Jika tersalah pilih, cili kering yang ekstra pedas memang buat anda kepanasan sepanjang hari. Penambahan gula dalam sambal pun belum tentu dapat mengimbangkan rasa pedasnya.
Jadi anda kenalah ada ilmu mengetahui jenis-jenis cili kering ini. Lepas dah tahu jenis-jenis dan tahap kepedasan cili kering, pastikan anda tidak tersalah pilih!
Malah sambal untuk anak-anak juga terkawal rasanya dan tak perlulah menambah gula berlebih-lebihan dalam resipi sambal anda.
Nah ibu-ibu baca tip ini sebelum membeli ye. Moga bermanfaat!
IKLAN
# Jenis 1 – Pedas Biasa
Salah satu jenis cili kering adalah jenis yang panjang dan berkedut. Ia juga nampak kering dan sedikit kusam warnanya. Bagi anda yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk anda. Cili jenis ini, penasnya biasa sahaja.
# Jenis 2 -Super Pedas
IKLAN
Anda pernah tak terperasan ada cili kering yang panjang tetapi ia licin dan berkilat. Malah cili jenis ini juga punya banyak biji dan warnya merah pekat. Ada juga sesetengah cili jenis ini yang pendek tetapi masih licin dan berkilat rupanya. Cili jenis inilah yang paling pedas dan mantap rasanya. Jangan ambil cili ini jika anda tak makan pedas!
IKLAN
# Jenis 3 – Kurang Pedas
Mungkin anda pernah melihat ada jenis cili kering yang pendek, berkilat tetapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat keadaan fizikalnya. Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas berbanding kedua cili di atas. Cili kering jenis ini agak susah didapati di pasaran kerana harganya yang agak mahal. Ia biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur dan biasanya dijadikan menu dalam pembuatan sambal Nasi Lemak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas hampir dua minggu pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari atau BCL kembali ke pentas buat pertama kalinya.
Biarpun masih berduka, namun dia tetap bangkit dan mengenepikan segala rasa pedih kehilangan insan tersayang demi meneruskan kehidupannya sebagai seorang anak seni.
Penampilan pertama BCL di di Friday Fusion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan. Di susuli pula dengan kemunculan di Konsert Valentine Romantic yang diadakan Sabtu lalu sekali lagi menyentuh hati ramai orang. Biarpun nampak tersenyum manis ketika menyampaikan beberapa buah lagu, namun ada masanya dia tidak dapat menahan emosi dan menitiskan air mata kerana masih lagi terkesan dengan pemergian mengejut suami tersayang.
Menurut BCL, walaupun lagu ini sudah berulang kali dinyanyikan, dia berharap agar semua orang dapat harga waktu dengan orang yang kita cintai kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok.
“Dalam waktu secepat ini, saya harus kehilangan cinta sejati saya. Tapi saya harap setiap kali saya menyanyikan lagu ini atau ada orang yang mendengarkan lagu ini.
“Saya harap kita semakin menghargai namanya ‘waktu’ dengan tersayang, dengan keluarga untuk dinikmati untuk saling mencintai.” Ungkap BCL dengan nada sebak sebelum mengalunkan lagu Cinta Sejati penuh emosi.
Wabak Coronavirus atau Covid-19 kini kian meruncing, rata-rata rakyat menjadi panik lebih-lebih lagi dengan peningkatan kes setiap hari. Lebih mengundang masalah serius bila mana pihak berkuasa mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan , menyebabkan ramai yang panik dan terburu-buru membeli barangan keperluan di pasaraya.
Sana-sini kelihatan sesak dengan orang sehinggkan rak menyimpan barangan licin. Ada yang mengeluh tidak sempat membeli, tak kurang yang terkejut dengan suasana tersebut. Semua orang menyerbu pasar raya untuk membeli barangan.
Rupa-rupanya ini sebab kenapa situasi sebegini berlaku. Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan mengenai hal ini.
Kenapa orang ramai buat Panic Buy? Ni 3 sebab utama yang semua orang WAJIB tahu!
1. Orang hilang sense-of control
– Bila berhadapan dengan Covid-19, musuh yang tak dapat dilihat oleh mata kasar ni, orang ramai jadi hilang sense of control
– Untuk dapat balik control tu kembali, orang akan buat apa sahaja termasuk la dengan membeli semua benda yang mereka boleh beli walaupun dalam jumlah yang tak logik walaupun sebenarnya ia tak membantu mereka pun
2. Orang hilang safe state diri mereka
– Bila terancam, naluri manusia akan cuba cari cara apa sekalipun hanya untuk merasa lebih selamat ( safer) dan untuk merasa lebih tenang ( calmer )
– tu yang mereka beli je semua benda yang boleh dibeli sebab ianya buatkan mereka rasa lebih selamat dan tenang.
3. Orang ramai mengalami Fear Contagion
– Bila ramai antara kita post gambar rak kosong, ditambah pula dengan gambar gambar orang beratur berpusu pusu di pasaraya, ianya akan mencetuskan ketakutan pada orang melihatnya
– bila orang ramai dah dalam ‘anxious state’ melihat post tu tadi, secara naluri semulajadinya mereka akan melihat kepada perbuatan orang lain di sekeliling mereka.
– kalau perbuatan dan post yang mereka tengok adalah gambar gambar orang berpusu pusu memborong, maka itulah yang mereka akan tiru dan buat kerana bagi mereka itu adalah perkara paling betul yang mereka kena buat!
– maka, panic buy pun berlaku dan rantaian panic buy ni akan merebak kepada ramai orang dalam masa yang sangat singkat
– masa tu pembelian dibuat dengan emosi, bukan lagi dengan rationality maka terjadilah kehabisan stok di mana mana dan melambunglah harga barang di sini sana.
Tolong hati hati bila share atau post situasi yang sedang berlaku kerana hanya dengan 1 post yang tersilap langkah sahaja boleh mencetuskan kepanikan yang berganda
Nota kaki : Saya izinkan post ni disebarkan pada semua. Tolong sebarkan info ni pada semua ya. Kita taknak lagi ada yang cetuskan panic buy ni. Kesian orang yang belum gaji
– Taufiq Razif –
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkorban apa sahaja, demi yang tersayang. Demikian juga dengan lelaki ini. Dek kerana keadaan kesihatan ibunya, Fatimah Ariffin, 64, yang menghidap penyakit buah pinggang semakin merosot sejak tiga tahun lalu, Azrul Nizam Azali, 27, mengambil keputusan berhenti kerja.
Dia yang dari Kampung Tengah Kuala Sungai, pernah bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak di Terengganu. Namun memilih untuk meletakkan jawatan dan tinggal di kampung demi menjaga ibunya.
Menurutnya, sejak itu dia belajar cara membuat kek dan biskut melalui Internet selain mengikuti kelas masakan bagi menjana pendapatan.
“Apabila mahir, saya mempromosikan perniagaan kek secara dalam talian walaupun pada mulanya malu kerana bimbang tiada pelanggan.
“Alhamdulillah kini saya mampu menjadikan perniagaan kek sebagai punca pendapatan bagi membiayai perubatan emak di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya lagi.
Anak keenam dari tujuh beradik itu berkata, dia menjadikan bilik di tingkat bawah rumahnya sebagai tempat simpanan ubat ibunya yang kelihatan seperti mini klinik.
Dalam pada itu, abang abang kelimanya, Azmaruddin, 29, juga tidak sihat apabila menghidap kencing manis kronik. Kini, Azmaruddin terlantar selepas terjatuh ketika memasang langsir sekitar Oktober tahun lalu.
Menurut Azrull lagi, kakak iparnya, Siti Aminah Ishak, 28, tidak bekerja dan ada dua anak, Muhammad Adiy Wafii, 8, dan Muhammad Azam Qhalif, 5, yang bersekolah.
Menurutnya, adik-beradiknya yang lain sudah berkeluarga dan hanya membantu mengikut kemampuan, manakala adik bongsu masih belajar.
“Saya tak sanggup lihat penderitaan abang yang sebelum ini menyara keluarga dengan berniaga aksesori telefon bimbit secara bergerak.
“Sejak dia sakit, mereka hilang sumber pendapatan. Jadi saya berkorban membantu keperluan rawatan mereka mencecah RM1,000 sebulan,” katanya.
Azrul Nizam berkata, ketika abangnya mula-mula sakit, doktor membuang lapan liter nanah di paha dan kaki kiri selain tangan kanan akibat diabetes di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Katanya, abangnya perlu menjalani rawatan susulan secara mingguan di HSAH serta rawatan fisioterapi di Hospital Yan untuk memulihkan pergerakannya.
“Abang bergerak dengan kerusi roda dan perlu penjagaan rapi untuk menguruskannya.
“Saya harap menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk meringankan beban kerana ayah ( Azali Md Zain, 68) juga tidak lagi bekerja,” katanya.
Dari luaran mungkin tampak biasa. Dalaman hanya Allah yang tahu apa isinya, Akui Azrul dia cukup bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusannya.
“Saya sangat bersyukur dengan limpah kurnianya selain terharu sangat ada beberapa pihak yang datang membantu meringankan beban saya selama ini selain hantar beberapa wakil untuk dengar keluhan isi hati saya selama ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda… Insyallah…
“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesihatan saya untuk terus sihat menjaga ibu serta abang saya yang kini terlantar sakit.
“Airmata akan berbicara saat mulut tak mampu lagi menjelaskan semua rasa sakit . tuhan itu lebih tahu apa yang diinginkan oleh hamba-nya dan kita meminta kepada-nya,” ujar Azrul lagi menerusi laman facebooknya.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi Azrul Nizam di talian 017-4264852 atau akaun Maybank miliknya, 152125185346.
Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut...