Desaru
“Mama, saya nak ikut kawan pergi Desaru,” kata Kakak Izzati beberapa hari lepas.
“Buat apa?” tanya saya.
“Saja. Kawan ajak.”
Sambil berfikir dan mencari alasan, saya menjawab, “Mama tanya papa dulu ya.”
“Ala …” jawab Kakak seperti ada nada kecewa.
Boleh Bersyarat
Dalam hati sebenarnya saya tidak izinkan dia pergi. Bimbang tanpa pantauan.
“Mak kawan saya pun ikut juga. Dia yang pandu kereta. Ada seorang lagi kawan saya ikut,” Kakak Izzati terus merayu.
Selepas berfikir, saya menjawab, “Boleh dengan syarat. Pakai baju sopan, jangan leka dan jaga adab.”
“Okey!” jawab kakak ceria.
Saya melihat ada sinar di matanya. Seronok!
“Mama …” ucap kakak dengan memandang saya sambil senyum.
“Nak apa lagi?”
“Nanti nak duit sikit, sebab nak kena bayar.”
“Ya lah.”
Terfikir Menarik Semula Keizinan
Beberapa hari kemudian, kakak bersuara, “Mama, nak beli baju.”
“Nak buat apa?”
“Nak pergi Desaru nanti nak mandi. Nak kena pakai baju ‘jesy’,” kata Kakak Izzati.
“Nak mandi? Tempat terbuka ke tak?”
“Tak tahu.”
Ketika ini saya mula terfikir untuk menarik semula keizinan. Tapi, saya sudah beri keizinan, saya tetap membuat syarat.
“Ada ke baju ‘jesy’ yang labuh?” tanya saya.
“Ada.”
Hati seorang ibu, tetap tidak tenang dengan permintaan anak.
Pergi dengan kawan, bimbang tindak tanduknya tidak terkawal.
‘Ya Allah, jika perkara ini tidak baik bagi anakku, Engkau jadikan sebab untuk batalkan program ini,’ doa saya dari hati yang paling dalam.
Selepas sediakan keperluan Kakak Izzati untuk ke Desaru, saya serahkan urusan ini kepada Allah.
Akhirnya Hati Sangat Lapang
Tiba-tiba semalam, Kakak Izzati berkata, “Mama, kawan saya beritahu, dia tak jadi nak ke Desaru sebab mak dia nak pergi ke K.L.”
“Oh, ya?”
Dalam hati, saya ucapkan alhamdulillah.
Saya ceritakan kepada Kakak Izzati tentang doa saya. Dia ketawa. Sebab dia tahu saya agak susah untuk lepaskan dia keluar bermusafir bersama kawannya.
Subhanallah.
Hati saya sangat lapang selepas Kakak Izzati maklumkan berita itu.
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Sungguh. Menjaga anak perempuan lebih sukar. Ke mana dia pergi, dia membawa maruah diri dan keluarga.
Moga Allah terus pelihara anak remaja kita. Semoga mereka teguh dalam beragama. Amin
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.