Pengambilan jamu sesuatu yang lumrah bagi sesetengah antara kita. Banyak sebab dan tujuannya, pun begitu ada baiknya kita baca perkongsian dari doktor ini untuk imfo dan manfaat bersama.

Ada banyak sebab orang ambil jamu.

Ada orang ambil sebab nak beri tenaga, sebab badan asyik rasa lesu. Ada yang ambil sebab sakit sendi. Arwah pesakit saya tu ambil jamu sebab masalah resdung.

Memang bila makan jamu, badan rasa bertenaga, sakit lutut semua hilang. Mood jadi bagus. Selera makan bertambah. Malah resdung pun jadi baik, kata arwah pesakit saya tu.

“Kalau dah sembuh resdung, kenapa Puan makan jamu sampai berbelas tahun?”; tanya saya. Dia pun tak tahu nak jawab.

Sebabnya, bila berhenti makan jamu; badan mula rasa penat, sendi mula rasa sakit. Mood jadi merudum. Malah badan rasa lebih teruk dari sebelum makan jamu dulu.

Itulah sebabnya orang tak boleh nak berhenti.

Itulah kesan corticosteroid dalam jamu. Ia beri quick fix tapi dengan kesan sampingan berbahaya.

Apa antara kesan bahayanya?

IKLAN

Muka jadi bulat (moon faced), kaki bengkak (water retention), berat badan naik terutama di bahagian perut, muka dan belakang leher. Kulit jadi nipis dan mudah dapat jangkitan kulat.

Itu baru kesan luaran.

Kesan dalaman; dapat kencing manis, darah tinggi dan kerosakan pada salur darah. Luka lambat sembuh. Mudah dapat gastritis dan ulcer perut. Otot jadi lemah dan tulang menjadi rapuh.

Inilah bahaya jamu. Kerana ia bermakna anda telah mengambil steroid tanpa pengawasan.

Banyak Sebab Orang Makan Jamu, Sebelum Tu Jangan Terkejut Apa Doktor Ni Share!

IKLAN

Ada yang kata; tapi jamu ni buatan orang kampung; semua herba belaka, mana ada kimia atau steroid?

Jawapan saya; kita setiap hari pun makan herba seperti halia, bawang putih, lada hitam, kunyit dan sebagainya dalam masakan. Ada ke lepas makan tiba-tiba badan jadi bertenaga kuat semacam dan hilang sakit lutut?

Tak kan?

Bermakna, tanpa steroid tambahan memang tiada kesan ketara dalam pengambilan herba tersebut.

Fikir-fikirkan ya tuan puan sekalian.

IKLAN

Sumber : Hana Hadzrami
Nak sihat tak boleh malas.

Artikel ini juga menarik untuk dibaca berkaitan jamu

https://www.keluarga.my/antara-petua-terbaik-nak-sihat-saintis-pun-dah-sahkan-sekeluarga-amal-tanpa-ragu/

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI